Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, April 8, 2016

Mulakan Hidup Baru Anda Dengan MYTV .....80 Saluran TV & Siaran Radio Percuma akan Dilancarkan Jun 2016 . Jom Tinggalkan ASTRO




Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.

“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.

Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.

Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.

Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.

Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.

Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro. 


11 comments :

mat said...

80 siaran? nak sumbat menatang apa? yg ada skrg pun rancangan tahap loji taik

Anonymous said...

Hello mat.. Ko jgn jadi bangang.. Ko taknak ko zip la mulut longkang ko tu.. Belacan tul

Anonymous said...

Ko buat la rancangan sendiri... Jangan ada yang kata rancangan ko tu pulak patut campak dalam lubang najis je...

Anonymous said...

mat tu red bean army lerrrr.... semua pun nak bangkakng. weiii biar seribu pun siarannya...Apa masah nya kalau gomen ak bagi siaran percuma..... macam CI.... ler hang nih.....

Anonymous said...

nama macam nama rasul tapi otak mat said ni 0.0000 percent. hampas

Anonymous said...

woi mat said. aku nak kata ko bodo, ko kata ko cerdik. tak pasal2 kena kutuk. mytv tu percuma aje dol, kalau nak pakai ko hanya kena beli dekoder harga rm200! mytv nak sumbat apapun, apa yang ko meroyan. tak nak tengok, tutup tv pegi sidai kain yang bini ko suruh. oh ya mat said, kalau ko dapat br1m, ko akan dapat pulak dekoder percuma! kalau tak nak pakai, bagi je kat jiran ko biar dia boleh tengok mytv. daripada ko merapu bodo gitu, baik ko zip sikit tangan ko daripada menaip benda bodo.

Anonymous said...

Mat sah tegar ph..apa gomen buat semua bgkang..nk bg tv percuma pn bgkg..sudah2lh kayakn ananda tu..dia xpeduli pn staf melayu kt astro

Anonymous said...

mat tu pencacai DApig kot. sakit ati la sbb Govt terus buat pembaharuan percuma.
kalau kasi daging babie free dia suka la
ni kasi TV free 80 channels. ckp byk plak. xde sapa suruh ko tgk tv kalau ko xsuka.

dr duk perhabis duit langgan ASTRO ada alternatif. sakit

Anonymous said...

TAK PERLU LAYAN "MAT SAID" TU YANG DAH "MATI HATI PERUT" DEK TERTELAN TELUR LKS/LGE/RAFIZI/MAHFUZ OM/MAT SABUN. SEKARANG KITA PERLU TAHU BAGAIMANA NAK MOHON....DIMANA...BILA MULA PENDAFTARAN. ORANG2 MACAM MAT SAID NI? BRIM DIA SAPU, KUTUK TETAP KUTUK. ITU SEBAB HIDUP TAK BERKAT KERANA TAK MAHU BERSYUKUR. SEORANG ISLAM, KALAU BENAR TETAP BENAR, KALAU SALAH TETAP SALAH. ATAU MAT SAID NI BELACI ASTRO KOT? SUDAHLAH TU....DAH PUAS MENDERITA DGN PERKHIMDATAN ASTRO TU. DAH LAH MAHAL, ADA AJA JALAN NAIK NAIKAN BAYARAN....BILA HUJAN....PHUI..KHAK...KHAK....GIGIT JARI. BAYAR JGN LAMBAT....

Anonymous said...

Sokong..cai ja yg sokong dan pertahan sampai mampos..sanggup mampos beb..

Anonymous said...

Elok juga. Astro mudah2 naik kan harga ... pakej yg kurang flexible...terpaksa juga byr walau tak tengok.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.