Memang
dramatik kenyataan terbaru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim. Tidak disangka-sangka, segagap-gagap Khalid, dia ternyata
masih berani menjawab kritikan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, dan
orang kanan kesayangan “boss”nya itu, Azmin Ali. Kenyataannya
yang berbentuk sindiran itu memang agak pedas!
Sebagaimana
maklum, kecoh di luar Parlimen hari ini apabila Anwar dan Azmin
berpadu tenaga bersatu hati mengkritik Khalid kerana menaikkan gaji
pemimpin Kerajaan Pakatan Haram Selangor terlalu tinggi dan tidak
munasabah.
Maklumlah.
Mungkin kerana risau melihat rakyat dan ramai pemimpin, termasuk
pemimpin-pemimpin Pakatan Haram sendiri mengkritik kenaikan gaji
tersebut yang disifatkan sebagai melampau dan tidak wajar, Anwar dan
Azmin cepat-cepat berlakon tunjuk baik dan sama-sama menghentam
Khalid.
Lagipun,
siapalah sangat Khalid di mata Anwar, bukan? Jangankan orang dalam
PKR saja yang tahu, rasanya seluruh Malaysia yang mengikuti
perkembangan politik negara juga tahu bahawa Khalid merupakan musuh
tradisi Azmin di dalam parti. Azmin dikatakan sudah lama cuba merebut
kerusi MB dari Khalid secara terang-terangan, manakala Khalid pula
cuba bertahan dengan menggunakan pengaruh Wan Azizah sebagai
Presiden.
Namun
kali ini mungkin Khalid tak boleh tahan lagi. Pun begitu, dia masih
lagi enggan menyerang balas Azmin dan Anwar secara terbuka. Dia hanya
berani sindir secara sinis sahaja. Bukankah Azmin juga merupakan ADUN
Selangor dan sama-sama menerima kenaikan gaji tersebut?
“Kalau
(Azmin) tak mahu tak apalah, dia boleh tidak ambil gaji itu..”,
sindir Khalid bersahaja.
Walau
bagaimanapun, saya yakin bahawa telefon bimbit Khalid akan
berdering-dering apabila sindirannya itu tiba di telinga Azmin. Azmin
pula mungkin akan menghubungi Anwar bila terasa pedas dan kemudian
mungkin ada pihak yang akan menghubungi Menteri Besar Selangor itu
meminta penjelasan…
Jika
sekali pandang, boleh tahan juga Khalid Ibrahim ini. Bukan saja Azmin
yang dipulangkan paku buah keras, Anwar pun berani “dihentak”nya!
Selamba
saja Khalid menegaskan bahawa kenaikan gaji yang disuruh kaji semula
oleh Anwar itu adalah keputusan muktamad darinya dan tidak akan
ditangguh atau dikaji semula. Dalam ertikata lain, Khalid ingkar ada
kehendak arahan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum merangkap Penasihat
Ekonomi Negeri Selangor, dan Azmin Ali yang merupakan Timbalan
Presidennya merangkap ADUN Selangor!
Jelaslah
di sini bahawa Khalid mahu Anwar sedar diri bahawa Menteri Besar
Selangor bernama Khalid Ibrahim dan bukannya Anwar Ibrahim. Dan
mungkin juga Khalid mahu Azmin tahu bahawa meskipun dia berjawatan
Timbalan Presiden partinya, Azmin tetap berada dibawa telapak kakinya
bila berada di negeri Selangor!
Biasalah
di dalam politik PKR. Angkuh adalah perkara kedua. Yang penting ialah
kuasa. Mungkin sebab itulah Azmin beberapa kali dikatakan cuba
mengenakan Khalid, namun dapat dipatahkan oleh Menteri Besar Selangor
itu.
Tapi
jika diteliti “wayang opera” di antara Khalid, Anwar dan Azmin
itu, saya yakin ia sebenarnya hanyalah sekadar sandiwara sebagaimana
siri-siri sebelumnya.
Pada
saya, adalah amat mustahil sekiranya Anwar dan Azmin tidak tahu
tentang kadar kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan pimpinan Khalid.
Ia adalah kerana Anwar berjawatan Penasihat Ekonomi Selangor dan
Azmin pula adalah ADUN di negeri itu. Takkanlah mereka tidak
diberitahu Khalid sebelum diumumkan di sidang DUN, bukan?
Mungkin
mereka tahu bahawa kenaikan gaji itu akan mencetus ketidakpuasan hati
ramai pihak, khususnya rakyat. Jadi, bagaimana caranya jika mereka
tetap mahu gaji mereka dinaikkan secara maksimum dan rakyat tidak
marah pada Pakatan Haram?
Caranya
ialah Khalid mesti tetap naikkan gaji pemimpin Kerajaan Pakatan Haram
Selangor walau apa cara sekalipun. Dan jika rakyat marah, Anwar dan
Azmin mesti dilihat sebagai hero rakyat yang mendesak Khalid untuk
kaji semula atau tangguhkan keputusan itu. Jadi, gaji mereka tetap
naik, manakala Anwar dan Azmin kononnya akan tetap disanjung sebagai
“pembela wang rakyat”.
Minta
maaflah. Saya tidak akan terpedaya dengan plot drama politik
sebegitu. Pada saya, gaji pemimpin Kerajaan Negeri Selangor boleh
naik, tapi tidaklah setinggi itu. Seperkara lagi, tak perlulah Anwar
dan Azmin nak jadi hero. Bukan apa, rakyat Malaysia sememangnya sudah
tahu siapa sebenarnya Anwar dan Azmin. Sudah banyak kali mereka
tertipu…