Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 4, 2017

Yasmin Holding Kroni Utama Mahathir Menyamun PROTON




Melingkupnya Proton yang saban tahun cuba di" Bailout Mahathir akhirnya terdedah satu persatu. Tatkala disuruh semua rakyat berbangga dengan jenama kereta buatan Malaysia, Mahathir mempunyai rancangan mengaut segala keuntungan sehingga terencat perjalanan perniagaan Proton yang hanya gah pada nama tetapi disebaliknya tidak ubah seperti Projek Gajah Putih yang merugikan negara dan rakyat yang terpaksa menanggung segala Kerugian dengan "BailOut".

Semua Kroni Mahathir membolot projek dengan menjadi vendor kepada Proton seperti Yasmin Holding yang kita sedia maklum apa hubungan pemilik syarikat dengan Mahathir. Orang Kedah panggil "Anak Menakan".  



Syarikat Konglomerat Yasmin Group ditubuhkan pada 4hb April 1980. Pengasas Yasmin Tan Sri Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar memulakan penubuhan syarikat di Alor Star Kedah sebagai Yasmin Enterprise dengan isterinya sebagai rakan kongsi.




Pada tahun 1983 apabila projek KERETA NASIONAL dimulakan, Tan Sri Dato’ Paduka Rahmat melihat peluang dan potensinya pada bidang vendor anti-karat (rust-proofing). Lalu beliau menubuhkan syarikat Yasmin Jurumuda Sdn Bhd yang dipilih sebagai syarikat pembekal tunggal kepada PROTON di dalam ‘anti-rust dan rust-proofing‘.

Jurumuda Sdn Bhd adalah syarikat di bawah payung Kumpulan Yasmin merupakan syarikat yang pertama dipilih sebagai rakan kongsi PROTON HOLDINGS sejak tahun 1985. Pengasas dan pemilik Yasmin Group adalah Rahmat Abu Bakar merupakan menantu Puan Rafiah Mohamad, kakak sulung Tun Dr. Mahathir.

Selain daripada Rahmat Abu Bakar, Timbalan Pengerusi Yasmin Jurumuda iaitu Kias bin Rahmat.

Kias bin Rahmat adalah orang ke-2 di dalam PROTON ketika PROTON di bawah HICOM dan ketika PROTON baru nak bermula. Beliau merupakan pengurus kilang dan dianggap sebagai salah seorang eksekutif pengasas PROTON.

Kias kemudian diangkat menjadi orang nombor 2 dalam PROTON sebagai Pengarah Eksekutif tetapi meletakkan jawatan pada tahun 2006 ketika Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ke-5. Beliau kemudiannya menyertai Yasmin Group sebagai Penasihat Kumpulan dan juga sebagai Timbalan Pengerusi.

Masihkah hendak dinafikan yang Yasmin Group telah mendapat manfaat besar dari bapa saudaranya, Tun Mahathir?

Ketika netizen propembangkang ‘bising’ konon antara punca Proton gagal di pasaran tempatan kerana tidak dibantu kerajaan, mungkin banyak cerita menarik cuba disorok mereka sendiri.

Rupa-rupanya selama ini banyak perkara rahsia ditutup penyokong totok Mahathir Mohamad sehingga mengakibatkan pengeluar kereta tempatan itu gagal bersaing waima dengan Perodua yang dianggap syarikat kerdil!

Antara paling menarik apabila beberapa kroni beliau berjya membolot habis segala projek vendor Proton lantas menyebabkan harga kereta tersebut tidak kompetitif selain komponen dibekalkan bermasalah dari segi kualiti.

Keuntungan syarikat ini jauh lebih besar daripada PROTON yang boleh dikatakan hampir setiap tahun mencatatkan kerugian berjumlah ratusan juta ringgit? Sedangkan syarikat pembekal tunggal anti-karat pula mencatat keuntungan ratusan juta ringgit? Hairankan?

