Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, April 9, 2016

Apa pulak 'tai chi' Guan Eng selepas bos KLIDC mengaku Miss Phang rakan kongsinya



Menjelang perdebatan  antara Pengarah Komunikasi Stratagik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, satu pendedahan 'meletup' disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau pada Jumaat.

Selepas pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew mengakui pemilik asal banglo 'murah' yang dijual kepada Guan Eng, Phang Li Khang merupakan bekas kakitangan dan kini rakan niaganya, kita sama-sama menunggu apakah reaksi Lim Guan Eng selepas pendedahan ini.

“Kami mempunyai hubungan kerja lebih daripada 20 tahun bermula sebagai pekerja dan kemudian menjadi rakan kongsi perniagaan," Kata Tang.

Menurut Tang, beliau memberikan Phang Li Koon 30 peratus saham manakala beliau memegang baki 70 peratus saham bagi syarikat tersebut di Pulau Pinang.

Tang berkata, Phang adalah individu yang menjaga perniagaan beliau di Pulau Pinang.

Ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada Guan Eng yang selama ini mendakwa perempuan tersebut tidak mempunyai sebarang urus niaga dengan kerajaan negeri.

KLIDC, yang tersepit di tengah-tengah perbahasan kerana menguasai tanah Taman Manggis yang dibeli daripada kerajaan negeri dengan harga RM11.6 juta pada 2012, yang kemudiannya didakwa mahu menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.

Rahman pada Isnin mendedahkan perjanjian jualan saham yang menunjukkan KLIDC dijual sebanyak RM18.6 juta kepada pembeli tidak dinamakan. (Baca Sini.) Manakala Kerajaan negeri pula berulangkali menegaskan bahawa tanah Taman Manggis tidak akan dijual kembali.

Tang Yong Chew yang merupakan pemegang saham majoriti KLIDC mengakui kewujudan perjanjian jualan saham tetapi berkata rundingan itu tidak menjadi kenyataan.

Tang berkata, tahun lalu, sebuah kumpulan daripada Amerika Syarikat telah menyatakan minat untuk melabur dalam pusat perubatan yang dirancang di Taman Manggis, yang membawa kepada pembentukan syarikat usaha sama bagi mendapatkan pembiayaan bank.

“Oleh kerana permohonan kewangan memerlukan beberapa dokumentasi undang-undang, tandatangan perjanjian jualan-beli saham yang didedahkan baru-baru ini, telah membawa kepada dakwaan KLIDC mahu menjual tanah Taman Manggis untuk mendapatkan keuntungan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Tang, rancangan itu tidak berjalan lancar dan usahasama itu habis begitu sahaja.

Beliau menegaskan bahawa Tanah Taman Manggis masih milik penuh KLIDC.

Rahman Dahlan yang merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan berdebat dengan Guan Eng mengenai isu Taman Manggis dalam masa terdekat.

Rahman berkata debat tersebut membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran mengenai skandal Taman Manggis.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sejam selepas itu kemudiannya memberi reaksi.




Sementara itu, Guan Eng turut memberitahu Abdul Rahman supaya menghubungi Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke yang diamanahkan menguruskan debat itu nanti.

Terlebih dahulu, Guan Eng menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Abdul Rahman sekalipun akan diadakan secara terbuka dan disiarkan dalam televisyen.

Bagaimanapun difahamkan pihak Guan Eng tidak mahu debat tersebut menyentuh isu banglo murah yang dibelinya.

Butiran terperinci mengenai debat itu masih dirunding antara pegawai Rahman dan pegawai Guan Eng



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.