Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, February 7, 2013

Bayaran 100 Peratus Kepada Syarikat Kroni Sebelum Barangan Dibekalkan


PAKATAN RAKYAT BERSIH DARI KRONI?

Yayasan Selangor (YS) ditubuhkan pada 1970 atas kesedaran kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu itu tentang pentingnya pendidikan , khususnya bagi masyarakat luar bandar.
YS mendapat pelbagai kemudahan dari kerajaan negeri mahu pun kerajaan pusat untuk memastikan kejayaan dan kesinambungannya berterusan.
Di waktu pemerintahan BN , sudah sampai satu tahap di mana YS tidak memerlukan dana dari kerajaan negeri untuk bergerak. Mereka menjanakan pendapatan untuk kos operasi dari segala kemudahan yang diberikan kerajaan sebelum itu. Satu demi satu asrama serta pusat latihan baru yang dibuka oleh YS.
Semua dan segalanya berubah selepas berlaku perubahan kerajaan yang memerintah Selangor pada tahun 2008. YS yang ditubuhkan dengan objektif untuk meningkat, mengangkat serta memartabatkan kualiti atau mutu pendidikan anak-anak Selangor telah bertukar menjadi sebuah yayasan tempat kroni-kroni PKR, PAS dan DAP meningkatkan pendapatan dan memadatkan poket mereka.
Apabila berlaku pertukaran pucuk pemerintahan kerajaan negeri, maka sudah pastilah berlaku juga perubahan dalam YS. Seorang penganggur yang bertahun-tahun tidak bekerja, Ilham Marzuki yang mana orang itu merupakan kroni PKR dan mempunyai ramai kenalan dalam PAS telah dilantik oleh MB Selangor sebagai Pengurus Besar Yayasan Selangor dan diberi gaji gred Jusa A.
Tidak lama selepas dilantik sebagai pengurus besar dan melakukan beberapa perubahan dalam pentadbiran YS serta mengenal pasti harta dan wang yang dimiliki oleh YS yang berpeluang untuk dirembatnya serta kroni-kroni PKR, maka bermulalah operasi penyamunannya.
Perkara yang pertama dilakukannya adalah menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sabak Bernam. IKYS Sabak Bernam diwujudkan oleh YS untuk memberi peluang kepada remaja-remaja yang berminat dalam bidang kemahiran atau pertukangan. Ketika itu IKYS tersebut mempunyai 280 orang dan kos operasinya sebanyak RM 720 ribu setahun (termasuk gaji tenaga pengajar)
Surat arahan penutupan IKYS Sabak Bernam ditandatangan oleh Ilham Marzuki dan alasan yang berikan kerana pusat latihan tersebut tidak menguntungkan. Bukankah itu satu alasan yang cukup-cukup dangkal. Jika itu alasan mereka , maka tidak mustahil jika ditakdirkan PKR memerintah negara kelak sekolah-sekolah dan universiti kerajaan juga akan ditutup atas alasan tidak menguntungkan.
Dalam tahun yang sama IKYS ditutup atas alasan tidak menguntungkan, YS boleh pula berbelanja sehingga RM 1 juta untuk majlis sambutan ulangtahun ke 40 YS.
Peringkat awal MB Selangor cuba berbohong dengan mengatakan kos untuk majlis sambutan ulangtahun berkenaan hanya RM 300 ribu, bagaimanapun selepas diasak bertalu-talu oleh Datuk Seri Noh Omar, akhirnya Khalid Ibrahim mengakui peruntukan yang diluluskan untuk majlis itu adalah RM 1 juta.
Perkara tersebut bukan sahaja mengejutkan rakyat Selangor, malah turut mengejutkan KDYMM Sultan Selangor dan Baginda telah mengambil keputusan membatalkan keberangkatan Baginda ke majlis sambutan ulangtahun berkenaan.
Sebuah syarikat penganjuran majlis yang bernama Drift Z Enterprise yang ditubuhkan pada hujung November 2009 (selepas PKR memerintah Selangor) telah diberikan projek yang bernilai RM 300 ribu untuk menguruskan penganjuran majlis ulangtahun tersebut.
Yang mengejutkan, sebelum majlis bermula (5 November 2010) syarikat berkenaan telah diberi dua kali bayaran iaitu RM 142, 500 dan RM 128 ,250 . Jumlah RM 270, 750 telah dibayar sebelum majlis dijalankan atau kira-kira 70% daripada kos keseluruhan projek.
Apa yang dilakukan itu bertentangan sekali dengan amalan yang digunapakai dalam kerajaan atau agensi-agensi dibawahnya. Akan tetapi oleh kerana ianya melibatkan syarikat kroni, maka semuanya dihalalkan.
Pada tahun 2010 juga Ilham Marzuki telah memberikan kontrak kepada sebuah syarikat yang bernama TL Tinala Enterprise untuk menjahit pakaian rasmi hari raya kakitangan YS yang bernilai RM 200 ribu.
