Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 26, 2015

Parlimen Singapura Bubar: PRU-17 Bulan Depan



SINGAPURA – Presiden Tony Tan Keng Yam atas nasihat Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada 25 Ogos secara rasmi membubarkan Parlimen Singapura yang ke-12 berkuat kuasa serta-merta.

Ini bermakna Pilihan Raya Umum (PRU) ke-17 perlu diadakan dalam masa selewat-lewatnya tiga bulan. Ramai penganalisis politik tempatan menjangka PRU bakal diadakan pada September ini.

Stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan, atas nasihat Perdana Menteri, Presiden akan mengeluarkan Writ Pilihan Raya kepada pihak Jabatan Pilihan Raya Singapura.

Writ Pilihan Raya juga akan mengumumkan tarikh Hari Penamaan Calon yang mesti diadakan tidak awal 5 hari, dan tidak boleh lewat daripada sebulan selepas tarikh Writ Pilihan Raya dikeluarkan.

Laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi yang baharu dikeluarkan, membentuk landskap politik Singapura kepada keseluruhan 89 kerusi di 29 kawasan undi.

Ia terdiri daripada 13 kawasan undi perseorangan atau SMC dan 16 kawasan undi berkumpulan atau GRC. Seramai 2.46 juta warga Singapura layak mengundi dalam PRU-17 ini.

Sekadar rekod, pada PRU ke-16 yang lalu, Parlimen Singapura dibubarkan pada 19 April 2011 dan Writ Pilihan Raya dikeluarkan juga pada hari yang sama.

PRU terakhir diadakan pada 2011 iaitu ke-11 sejak republik itu berpisah daripada Malaysia. Tempoh mandat Parlimen sepatutnya berakhir pada Januari 2017.

Dalam pada itu, Jabatan Pilihan Raya Singapura mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon pada 1 September manakala pengundian pula ditetapkan 11 September.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 electoral-boundaries-data

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.