Lulus Lesen Arak Di Kelantan - Azhar Idrus Sifatkan Kerajaan Pas Juga Kerajaan Syaitan - Video
"Kerajaan Pas Kelantan kerajaan syaitan, Nik Aziz Ulamak syaitan, Ustaz Pas ustaz syaitan", kenyataan itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus keatas mana-mana kerajaan yang membenarkan perniagaan arak dan judi, beliau memetik ayat Al-Quran didalam Surah Al Maaidah, Ayat 90,
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dengan penjelasan yang
dibuat oleh Ustaz Azhar itu ternyata ianya tepat terkena keatas pemerintahan
ulamak syaitan yang sering mengkafirkan dan menyalahkan orang lain.
Buktinya sebahagian gambar-gambar dari blogger AOK rakam disekitar Kota Bharu
terutamanya di Sri Cemerlang pada klip video dibawah.
Dijangkakan terdapat lebih
80 kedai menjual arak disekitar bandar Kota Bharu diberikan lesen
yang sah oleh kerajaan Pas Kelantan, manakala yang menjualnya
secara haram tanpa lesen dianggarkan melebihi 10 buah kedai.
Disamping itu terdapat
juga beberapa pusat hiburan seperti Pub dan karaoke, namun belum
dapat dipastikan samada ianya menjalankan aktiviti itu secara haram atau
mempunyai lesen.
Bagaimanapun isu
pemberian lesen arak itu pernah dijawab oleh kerajaan Pas Kelantan yang
membenarkannya diatas alasan ia dikeluarkan kepada golongan bukan Islam
walaupun sebelum ini mengecam tindakan sama kerajaan BN diatas isu tersebut.
Anda Mampu Mengubahnya.
Mungkinkah fatwa 'syaitan' itu tidak terpakai jika ia dilakukan oleh kerajaan Nik Aziz ?
LIHAT JUGA PENDEDAHAN SUARA BLOGGERS
>Sumber
EKSKLUSIF GAMBAR DAN VIDEO SARANG PELACURAN DI KOTA BHARU TERBONGKAR |
>Sumber
No comments :
Post a Comment