Selain daripada
menerima dana asing negeri Selangor dan Pulau Pinang juga diminta menyediakan
dana yang mengcukupi untuk bekalan DAP, PKR dan PAS bagi menghadapi PRU ke 13.
Ini kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai hasil yang lebih berbanding
Kedah dan Kelantan.
Di Selangor
selain hasil daripada kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut yang hasilnya
diuruskan oleh Ronnie Liu, lombong pasir turut menjadi penyumbang utama kepada
dana pilihan raya mereka. Tidak ketinggalan juga kaedah round tripping
penyelesaian hutang Talam yang dilakukan Khalid Ibrahim. Kemudian hasil
berkenaan diletak nama Geran Selangorku untuk mengaburi mata rakyat.
Dana Geran
Selangorku yang berjumlah RM 300 juta dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat
Menteri Besar dan tidak melalui Pegawai Kewangan Negeri. Segala keputusan
ditentukan oleh Khalid Ibrahim seorang diri. Di sini pun sudah cukup untuk
menunjukkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran
berkenaan. Tidak lain tidak bukan ianya untuk dana politik mereka.
Untuk menghalalkan
kegiatan mereka rakyat dikelirukan dengan kerja-kerja penurapan jalan atau
kerja-kerja kecil lain di setiap Dun untuk menunjukkan mereka benar-benar
menggunakan dana berkenaan untuk rakyat. Namun ada perkara yang rakyat tidak
tahu apa yang berlaku di sebalik geran berkenaan, dan wangnya digunakan untuk
apa.
Hari ini
kami di sel13.com akan mendedahkan salah satu kaedah yang mereka gunakan
bagaimana wang berkenaan boleh menjadi dana politik mereka.
Tahun 2012
sebuah syarikat, Rozz Niaga Enterprise telah menghantar satu kertas kerja
projek yang bertajuk REMAJA UNGGUL NEGERI SELANGOR. Motif projek berkenaan
adalah melatih remaja-remaja negeri Selangor mengenali potensi diri dan
memantapkan mereka agar dapat bersaing dalam arus cabaran masa kini. Selain
daripada itu program berkenaan dirangka khusus untuk melengkapkan dan
menggerakkan penyertaan remaja untuk menilai kemampuan diri serta menetapkan
hala tuju masing-masing bagi melahirkan insan yang berkualiti.
Berdasarkan
kertas kerja yang dibentangkan, projek ini didapati cuba menerapkan idealogi
pembangkang kepada pelajar sekolah. Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar
tingkatan 3-5 seluruh Selangor dengan kapasiti 80 pelajar bagi setiap siri.
Projek
berkenaan dijalankan secara usahasama antara syarikat berkenaan dengan
Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor. Projek
berkenaan diadakan di setiap Dun di negeri Selangor yang berjumlah 56 Dun.
Setiap Dun diberi peruntukkan RM 60,400.00 untuk program berkenaan. Untuk 56
Dun jumlah projek ini bernilai RM 3’382’400.00.
Projek
berkenaan sepatutnya bermula pada Mei 2012. Malangnya walaupun telah hampir
setahun berlalu sehingga kini projek berkenaan belum berjalan, tetapi wang
peruntukkannya telah dikeluarkan.
Mengikut
maklumat yang kami terima wang berkenaan telah disalurkan kepada pihak-pihak
tertentu untuk dana pilihan raya mereka. Inilah kaedah mencairkan wang yang
dilakukan Khalid Ibrahim untuk menghalalkan wang tersebut melalui projek yang
hanya on paper sahaja tetapi tidak dilaksanakan.
Itulah
sebabnya Geran Selangorku dikawal sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar tanpa
membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Supaya
senang untuk mereka melakukan kerja-kerja menyebat.
No comments :
Post a Comment