Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, September 24, 2015

{ Video } Detik-Detik Insiden Di Mina. Semoga Mereka di Rahmati.



Sekurang-kurangnya 717 orang terbunuh dalam rempuhan di Mina, Mekah. Pihak pertahanan awam Arab Saudi melaporkan, jumlah kematian kini didapati terus meningkat.

Jurucakap pertahanan awam Saudi berkata, sekurang-kurangnya 805 jemaah lain cedera dalam rempuhan di pinggir kota suci Mekah tersebut.



Mangsa yang cedera telah dipindahkan ke empat buah hospital berbeza di kawasan Mina, menurut jurucakap pertahanan awam itu.

Mina adalah kawasan di mana jemaah menjalankan upacara melontar iaitu simbolik kepada merejam syaitan dengan membaling batu-batu kecil terhadap tiga dinding batu. Ia juga menempatkan lebih daripada 160,000 khemah di mana jemaah bermalam selama ibadah haji. 


Pihak jurucakap media pula melaporkan, kejadian itu berlaku di jalan antara kem jemaah haji. "Jalan yang mana kejadian tersebut berlaku dinamakan Jalan 204. Rempuhan ini tidak berlaku di tapak 'melontar syaitan' tetapi sebaliknya berlaku di kawasan sepanjang jalan tersebut." "Semasa dan selepas rempuhan, jemaah terus berduyun-duyun ke Mina untuk menunaikan ibadah melontar." 


Ketua Jawatankuasa Haji Pusat, Putera Khaled Al-Faisal pula menyalahkan "sesetengah jemaah dari pelbagai negara Afrika" sehingga menyebabkan rempuhan.." lapor saluran TV Arab, al-Arabiya. Pihak berkuasa Iran pula melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 43 warga Iran terbunuh dalam rempuhan terbabit. Kira-kira 4,000 individu daripada perkhidmatan penyelamat dikerahkan menyertai operasi untuk membantu mangsa yang cedera dan kira-kira 220 buah ambulans telah diarahkan ke tempat kejadian. - Utaranews.com 

Asyraf Wajdi Dasuki


YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di dalam sidang media beliau dari Ibu Pejabat Tabung Haji, Abraj Janadriyah, Makkah, telah memaklumkan bahawa rentetan daripada trajedi di Mina itu, setelah dibuat semakan di tujuh maktab dan 15 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan TH Travel & Services Sdn. Bhd., tiada jemaah haji dari Malaysia yang terlibat dalam kejadian pada pagi tadi waktu tempatan.

Beliau juga memaklumkan bahawa jemaah haji Malaysia akan melaksanakan lontaran sesudah Asar, iaitu pada jam 5.30 petang dan 8.00 malam nanti.

Beliau turut menjelaskan, Malaysia  mempunyai lapan pos peronda sepanjang terowong Muassim sehingga ke Jamarat dan petugas akan melaporkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa di kawasan berkenaan. 

Mengikut maklumat yang diterima sejak dari awal pagi, tiada jemaah haji negara ini yang tersasar daripada laluan ke Kompleks Jamarat.  Pos-pos peronda ini telah diwujudkan sejak awal operasi Masyair lagi, dan bukannya semasa insiden ini berlaku sahaja.

Saya juga ingin menafikan berita kematian Allahyarhamah Puan Siti Haryati Shaikh Ali, yang disebarkan melalui viral dan media sosial yang dikaitkan dengan insiden rempuhan berkenaan. Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas.

Setakat ini, sejumlah 16 kematian dilaporkan termasuk tujuh mangsa yang terlibat dengan insiden runtuhan kren. Kematian lain adalah diakibatkan oleh serangan jantung dan sebagainya.

Saya juga ingin tegaskan sekali lagi bahawa, laluan jemaah haji Malaysia ke Kompleks Jamarat adalah berbeza. Jemaah haji Asia Tenggara dan Turki berkongsi laluan yang sama. Jemaah Turki telah selesai melaksanakan ibadat melontar pada pagi tadi, cuma yang tinggal adalah jemaah yang melibatkan Indonesia dan Malaysia. Kita mendoakan agar jemaah haji kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan menunaikan ibadat dengan selamat.  Seterusnya di SINI

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.