Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 6, 2016

SPRM Serbu Pejabat Penang Development Corporation


pdc


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu ke pejabat Penang Development Corporation (PDC) untuk mengambil beberapa dokumen, lapor China Press. (Baca sini )

Menurut Lee Kah Choon, Pengarah InvestPenang dan Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ia merupakan prosedur biasa dalam siasatan SPRM.

cina paper

Difahamkan serbuan SPRM ke atas PDC dilakukan setelah pendedahan dibuat di media sosial mengenai penglibatan Magnificent Emblem Sdn Bhd, syarikat milik Ms Phang Li Koon dalam cadangan projek pembinaan perkampungan pekerja warga asing oleh PDC di Juru.

Ini adalah bukti hubungan langsung Ms Phang penjual banglo dan Lim Guan Eng sebagai pembeli banglo di bawah harga pasaran. Lim Guan Eng adalah Pengerusi PDC selain Ketua Menteri,” ulas Azizi Safar



Semalam, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan turut mendedahkan Phang mempunyai kepentingan secara langsung dengan kerajaan negeri pimpinan Guan Eng melalui syarikatnya, Magnificent Emblem Sdn Bhd.

Kalau tiada urusan perniagaan (antara Phang) dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, macam mana (syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd) boleh buat permohonan untuk pembinaan asrama pekerja asing dengan PDC iaitu Penang Development Corporation, “soal Huan.

Tambah Huan hubungan di antara syarikat milik Phang itu dengan PDC membuktikan pengakuan bersumpah yang dibuat pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn sebelum ini yang mendakwa ‘tiada apa-apa kepentingan perniagaan dengan kerajaan negeri’ boleh diragui kebenarannya.




1 comment :

Anonymous said...

Aktiviti haram LGE tokong ini dh lama berlaku. Cuma media lambat lapor. Belum lagi buka kisah penjualan tanah Bayan Bay yg digazetkan BN dulu untuk bina masjid dan infrastruktur rakyat.

Juga penjualan tanah di Batu Kawan, lagi kes melibatkan Ivory Properties. Penggondolan secara besar2an di lereng2 bukit termasuk yg cukup jelas dr Penang Bridge, Bukit Gamber, Gelugor. Zaman UMNO BN takpernah sentuh kawasan2 snsitif begit untuk jana kewangan.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.