Syarikat tersebut juga tergolong dalam golongan syarikat yang boleh ditubuhkan dalam masa 15 minit (enterprise) yang ada kaitan dengan pimpinan PAS dan ditubuhkan kira-kira 3 bulan selepas PKR,PAS dan DAP memerintah Selangor dan beralamat di sebuah rumah di Shah Alam.
Pada tahun 2010 sebuah syarikat 15 minit juga yang bernama Rahah Enterprise telah diberi kontrak asal yang bernilai RM 170,000 kemudian ditambah lagi RM 29,000 (jumlah RM 199,000) untuk majlis berbuka puasa YS seramai 500 orang di Dewan Sivik MBPJ yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim.
Syarikat Rahah Enterprise juga ditubuhkan selepas PKR, PAS dan DAP memerintah Selangor dan beralamat di sebuah rumah di Shah Alam.
Pada tahun 2010 juga sebuah syarikat yang bernama SDF Media & Events SDN BHD telah diberi 2 kontrak yang berjumlah RM 360,000 untuk dua majlis yang berbeza yang tidak masuk akal.
Pertama, syarikat berkenaan diberi kontrak untuk majlis sambutan hari raya YS yang bernilai RM 320,000.
Kedua, syarikat berkenaan diberi kontrak yang bernilai RM 40,000 untuk majlis perasmian Sekolah Maahad Tahfiz Kiblah di Dengkil Selangor. Sekolah berkenaan menyewa bangunan YS dan sekolah itu ada hubung kait yang rapat dengan pimpinan PAS. Yang menjadi persoalan disini adalah kenapa perlu YS mengeluarkan wang mereka untuk majlis perasmian sekolah yang disewa dari mereka ? Sepatutnya segala kos perlu ditanggung oleh penyewa dan bukannya sama sekali menjadi tanggungjawab YS.
Apa yang dinyatakan diatas telah pun menjadikan perhatian umum sejak 2010. Di sini, kami ingin menyatakan satu perkara yang belum lagi diketahui umum.
Seperti yang dijanjikan, hari ini kami muncul dengan bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor sepertimana yang kami janjikan semalam.
Dalam akhbar rasmi Kerajaan Selangor edisi 16-23 Mac 2012 , Ilham Marzuki berazam untuk mengheret 3 bekas MB Selangor di zaman BN ke mahkamah atas alasan berlaku ketirisan sebanyak RM 500 juta semasa zaman bekas-bekas MB itu memerintah Selangor.
Ilham Marzuki produk PKR, sudah tentu dia cukup hebat untuk memutar belitkan cerita bagi mengalihkan perhatian orang ramai kepada penyelewengan –penyelewengan beliau semasa disoal siasat oleh SELCAT.
Rasuah tidak mengenal jumlah, kesalahan dan dosanya tetap sama. RM 500 juta atau RM 500, hatta RM 5 , rasuah tetap rasuah.
Semenjak Ilham dilantik sebagai pengurus besar, YS sering dikunjungi oleh para-para kenalan Ilham Marzuki termasuklah seorang kenalan rapatnya yang juga Ahli Parlimen Pas Kuala Krai, Hatta Ramli.
Pada pertengahan Julai 2010 Ilham Marzuki telah mengeluarkan arahan supaya peruntukan RM 20, 000 dikeluarkan untuk belanja satu majlis makan di bilik mesyuarat tingkat 18 YS. Yang mana majlis makan malam tersebut dihadiri oleh kenalan Ilham Marzuki yang majoritinya bekas pelajar MCKK dan golongan yang memperjuangkan Anwar Ibrahim.
Pada majlis itu pelbagai perkara yang mereka bualkan, termasuklah peluang-peluang perniagaan dengan YS dan Hatta Ramli ada memaklumkan kepada mereka-mereka yang datang bahawa YS boleh agih-agihkan dana dan sebarang kekurangan dana untuk kegiatan politik boleh diperolehi dari YS.
Hubungan akrab Hatta Ramli dengan Ilham Marzuki tidak boleh dinafikan dan Hatta boleh mempengaruhi Ilham untuk melakukan sebarang keputusan. Pada tahun 2010 Hatta Ramli melalui perbualan telefon telah menyarankan agar YS membeli 10,000 naskah Al-Quran secara rundingan terus dari sebuah syarikat milik kepada adik Sheikh Ismail iaitu pemilik sekolah Tahfiz Kiblah yang menyewa bangunan YS di Dengkil.
Al Quran itu dikatakan dari Syria dan dijual dengan harga RM 22.50 senaskah kepada YS. Mengikut maklumat yang kami terima pula Al Quran itu dibeli dari sebuah syarikat di Hulu Klang dan dijual kepada YS.
Soal darimana Al Quran itu datang tidak menjadi masalah, apa yang kami ingin dedahkan disini hari ini adalah tentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Ilham Marzuki untuk menolong syarikat kroni-kroninya.
