Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, February 15, 2017

Projek Kroni Tun Mahathir : Amalan Kronisme Dan Nepotisme Dalam Projek Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)





Projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diistilahkan sebagai 'Projek Gajah Putih'. Ianya dibina semasa Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia melibatkan juga 'pinjaman dari Luar Negara' untuk jangka masa selama 25 tahun yang dijamin oleh kerajaan Malaysia.

Pelan pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) tidak lagi mampu menampung bilangan penumpang yang semakin meningkat.

Lokasi KLIA terletak di daerah Sepang, Selangor hampir 50km jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah RM8.5 bilion atau AS$3.5 bilion telah dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998.

Pada bulan Julai 1994, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir atas nama kerajaan Malaysia telah meminjam 50.3 billion Yen atau RM1.17 billion (RM1 = 43.10 Yen) daripada kerajaan Jepun melalui Japanese International Cooperation Agency (JICA) atas tajuk membiayai sebahagian kos membina Lapangan terbang KLIA.

Pinjaman bernilai 50.3 billion Yen diluluskan oleh kerajaan Jepun bagi jangka masa 25 tahun dengan kadar faedah 3% dan pada 7 tahun pertama kerajaan Malaysia tidak perlu membayar apa2 kepada kerajaan Jepun.

Sehingga kini pinjaman tersebut masih lagi ditanggung oleh kerajaan Malaysia pimpinan DS Najib. KLIA Berhad adalah agensi yang digunakan untuk meminjam daripada Official Development Assistance (ODA) di bawah kerajaan Jepun sehingga sekarang seperti yang tercatat di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015.(Sila klik link di bawah dan lihat m/s 279 Lampiran 6)
http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-ag/terbitan/penyata-kewangan-kerajaan-persekutuan/book/83-penyata-kewangan-tahun-2015/4-penyata-kewangan-kerajaan-persekutuan

Penyata kewangan yang bertarikh 31 Disember 2015 menunjukkan, kerajaan masih menanggung RM320 juta hutang pembinaan KLIA kepada kerajaan Jepun. Persoalan: Adakah Masih Tun Mahathir mahu menafikan yang beliau pernah meminjam DANA dari luar negara?. Dan pinjaman tersebut juga dijamin oleh kerajaan Malaysia?.

Suatu ketika dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah  'anak emas' dan sekutu kuat Tun Mahathir. Beliau dibawa masuk ke dalam UMNO oleh Tun Mahathir pada 29hb Mac 1982. Pada 1hb Disember 1993, DSAI memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO. Dan beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tahun 1993 sehingga tahun 1998, DSAI memegang 2 portfolio penting di dalam kerajaan Malaysia iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan secara serentak.

Landskap pentadbiran yang mengutamakan kronisme dan nepotisme telah merubah segala2nya. Sejarah Konflik pengukuhan kuasa dan perluasan pengaruh antara Tun Mahathir dan DSAI dapat dilihat dengan jelas pada 4 perhimpunan agung UMNO (PAU) sehingga PAU tahun 1998.

Di PAU 1998 juga, DSAI menerima serangan berupa cetakan 2 naskah buku yang diedar kepada sesiapa yang hadir secara percuma bagi membongkar kegiatan tidak bermoral DSAI melalui buku “Talkin Untuk Anwar” dan “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM” oleh Khalid Jafri.

Tun Mahathir mendakwa ada usaha2 campurtangan pihak asing untuk menjatuhkan beliau dengan menamakan DSAI sebagai pengganti Perdana Menteri disebabkan beliau enggan menerima pakej bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa, IMF bagi memulihkan ekonomi pada 1997. Pada 2hb September 1998 DSAI dipecat dari segala jawatannya yang ada di dalam kerajaan.

Pada 21hb September 1998 beberapa pengikut DSAI telah ditahan mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 dituduh terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

Antara yang ditahan ialah Datuk Kamaruddin Jaafar (kini MPs PKR Tumpat), DS Zahid Hamidi (kini TPM), Asmaon Ismail, DS Dr. Zamberi Abd. Kadir (kini Menteri Besar Perak), Profesor Dr. Sidiq Baba, Kamarudin Mohd. Noor,  Tamunif Mokhtar, Amidi Datuk Abdul Rahman, Ahmad Azam Abdul Rahman, Mukhtar Redhuan, Shaharuddin Badaruddin dan Abdul Halim Ismail.

"Lawan Tetap Lawan" itulah motto DSAI! Menerusi siaran berbayar saluran CNBC Amerika pada24hb September 1998 DSAI menuduh keluarga Perdana Menteri, Tun Mahathir mempunyai kepentingan besar dalam projek KLIA dan beberapa projek mega yang lain.

Zaleha Mohd. Ali (ipar Tun Mahathir) dianugerahkan kontrak 'supply' dan pembinaan KLIA dengan mengaut untung "atas angin". Sementara kontrak SUKOM diberi kepada General bersara Hashim Mohd. Ali (juga ipar Tun Mahathir) sebagai sumber untuk menjarah kekayaan. Kedua2 mereka tiada kepakaran dalam urusan dibidang itu.

Pada 28hb September 1998 dalam akhbar NSTP sewaktu menjawab tuduhan DSAI terhadap Tun Mahathir, Timbalan Menteri di JPM pada waktu itu Datuk Fauzi Abdul Rahman memaklumkan bahawa DSAI telah anugerahkan projek2 kepada kroni2nya ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Kedudukan DSAI juga sebagai Pengerusi JK Kabinet Mengenai Kemudahan Awam dan JK Kabinet Mengenai KLIA, di mana beliau mempunyai kuasa sepenuh terhadap urusan pemberian kontrak.

