Pendedahan
wujudnya 11.5 juta akaun luar pesisir oleh sebuah organisasi yang
digelar sebagai Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ)
menggemparkan dunia.
Organisasi
yang berpangkalan di Washington itu berkata data ini diperolehi dari
sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca dan
melibatkan melibatkan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan
serta pemimpin dunia.
Antara
lain, ianya menunjukkan rekod transaksi kewangan oleh bekas pemimpin
atau pemimpin kini Argentina, Iceland, Arab Saudi dan Rusia.
Berikut
adalah beberapa fakta ringkas tentang Panama Papers.
1.
Apa itu Panama Papers?
Penerbitan
hasil siasatan yang mendedahkan aktiviti kewangan luar pesisir
golongan elit dunia.
Ia
mendedahkan 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti,
bintang sukan serta pemimpin dunia dari tahun 1970-an hingga 2015
2.
Siapa terajui siasatan?
Pada
2015, terdapat sumber memberi dokumen dari sebuah firma perundangan
di Panama, Mossack Fonseca kepada akhbar JermanSüddeutsche
Zeitung.
Akhbar
berkenaan serah dokumen kepada Konsortium Antarabangsa Wartawan
Siasatan (ICIJ), sebuah kumpulan gabungan media antarabangsa.
Dokumen
itu kemudian dianalisis oleh 400 wartawan dari 107 organisasi media.
3.
Siapa dan negara manakah yang dikaitkan dengan Panama Papers
Panama
Papers mendedahkan beberapa transaksi kewangan oleh bekas pemimin,
pemimpin kini, pegawai kerajaan dan ahli keluarga dan orang terdekat
pemimpin negara dari lebih 40 negara.
Antara
pemimpin yang dikaitkan adalah Presiden Rusia Vladmir Putin, Presiden
Argentina Mauricio Macri, Presiden Ukraine Petro Poroshenko, Presiden
Emiriah Arab Bersatu Khalifa bin Zayed Al Nahyan, Perdana Menteri
Iceland Sigmundur Davíð Gunnlaugsson.
Antara
selebriti yang dikaitkan dalam laporan ini adalah bintang Bollywood
Amitabh Bachan, Aishwarya Rai Bachan, pelakon Hollywood Jackie Chan
dan bintang sukan Lionel Messi.
4.
Reaksi Mossack Fonseca
Memetik
laporan CNN.com,
Mossac Fonseca dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa industri
mereka tidak difahami oleh orang umum dan pendedahan dokumen ini akan
mengelirukan lagi orang ramai.
“Jelas
sekali, tiada siapa yang suka mempunyai harta mereka dicuri, dan kami
berhasrat untuk melakukan apa sahaja yang kita boleh untuk memastikan
pihak yang bersalah dibawa ke muka pengadilan,” kata firma
Mossack Fonseca.
Pengasas
bersama Mossack Fonseca Ramon Fonseca Mora berkata bahawa terdapat
maklumat yang tidak tepat dalam laporan ICIJ dimana beberapa pihak
bukan dan tidak pernah menjadi pelanggan Mossack Fonseca.
5.
Laporan penuh pada Mei 2016
Panama
Papers mula didedahkan pada 3 April 2016
Pihak
ICIJ bakal siar senarai penuh kesemua syarikat yang terlibat pada
Mei nanti
Sementara itu Pengasas dan Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan adalah wakil tunggal Malaysia dalam ICIJ, manakala wartawan Four Corners dari Australia, Linton Joshua Besser juga menjadi anggota ICIJ
Sementara itu Pengasas dan Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan adalah wakil tunggal Malaysia dalam ICIJ, manakala wartawan Four Corners dari Australia, Linton Joshua Besser juga menjadi anggota ICIJ
No comments :
Post a Comment