Jom kita singkap segala rahsia di sebalik tabir cerita kegagalan Proton yang pernah jadi bahan jenaka banyak pihak sebelum diselamatkan kerajaan tahun lalu menerusi suntikan dana khas.

Salah satu syarikat konsesi TOL iaitu SKVE Holdings Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan operasi Lebuhraya South Klang Valley. Syarikat TOL berkenaan dimiliki oleh TS Rahmat Abu Bakar sebagai Pengerusi Eksekutif. 2 anak TS Rahmat juga dilantik sebagai Pengarah di dalam syarikat berkenaan.

1. Tan Sri Rahmat Abu Bakar – Executive Chairman
2. Mohamad Nahiz Tan Sri Rahmat – Director
3. Mohamad Nuhairi Tan Sri Rahmat – Director

Siapa pula TS Rahmat dengan Tun Mahathir? Orang Kedah panggil anak menakan, orang Kuala Lumpur panggil anak saudara. Untuk ingatan semua, TS Rahmat merupakan ‘founder’ kepada Yasmin Group yang sentiasa saja kembangkan sayap perniagaan sewaktu Tun masih memegang jawatan nombor satu negara!

Pada tahun 2007 sebagai pemain utama di PROTON, syarikat Jurumuda telah melancarkan fasiliti anti-karat BOT (build-operate-transfer) di kilang Proton Automobil. Ianya sebagai asas jaminan monopoli kerja untuk PROTON selama mana PROTON wujud.

17hb September 2008, Bernama melaporkan Petronas Dagangan Bhd (PDB) membayar RM16.24 juta untuk 80% pegangan dalam Lub Dagangan Sdn Bhd. Ianya syarikat usaha sama yang membabitkan:

1. Petronas Dagangan Berhad (PDB)
2. Natpet (M) Sdn Bhd
3. YASMIN JURUMUDA SDN BHD

Mereka menjalankan peniagaan pemasaran dan pengedaran produk minyak pelincir PDB di Malaysia. Beneficial Yasmin Group sentiasa melimpah selagi Tun Mahathir wujud di mana-mana posisi.

Pada tahun 2010 melalui catatan laporan korporat, keuntungan syarikat konglomerat Yasmin Group adalah sebanyak RM228 juta (US$ 71 juta)!

Berapa lama Tun Mahathir mahu berlakon dengan sembunyikan perkara ini dari rakyat marhein?

Persoalan: Berapakah nilai keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat YASMIN GROUP sepanjang syarikat tersebut dianugerahkan kontrak sebagai pembekal tunggal PROTON sehingga kini? Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat vendor lain yang keuntungan mereka bukan sahaja terjamin tetapi juga dinaikkan menerusi perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal?

Siapakah mencetuskan idea membawa masuk Mitsubishi Lancer F-model yang kemudian ditukar jenama sebagai PROTON SAGA? Dan pada masa yang sama model ini dilarang keras penjualannya di Malaysia bagi melindungi PROTON Saga pada tahun 1985? Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh kroni-kroni Tun Mahathir?

PROTON telah banyak menerima bantuan kerajaan, selain itu mereka juga sentiasa memantau kerajaan supaya terus mengamalkan dasar perlindungan jenama PROTON terus hidup selama 30 tahun lagi dan lagi!

Banyak persoalan-persoalan yang belum lagi terjawab di sebalik industri automotif nasional yang dipelopori oleh PROTON! Adakah cadangan kenaikan harga kereta PROTON berpunca dari kepentingan kroni-kroni menerusi syarikat-syarikat vendor yang perlu dijaga tanpa melibatkan kerugian atau keuntungan mereka dipotong?

Mengapa sikap dan amalan dasar-dasar melindungi kepentingan kroni menjadi faktor penyebab harga kereta PROTON terpaksa dinaikkan? Sedangkan pada masa yang sama, syarikat-syarikat kroni seperti Yasmin Jurumuda terus mengaut keuntungan dengan jaminan perniagaan yang dilindungi kerajaan Malaysia?