Sila ikuti dengan terperinci satu persatu dokumen dibawah yang kami sediakan untuk tatapan kepada anda.
ys_1
Dokumen 1
Keterangan dokumen 1
Sebutharga dari syarikat adik kepada kenalan rapat Hatta Ramli kepada YS yang bertarikh 15 Oktober 2010
Ruangan payment terms: Pembekal menyatakan 50 % dari jumlah bayaran pesanan perlu dibayar pada keesokan harinya iaitu 19 Oktober 2010 dan bakinya perlu dibayar semasa penghantaran Al Quran.
Terdapat catitan dibahagian bawah yang menyatakan “untuk mengelakan kelewatan sila urus pembayaran mengikut jadual”. Dicatatkan oleh Pengurus Besar YS , Ilham Bin Marzuki (IBM) pada 18.10.2010.
ys_2
Dokumen 2
Keterangan dokumen 2
Memo memohonan kelulusan daripada timbalan pengurus besar kepada pengurus besar 18 Oktober 2010.
Dibahagian bawah ruangan diluluskan telah dibulat oleh oleh Ilham Marzuki dan dicatitkan “Ini adalah program sempena 40 tahun YS. YS akan menyembah senaskah Al Quran kpd DYMM Tuanku Sultan dan 10,000 naskah kepada rakyat di 9 daerah negeri Selangor. Moga diberkatinya” Bertarikh 18.Oktober.2010
Timbalan pengurus besar kembali memohon kelulusan pengurus besar untuk melantik syarikat berkenaan sebagai pembekal. Sedangkan dokumen 1 secara jelas menunjukkan bukan sahaja pengurus besar telah bersetuju , malah telah mengarahkan timbalan pengurus besar menguruskan pembayaran mengikut jadual.
Masing-masing cuba bermain jalan selamat (play safe)
Dokumen 1 menunjukkan minit yang dicatitkan oleh pengurus besar tidak mempunyai tandatangan. Hanya dicatat IBM.
Timbalan pengurus besar bimbang beliau dipersalahkan jika timbul isu kerana kontrak diberi kepada syarikat kroni pengurus besar tanpa melalui tender terbuka , lalu dia memilih untuk mendapat kelulusan secara sah dari pengurus besar.
ys_3
Dokumen 3a
ys_4
dokumen 3b
Keterangan dokumen 3a dan 3b
Surat tawaran kerja kepada syarikat Dakwah Corner Bookstore (M) Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar YS yang bertarikh 18 Oktober 2010.
Dicatatkan pada perkara ke 3 bahagian IV: Yayasan Selangor berhak menahan bayaran 5% daripada jumlah keseluruhan kontrak pembekalan ini sehingga Yayasan Selangor berpuashati dengan semua kerja pembekalan yang dilaksanakan pembekal.
ys_5
Dokumen 4
Keterangan dokumen 4
Borang jawapan persetujuan menerima tawaran membekal Al Quran yang dijawab dan ditandatangan oleh pengurus Dakwah Corner Bookstore (M) Sdn Bhd yang bertarikh 19 Oktober 2010. Sehari selepas surat tawaran dari YS dikeluarkan.
ys_6
Dokumen 5
Keterangan dokumen 5
Bayaran sebahagian atau pendahuluan sebanyak 50 % dari jumlah keseluruhan kerja-kerja pembekalan yang bernilai RM 225,000 diproses dan dikeluarkan pada 18.Oktober.2010.
Nombor baucer : 2010 2921
Nombor cek : 829413 (Maybank)
ys_7
Dokumen 6
Keterangan dokumen 6
Bayaran baki sebanyak 50 % dari jumlah keseluruhan kerja-kerja pembekalan yang bernilai RM 225,000 juga diproses dan dikeluarkan pada 18.Oktober.2010.
Nombor baucer : 2010 2922
Nombor cek : 829414 (Maybank)
ys_8
Dokumen 7
Keterangan dokumen 7
Penghantaran pesanan (DO) yang diterima YS pada 09 November 2010.

Kesimpulannya keseluruhan proses ini daripada saat pengurus besar menerima sebut harga kepada mengeluarkan surat tawaran dan sehinggalah kepada proses pengeluaran bayaran penuh semuanya selesai dalam masa satu hari pada 18 Oktober 2010.
Sebelum barang yang dipesan diterima oleh YS , bayaran 100 % telah diproses dan dikeluarkan.
Malah sebelum pembekal memberi  persetujuan (dokumen 4) untuk menerima arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh YS , pihak YS dengan telah selesai memproses bayaran penuh kepada pembekal.
Beberapa hari lepas MB Selangor dengan penuh lagak dan ego berkata bahawa beliau boleh menunjukkan BN cara tadbir dengan betul.
Apakah apa yang dilakukan YS satu contoh pentadbiran yang telus, yang amanah, yang tidak mengamal kronisme, yang tidak salah guna kuasa ?
Semoga Khalid Ibrahim belajar depan cermin untuk menyikat rambut dengan betul.
Sumber : Sel13

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.