Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, February 8, 2017

Pakatan PKR-PAS-PPBM Bakal.Ditubuhkan Untuk Lawan UMNO-BN Sehari Selepas Keputusan PRU-14 Diumumkan!!!

Khabarnya ada perkembangan terbaharu dalam usaha PKR dan Cap Bunga mengelak PAS daripada menentang mereka dalam pertandingan tiga penjuru.

PAS telah meletakkan syarat yang amat berat kepada PKR dan Cap Bunga sekiranya mahu bekerjasama dengan PAS iaitu, mesti memutuskan semua bentuk hubungan dengan DAP.

Berdasarkan apa yang berlaku pada tahun 2008, selepas PRU-12, tiada sebarang ikatan atau bentuk kerjasama antara PAS-PKR-DAP, tetapi apabila berlaku kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Perak dan kegagalan Ngeh Kor Ham untuk menjawat jawatan tersebut, meskipun DAP telah memulaukannya selama lebih dua minggu, menyaksikan PAS menjadi penentu.

Sokongan dan kesanggupan PAS untuk bersama-sama DAP dan PKR membolehkan Pakatan Rakyat yang dikuasai dan diperintah oleh DAP berkuasa penuh di Perak. PAS hanya diberikan jawatan Menteri Besar Perak yang bukan sahaja tidak berkuasa, malah untuk bercakap pun memerlukan keizinan dan tunjuk ajar daripada Ngeh-Nga.

Keadaan yang sama, kelihatan bakal berlaku dan sedang dirundingkan melibatkan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dengan Cap Bunga dan PKR.

PKR seperti yang diketahui amat bimbang kehilangan pegangan ke atas Selangor. Manakala Cap Bunga pula sedang mencari-cari pangkalannya walaupun dikatakan Cap Bunga amat kuat di Kedah dan Johor.

Apakah kita akan menyaksikan kerjasama PKR-PAS-Cap Bunga menjelang PRU-14 bagi menumbangkan UMNO-BN manakala DAP dan PAN pula akan berganding bahu memecahkan dominasi orang Melayu terutama ahli-ahli UMNO agar mengundi pakatan PKR-PAS-Cap Bunga berbanding simbol dacing Barisan Nasional?

Besar kemungkinan itulah yang akan berlaku memandangkan rundingan tersebut sedang dibuat secara giat.

Taktiknya ialah, kerjasama tersebut adalah untuk PRU-14 sahaja. Sebaik-baik sahaja keputusan diumumkan, perolehan daripada pilihanraya tersebut bagi setiap parti akan dikumpulkan dan dicampurkan dengan perolehan pakatan DAP-PAN.

Mukhriz  - bukan Muhyiddin - akan menikmati sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Melayu PKR-PAS-PAN untuk menjawat jawatan tertinggi. Manakala Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng pula akan bertindak sebagai 'RESIDEN INGGERIS' yang memegang semua kepentingan di negara ini kecuali hal-ehwal orang Melayu dan agama Islam.

Sandiwara-sandiwara politik ini akan menjadi semakin aktif menjelang PRU-14!

The Saviour

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.