Salam…
Ada orang tidak senang dengan doa saya semalam di Dataran Merdeka
kerana konon biadab pada Mahathir.
Sebenarnya begitulah bunyi doa saya sejak awal reformasi sebelum saya disumbat ke dalam ISA hingga keluar ISA hinggalah sekarang. Sekadar itulah kemampuan saya menentang kezaliman yang akan saya jawab nanti bila ditanya di Mahkamah Allah.
Saya tidak berani dan tidak mampu menegur secara berdepan dengan orang yang zalim. Saya hanya mampu sekadar berdoa. Itulah senjata saya.
Saya tertanya-tanya, kenapa setelah 18 tahun, baru kini doa saya dikritik dan dipertikai oleh teman “seperjuangan”? Adakah kerana hari ini kita teruja bila dapat bersama sepentas dan berkongsi mikrofon dengan Mahathir? Apakah itu memadam segala kezaliman yang dia lakukan satu masa dahulu?
Demi Allah, saya tidak dendam dengan Mahathir. Saya hanya ingat pesan Nabi agar tidak redha dengan apa jua kezaliman. Nabi juga berpesan agar lawan kezaliman setakat yang termampu. Dan itulah kemampuan saya.
Kepada yang menegur saya kerana berdoa, anda orang hebat dan berani. Saya kagum. Saya pohon, tegurlah orang yang zalim itu secara berdepan mana tahu teguran anda membuatnya sedar dan segera bertaubat.
Dalam konteks Mahathir, tegurlah dia mana tahu terbuka hatinya untuk minta maaf pada Anwar, keluarga dan rakyat. Ingat, GST hanyalah satu dari sekian banyak kezaliman yang bermula dari zaman Mahathir.
Salam Reformasi dari saya…
Badrul Amin Bahron adalah aktivis reformasi.
1 comment :
Osta BANGANG lebih zalim pada diri dia sendiri!!
Hati dan jiwa tak tenang penoh dengan hasat dengki!!!
Banyak beristighfar al Ostad ya!!!
Post a Comment