Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 6, 2016

RAFIZI TAK BERSALAH, YANG BERSALAH ADALAH PDRM DAN KERAJAAN YANG MENANGKAPNYA!!!!



Bagaikan anjing mendapat tulang yang masih bersisa daging, begitulah yang berlaku kepada para pemimpin DAP dan PKR khususnya. Secara tiba-tiba sahaja, hari ini, isu membabitkan skandal Lim Guan Eng, menjadi reda dan digantikan dengan isu penangkapan Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi.

Lim Guan Eng mendesak Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar meletak jawatan kerana katanya, dengan perletakan jawatan tersebut, akan memberi isyarat kepada kerajaan agar mengambil berat dan menjaga mereka yang bergelar 'whistle-blower'.

Gambaran yang diberikan oleh para pemimpin pembangkang sekarang ialah, Rafizi tidak bersalah dan apa yang dilakukan oleh Rafizi adalah satu keperluan untuk rakyat. Sebaliknya penangkapan Rafizi kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi, merupakan satu kesalahan besar dan mengkhianati rakyat.

Pastinya, sesiapa pun akan faham, sebarang isu yang dilihat bersifat besar dan boleh mengalihkan pandangan daripada isu Skandal Tanah Lim Guan Eng, akan segera dimanipulasi dan dioptimumkan 'penggunaannya'.

Lim Guan Eng sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak kerana beberapa pendedahan termasuklah yang terbaru membabitkan keistimewaan yang diberikan kepada KLIDC serta taktik yang menggunakan syarikat-syarikat 'hantu' untuk proses tender terbuka, sedang mengoyak beberapa lagi skandal besar termasuklah kes di Hong Kong yang bakal terdedah dalam tempoh seminggu dua ini.

Justeru, pembelaan yang dibuat secara bersepadu ke atas Rafizi Ramli selain cercaan ke atas PDRM dan Ketua Polis Negara kerana penangkapan Rafizi Ramli, malah penghinaan kepada undang-undang negara yang melibatkan Akta Rahsia Rasmi, dapat kita perhatikan sekarang ini.

Lebih menarik lagi ialah apabila orang yang diberikan jawatan dalam agensi kerajaan sedangkan suatu ketika dahulu merupakan penentang utama, tidak banyak cakap dan menikus sepanjang serangan ke atas Perdana Menteri, UMNO-BN mahupun agensi-agensi dan entiti-entiti kerajaan, tetapi dalam hal Rafizi Ramli boleh pula bersuara dan memperkatakan tentang hak.



Namun sesuatu yang amat menarik dan pastinya menyakitkan hati DAP serta PKR ialah, MAJLIS SYURA PAS memutuskan bahawa tindakan pihak berkuasa menangkap dan menahan Rafizi Ramli adalah mengikut lunas-lunas Islam sepertimana yang telah ditetapkan oleh al Quran dan al Hadis. Rafizi ditangkap kerana dokumen yang didedahkannya walaupun hari Khamis (esok), dokumen tersebut akan dinyahklasifikasi OSA apabila dibentangkan kepada Parlimen.

Rafizi ternyata tidak menghormati dan mencabar undang-undang apabila bertindak mendahului, dan kemudian memutarbelitkan fakta-fakta yang bakal dibentangkan kepada awam menerusi tindakannya mendedahkan dan melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Menariknya, dalam hal ini, Tony Pua yang sebelum ini cukup terkenal sebagai orang yang paling lantang mendahului apa-apa sahaja keputusan PAC terutama yang membabitkan 1MDB, bertukar menjadi naif dan menyatakan, tidak tahu bagaimana Rafizi mendapat dokumen berkenaan.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.