Pengerusi Institut Kajian Dasar ketika itu Datuk Kamaruddin Jaafar adalah kroni tegar DSAI, diberi 6kontrak utama projek KLIA melalui syarikat Lankhorst Pancabumi Contractors Sdn Bhd, iaitu anaksyarikat Lankhorst Bhd di mana Datuk Kamaruddin Jaafar adalah Pengerusi Eksekutif. 6 pakej ditawarkan kepada Lankhorst Pancabumi dalam projek KLIA iaitu 

I. Pembinaan Terminal Bunga Raya
ii. Pembinaan Balai Bomba
iii. Pembinaan Balai Polis
iv. Kemudahan kuarantin
v. Bangunan FAMA 
vi. Landasan kapal terbang.

Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) diberi beberapa kontrak projek di KLIA.Satu konsortium membabitkan MRCB, Adranz dan Mudajaya Corporation diberi kontrak 

I. Membina Sistem Landasan Transit di lapangan terbang KLIA.

Kroni2 DSAI mempunyai kepentingan dalam projek2
besar seperti;

i. Membina KL Sentral bernilai RM4 bilion (MRCB),
ii. Express Rail Link bernilai antara RM3 bilion dan RM4 bilion (Dr Abdul Rahim Ghouse).
iii. KL Linear City bernilai RM10 bilion (Datuk Kamaruddin Jaafar).
Projek2 lain ialah;
i. Transit Pengangkut Penumpang KL (Datuk Kamaruddin Jaafar).
ii. SabahShipyard Sdn Bhd (Datuk Kamaruddin Jaafar)
iii. Projek IPP Segari bernilai RM4 bilion yangdianggap terbesar di negara ini (MRCB).
iv. Projek Laluan Ekspres Ipoh-Lumutbernilai RM1 bilion (MRCB).
v. Projek IPP Melawa di Sabah bernilai RM120 juta
(Realmild Sdn Bhd) dan
v. Perkhidmatan Sokongan Hospital (Realmild Sdn Bhd).

Bapa DSAI iaitu Datuk Ibrahim Abdul Rahman adalah Pengerusi Industrial Oxygen Incorporated Berhad ditawarkan kontrak projek pembangunan semulaHospital Permai di Johor Bahru.

Tetapi DSAI menafikan mempunyai kepentingan di dalam MRCB namun begitu beliau mengaku Datuk Kamaruddin Jaafar adalah kroninya. Dalam sidang media pada 10hb November 1998, DSAI memberitahu bahawa syarikat media dan infrastruktur, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dikuasai  kepentingan oleh Realmild (M) Sdn Bhd. Manakala Realmild pula menguasai MRCB melalui pegangan saham 30% oleh;

  1. DATUK A.KADIR JASIN Bekas group editor New Straits Times Sdn Bhd
    2. Datuk Khalid Ahmad
    Bekas Pengarah Urusan NSTP dan Pengarah Urusan TV3.
    3. Datuk A.Nazri Abdullah
    Bekas group editor Berita Harian Sdn Bhd;
    4. Mohd Noor Mutalib
    Bekas Pengurus Besar Senior Kumpulan NSTP (production and circulation)

Selebihnya 70% saham dipegang oleh Tun Mahathir sebagai pemegang amanah selaku Presiden UMNO.

Pada tahun 1999, dalam perakuan bersumpah di mahkamah tinggi KL, DSAI mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild (M) Sdn Bhd sebanyak 70% adalah atas nama Tun Dr Mahathir sendiri.

Selepas pendedahan tersebut, Tun Mahathir segera meminta DS Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut (sebagai pemilik baru Realmild dengan pegangan saham 20%), dan ketika itu baru disebut sebagai milik UMNO.

Perkara ini terbongkar semula dalam keterangan DS Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah pada 2hb September 2010 dalam kes 'SAMAN Datuk Khalid Ahmad terhadap DS Abdul Rahman Maidin (beneficial owner)'.

Realmild (M) Sdn Bhd merupakan syarikat RM2, ditubuhkan pada tahun 1991 telah menguasai majoriti saham dalam Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB).

Pengakuan tersebut dibuat oleh DS Ahmad Nazri Abdullah salah seorang daripada ahli Lembaga Pengarah yang terlibat menubuhkan Realmild dan juga terlibat ketika membeli konglomerat media News Straits Times Press (M) Bhd itu daripada RENONG Bhd.

Perbicaraan mengenai tuntutan saman tersebut telah diadakan pada 2hb September 2010 dan 30hb October 2010 di mahkamah tinggi KL di depan hakim Datuk Mary Lim. Datuk Ahmad Nazri, bekas pengarah Realmild memberitahu mahkamah, yang beliau memegang 80% saham Realmild (M) Sdn Bhd. Ianya termasuk 70% pegangan sahamnya (deposition) bagi pihak pemegang amanah iaitu Tun Dr Mahathir. Perjanjian pegangan saham tersebut disediakan oleh syarikat guaman Amin & Co di mana Tun Dr Mahathir, DSAI dan beliau diberi satu salinan perjanjian sebagai rujukan peribadi.

Kepada Tun Mahathir: Sila kembalikan Wang UMNO kepada UMNO! Pengundi dan ahli UMNO tidak benarkan wang UMNO digunakan untuk parti PPBM.

Bank of Commerce dikuasai oleh Tun Mahathir melalui MRCB dan Tun Daim melalui RENONG Bhd. Akhirnya mereka mengambil alih Bank Bumiputra. Kepentingan Tun Daim lainnya ialah dalam International Bank of Malaysia dan melalui proksinya dalam Multi-Purpose Bank sebelum langkah2 penyelamat dan penggabungan bank2 dibuat.



Tulisan
Rozmi Mokhtar

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.