Perdebatan
antara Abdul Rahman Dahlan dengan Lim Guan Eng, semakin menjadi
kenyataan apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said
Keruak menyatakan kesediaan untuk memancarkan acara perdebatan
tersebut secara langsung menerusi RTM.
Bagaimanapun,
beberapa perkembangan terbaharu, termasuklah pengakuan pemilik KLIDC,
Datuk Tang bahawa dokumen jual beli yang dijadikan bukti oleh Abdul
Rahman Dahlan adalah benar-benar wujud dan Phang Li Koon yang
merupakan penjual banglo di Jalan Pinhorn, adalah pekerjanya dan
kemudian menjadi rakan kongsi Tang selama 20 tahun untuk membantunya
menguruskan perniagaannya di Pulau Pinang, dilihat telah membuatkan
Lim Guan Eng tergamam.
Barangkali
kerana itulah Lim Guan Eng terlalu gementar seandainya isu Skandal
Banglo dan Phang Li Koon akan menjadi salah satu isu yang disentuh
oleh Abdul Rahman Dahlan.
Dan
kerana itulah, Abdul Rahman sempat menempelak Guan Eng menerusi
Twitter dengan menawarkan 'soalan-soalan bocor' kepada Guan Eng.
Semuanya
bermula dengan banglo dan hartanah di No.25, Jalan Pinhorn dan jualan
yang dibuat oleh Phang Li Koon serta kaitan dengan tanah PPRT Fasa
II Taman Manggis yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau
Pinang di bawah kepimpinan Guan Eng kepada KLIDC, syarikat yang
dimiliki oleh rakan kongsi Phang Li Koon.
Menurut sumber,
cubaan oleh Lim Guan Eng untuk mengalihkan tumpuan dan perdebatan
kepada isu lain adalah tidak wajar kerana persoalan yang ditimbulkan
sekarang ialah bagaimana Lim Guan Eng memperolehi hartanah berharga
murah, sedangkan pada masa yang sama, tanah Taman Manggis yang
sepatutnya digunakan untuk pembangunan PPRT Fasa II, telah dijual
kepada KLIDC pada separuh harga berbanding harga tawaran yang
diberikan oleh Barisan Nasional Pulau Pinang iaitu RM22 juta.
Open
tender yang dibangga-banggakan oleh Lim Guan Eng dalam skandal tanah
Taman Manggis juga, telah menimbulkan keraguan apabila tiga daripada
empat syarikat yang membuat tender, tidak ubah seperti satu
penyamaran semata-mata bagi menghalalkan KLIDC memperolehi tanah
tersebut.
Pengakuan
Datuk Tang merupakan satu anjakan besar dalam perdebatan antara Abdul
Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng. Ramai yang sudah tidak sabar
menantikan perdebatan tersebut untuk melihat sejauh mana dan sepintar
mana Lim Guan Eng menipu dan berputar belit.
No comments :
Post a Comment