Persoalan: Siapakah yang berada di dalam syarikat-syarikat vendor Bumiputera yang dikatakan telah banyak dibantu oleh PROTON selama ini? Adakah syarikat-syarikat tersebut bebas kroni? ATAU adakah syarikat-syarikat tersebut mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Apakah isi kandungan perjanjian untuk vendor-vendor berkenaan terutama sekali yang membabitkan Yasmin Jurumuda?

Projek Kroni Mahathir: Vendor Proton Yasmin Group Kepunyaan Anak Saudara!

■ Syarikat Konglomerat Yasmin Group ditubuhkan pada 4 April 1980. Pengasasnya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar memulakan syarikat itu di Alor Setar Kedah sebagai Yasmin Enterprise dengan isterinya sebagai rakan kongsi.

■ Pada 1983 apabila projek kereta nasional dimulakan, Rahmat melihat peluang potensi bidang vendor antikarat (rust-proofing) dan menubuhkan Yasmin Jurumuda Sdn Bhd yang dipilih sebagai pembekal tunggal ‘rust-proofing!.

■ Syarikat di bawah payung Kumpulan Yasmin merupakan pertama dipilih sebagai rakan kongsi Proton sejak 1985. Pengasas dan pemilik Yasmin Group sebenarnya merupakan menantu Rafiah Mohamad, kakak sulung Mahathir.

■ Selain Rahmat, Timbalan Pengerusi Yasmin Jurumuda iaitu Kias Rahmat, orang ke-2 dalam Proton ketika di bawah HICOM. Beliau merupakan pengurus kilang dan dianggap salah seorang eksekutif pengasas Proton.

■ Kias kemudian diangkat menjadi orang nombor 2 dalam Proton sebagai Pengarah Eksekutif tetapi kemudian meletak jawatan pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-5.

(Nota: Beliau menyertai Yasmin Group sebagai Penasihat Kumpulan dan juga Timbalan Pengerusi. Masihkah hendak nafi yang Yasmin Group telah mendapat manfaat besar dari bapa saudaranya sendiri, Mahathir?)

■ Laba syarikat ini jauh lebih besar daripada Proton yang dikatakan hampir setiap tahun catat kerugian berjumlah ratusan juta ringgit? Walhal syarikat pembekal tunggal antikarat pula untung ratusan juta ringgit? Hairankan!

■ Pada 2007 sebagai pemain utama Proton, Jurumuda melancarkan fasiliti antikarat BOT (build-operate-transfer) di kilang Proton Automobil sebagai asas jaminan monopoli kerja untuk kereta Proton selama mana Proton wujud.

■ Salah satu syarikat konsesi tol iaitu SKVE Holdings Sdn Bhd, menguruskan Lebuhraya South Klang Valley dimiliki Rahmat sebagai Pengerusi Eksekutif. Dua anaknya, Mohamad Nahiz dan Mohamad Nuhairi dilantik jadi pengarah.

■ Siapa pula Rahmat dengan Mahathir? Orang Kedah panggil anak menakan, orang KL sebut anak saudara. Untuk makluman, Rahmat merupakan ‘pengasas’ Yasmin Group yang sentiasa mengembangkan sayap perniagaannya.

■ Ia berlaku pesat sewaktu Mahathir masih memegang jawatan No.1 negara! Pada 17 September 2008, Petronas Dagangan Bhd. (PDB) dilaporkan membayar RM16.24 juta untuk 80% pegangan dalam Lub Dagangan Sdn. Bhd.

■ Bernama menyatakan ia syarikat usaha sama membabitkan PDB sendiri selain Natpet (M) Sdn. Bhd. dan Yasmin Jurumuda Sdn. Bhd. menjalankan peniagaan pemasaran dan pengedaran produk minyak pelincir di Malaysia.

