LAPORAN reuters di sini pada 14 Februari lalu menyatakkan bahawa satu sumber yang boleh dipercayai, bahawa kedatangan lebih 100 orang apa yang dipanggil tentera sulu ke Kg Tanduo Lahad Datu Sabah adalah atas jemputan seorang pemimpin pembangkang untuk membicangkan isu tanah.
Sekumpulan yang berjumlah lebih 100 dan lima wanita yang diketuai oleh adik kepada Sultan Jamalul Kiram telah mengadakan ekspedsi ke Sabah pada 9 Februari lalu melalui Tawi-Tawi Filipina dan berjaya mendarat di Kg Tanduo kira-kira 150km daripada bandar Lahad Datu.
Kedatangan kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, telah berkampung di kg Tanduo sejak malam 12 februari lalu.
Sebelum ini, pihak pasukan keselamatan negera telah berunding dengan kumpulan itu, dan melalui perundingan itu, kumpulan itu telah mengemukan tuntutan- Pertama agar ketenteran mereka diakui sebagai tentera sulu dan kedua agar supaya semua keturunan sulu yang telah lama tinggal di Sabah supaya jangan dihantar ke negara asal.
Pada Khamis lalu, satu kenyataan daripada pihak polis, bahawa rundingan sudah ditamatkan, dan bersiap memproses penghantaran kumpulan itu, namun sebelum kumpulan itu beredar mereka mahu bertemu seseorang personaliti berprofile tinggi untuk memuktamadkan satu perjanjian.
Walaupun perundingan sudah ditamatkan, dan keberadaan kumpulan itu sudah masuk minggu ke dua di tanah Sabah, namun belum ada tanda-tanda bilakan kumpulan itu akan pulang ke negara asal mereka Filipina.
Di Sabah, terutama dikalangan suku suluk yang berada di Sabah, ada yang memberi versi berlainan, dan ada yang mengatakan bahawa kedatangan kumpulan itu ada hubungan dengan penghentian bayaran sewa tahunan yang berjumlah RM5,300. Menurut salah seorang yang ada hubungan dengan kesultan sulu yang enggan disebut namanya, mendakwa bayaran sewa tahunan itu telah dihentikan sejak bukan November 2012, ekoran perjanjian dengan MILF dengan kerajaan Filipina.
AYT yakin, selagi masalah pencerobohan ini belum berakhir, maka berbagai spekulasi akan timbul, malah ada yang mendakwa bahawa kedatangan kumpulan ini dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang dikatakan telah berjumpa dengan kumpulan ini seminggu sebelum mereka menceroboh Lahad Datu.
Sejauh mana kesahihan semua dakwaan ini, hanya pihak polis yang mengetahuinya.
No comments :
Post a Comment