Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, December 15, 2015

Matematik Tun Mahathir, Edra Energy dan MV Agusta




Tun Mahathir Mohamad dalam tulisan beliau berjudul “1MDB KELUAR DARI PERNIAGAAN POWER” mempertikaikan laporan bahawa 1MDB mengurangkan hutang antara RM16 bilion hingga RM18 bilion hutangnya selepas menjual “Edra”.
1mdb-pelan-rasionalisasi
2. Saya cuba menghitung bagaimana penjimatan ini boleh dicapai.
3. 1MDB membeli loji-loji janakuasa bersama dengan hutangnya sejumlah RM6 bilion dengan harga RM18 bilion. CGN membayar RM9.83 bilion untuk 100% aset tenaga itu.
4. Perlu diambil perhatian bahawa pada masa 1MDB membeli loji-loji janakuasa tersebut, Ringgit berada pada paras 3.2 bagi satu dolar Amerika. Kini ia berada pada paras 4.2 Ringgit bagi satu dolar Amerika. Dihitung dari segi dolar Amerika, 9.83 bilion Ringgit yang dibayar oleh Syarikat Cina adalah bernilai lebih rendah daripada 9.83 bilion Ringgit yang dibayar oleh 1MDB.
5. Jika wang yang dipinjam oleh 1MDB adalah dalam Ringgit kerugian itu adalah minimum. Tetapi jika 1MDB telah meminjam dalam USD, ia menghadapi kehilangan 1 Ringgit bagi setiap dolar yang dipinjam. Dengan kata lain apa yang 1MDB memperolehi daripada jualan itu tidak akan dapat membayar sepenuhnya hutang dalam bentuk USD yang dipinjam oleh 1MDB.
6. CGN dilaporkan telah membeli 100% daripada aset tenaga 1MDB. Adakah hutang loji janakuasa berjumlah 6 bilion Ringgit yang 1MDB telah mengambilalih itu juga dianggap sebagai aset yang telah dijual kepada CGN?
Saya fikir Tun Mahathir tidak perlu memeningkan kepala untuk perkara yang mudah ini. 1MDB telah merangkumkan kesemua pembelian aset janakuasa bebasnya di bawah anak syarikat Edra Energy. Kesemua liabiliti pembelian janakuasa ini terletak di bawah Edra berjumlah sekitar RM 18 bilion.
Apabila syarikat China, CGN membeli Edra bersama dengan liabilitinya, berapa bayaran tunai atau dalam matawang apa tidak penting lagi kerana ia mengambil alih keseluruhan hutang dan liabiliti syarikat terbabit.
Oleh kerana jumlah keseluruhan liabiliti EDRA yang ditanggung oleh 1MDB ialah RM 18 bilion, maka pengambil alihan ini sekaligus mengurangkan RM 18 bilion dari tanggungan hutang 1MDB.
Ini seumpama kisah jualan MV Agusta Motor S.p.A (MV Agusta) beberapa tahun lalu. Apabila Tun mengarahkan Proton membeli dengan harga 70 juta euro ia termasuk hutang dan liabiliti syarikat terbabit.
Apabila hutang MV Agusta mula bertambah ia telah menyebabkan akaun Proton Holdings sendiri mencatatkan kerugian besar sehingga RM 500 juta. Daripada 500 juta ringgit itu, 481 juta ringgit ialah hutang MV Agusta.
Justeru apabila Proton menjual MV Agusta dengan harga RM 4.50 atau 1 Euro bersama hutangnya, ia turut melenyapkan labiliti Proton sebanyak RM481.05 juta.
Selebihnya, elok Tun tidak masuk campur dalam hal pengurusan perniagaan kerana rekod Tun mengendalikan perniagaan sangat buruk, dari Perwaja, MAS, Renong dan BMF sangat mengecewakan. Dari segi perjanjian juga Tun gagal menguruskan dengan baik bila diambil kira perjanjian berat sebelah yang menguntungkan pengendali Lebuh Raya berbanding pengguna.
Jual EDRA rugi? Memanglah rugi bila ia dijual dalam keadaan terdesak atau “Force Selling”.
Sapa desak? Tun M dan sebahagian kitalah yang menghentam 1MDB dengam begitu teruk sehingga memberi imej yang tidak baik kepada pelabur.
Edra ini sepatutnya tiada masalah jika tidak diserang. Hari ini sudah selesai hutang melalui IPO. Namun IPO tidak lagi dapat dilaksanakan apabila Tun M mula melancarkan siri serangannya ke atas 1MDB ini.
Yang kita bincang sekarang untuk kurangkan hutang 1MDB. Jadi jual Edra kurangkan liabiliti 1MDB sebanyak RM18B. 

1 comment :

Gabenor johor said...

macai ckp bunga2 tu cuma bunga murah yg digunakan utk di tabur di kuburan sahaja

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.