■ Beneficial Yasmin Group sentiasa melimpah selagi Mahathir wujud di mana-mana posisi.
- Pada 2010 melalui catatan laporan korporat rasmi, keuntungan syarikat konglomerat Yasmin Group adalah sebanyak RM228 juta!

■ Berapa lama Mahathir mahu berlakon dengan sorok perkara ini daripada rakyat marhaen? Berapakah nilai laba diperoleh Yasmin Group sepanjang dianugerahkan kontrak sebagai pembekal tunggal Proton sehingga kini?

■ Bagaimana pula dengan syarikat vendor lain yang keuntungan mereka bukan sahaja terjamin tetapi juga dinaikkan menerusi perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal ketika zaman Mahathir memerintah selama 22 tahun itu?.

■ Siapakah cetus idea bawa masuk Mitsubishi Lancer F-model yang kemudian ditukar jenama sebagai Proton Saga? Dan pada masa sama model Jepun ini dilarang keras penjualannya di Malaysia bagi melindungi Proton sejak 1985?

■ Berapa pula keuntungan yang telah diperoleh oleh kroni Mahathir? Proton telah banyak menerima bantuan kerajaan, selain itu sentiasa memantau kerajaan supaya terus mengamalkan dasar perlindungan jenama Proton.

■ Bayangkan kerajaan wajib bantu Proton terus hidup selama 30 tahun lagi dan lagi! Banyak persoalan yang belum lagi terjawab di sebalik industri automotif nasional yang dipelopori oleh Proton menerusi model sulungnya, Saga!

■ Adakah cadangan kenaikan harga kereta Proton selama ini berpunca daripada kepentingan kroni Mahathir menerusi syarikat vendor yang perlu dijaga tanpa melibatkan kerugian atau keuntungan mereka perlu dipotong?

■ Mengapa sikap amalan dasar perlindungan kepentingan kroni menjadi faktor harga kereta Proton terpaksa naik? Walhal pada masa sama, syarikat kroni terus kaut laba dengan jaminan perniagaan yang dilindungi kerajaan!

■ Persoalan: Siapakah yang berada di dalam syarikat vendor Bumiputera tersebut yang dikatakan konon telah banyak dibantu oleh Proton selama ini? Adakah syarikat tersebut bebas kroni atau pengaruh Mahathir sendiri?

■ Adakah syarikat tersebut mempunyai kaitan diantara satu sama lain? Apakah isi kandungan perjanjian untuk vendor berkenaan terutama sekali yang membabitkan pihak Yasmin dan Jurumuda?

Ada lagi... tunggu tau, kita bagi panas dari bucu hingga ke bijik mata anak beranak serta kaum kerabat kroni - kroni yang mengaut segala hak rakyat sambil bermuka-muka membela rakyat konon-kononnya la... bye!


1 comment :

Unknown said...

ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO

>>>>> KLIK DISINI <<<<<

angka;GHOIB: singapura

angka;GHOIB: hongkong

angka;GHOIB; malaysia

angka;GHOIB; toto magnum

angka”GHOIB; laos…

angka”GHOIB; macau

angka”GHOIB; sidney

angka”GHOIB: vietnam

angka”GHOIB: korea

angka”GHOIB: brunei

angka”GHOIB: china

angka”GHOIB: thailand

ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
0823-3744-3355
saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa




































































































ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO

>>>>> KLIK DISINI <<<<<

angka;GHOIB: singapura

angka;GHOIB: hongkong

angka;GHOIB; malaysia

angka;GHOIB; toto magnum

angka”GHOIB; laos…

angka”GHOIB; macau

angka”GHOIB; sidney

angka”GHOIB: vietnam

angka”GHOIB: korea

angka”GHOIB: brunei

angka”GHOIB: china

angka”GHOIB: thailand

ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
0823-3744-3355
saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa




































































































DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.