Tun Dr
Mahathir Mohamad menegaskan beliau sama sekali tidak terbabit dalam membuat
keputusan berhubung dakwaan pemberian kontrak PETRONAS kepada anaknya.
Malah, bekas
Perdana Menteri itu berkata, beliau cuma diberitahu oleh Presiden PETRONAS
selepas kontrak itu diberikan dan beliau sanggup bersumpah di dalam masjid
dengan menjunjung Al-Quran berhubung perkara itu.
"(Ketua
Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat PETRONAS
sudah terbabit dalam pemberian kontrak PETRONAS kepada anak saya.
"Bagi
Anwar, inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi
olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.
"Kementerian
sudah mempamerkan semasa mesyuarat Agung UMNO senarai orang yang mendapat
kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama penyokongnya dan
keluarganya. Tidak ada satu pun dari anak saya yang tersenarai," katanya
dalam entri terbaharu blognya, www.chedet.cc.
Dr Mahathir
berkata, walaupun digelar sebagai penasihat PETRONAS, beliau tidak memberi
apa-apa nasihat kepada syarikat itu.
"PETRONAS
diletak di bawah Perdana Menteri dan Perdana Menteri lah yang memberi arahan kepada
Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa
bantuan kepada anak-anak saya," katanya.
Katanya,
tiada seorang pun anaknya mendapat tempat dalam kerajaan atau dalam parti
ketika beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Beliau
menjelaskan beberapa kali nama mereka dicalonkan tetapi tidak membenarkannya
sehingga beliau bersara, begitu juga tiada kontrak kerajaan yang mereka
perolehi.
"Jika
mereka berjaya sama ada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha
mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana
Menteri," katanya.
Dr Mahathir
berkata, PETRONAS tidak memberi peluang kepada anaknya sahaja ketika beliau
menjadi penasihatnya dan orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada
kemampuan.
Sebaliknya
Anwar, katanya, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden,
sebagai calon di Permatang Pauh dan kemudian menyuruh isterinya melepaskan
kawasan untuk ditandinginya.
"Tidak
ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang
olehnya. Dia juga memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
"Sekarang
isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya
juga jadi timbalan. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim," katanya.
"Jika
anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh
berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar?
"Kenapa
begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar,
takut kerana salah – demikian pepatah Melayu," katanya. - BERNAMA
Yang di atas
pun Anwar perlu jawab.
Betoi ka dia
dengan kawan-kawan MCKK yang rapat dengannya kebas duit Petronas
berbillion-billion?
No comments :
Post a Comment