Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, June 7, 2017

Projek TRX Berjalan Sepertimana Mengikut Jadual - PM





KUALA LUMPUR: "Siapa cakap projek ini (Tun Razak Exchange -TRX) tidak jadi,"?
Itulah maklum balas ringkas dan pantas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau mengakhiri lawatannya ke Galeri TRX pada Isnin.


Sesetengah pihak terutamanya pembangkang membangkitkan kebimbangan dan keraguan mereka terhadap keupayaan kerajaan untuk menyiapkan projek itu, yang akan membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa pada masa akan datang.


Terdahulu, Najib tiba di Galeri TRX di Jalan Utara di sini pada 4.15 petang dengan disambut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.


Perdana menteri kemudian mendengar taklimat mengenai perkembangan terkini pembangunan projek itu yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut meninjau model dan pejabat TRX serta dilihat mengangguk-angguk kepalanya dan tersenyum beberapa kali semasal beliau diberi taklimat sepanjang lawatannya ke Galeri TRX itu.


Beliau juga berhenti seketika di dek pemerhatian untuk meninjau keseluruhan peta dan projek itu sebelum menandatangani sebuah plak di hadapan sepohon pokok yang dinamakan ''Merdeka'', yang dipercayai antara pokok tertua yang masih ada sejak kemerdekaan negara pada1957.
Perdana menteri kemudian beredar keluar daripada tapak projek TRX itu pada 5 petang.
Ini adalah lawatan ketiga Najib ke tapak projek TRX selepas beliau melancarkan projek itu pada Julai 2012.


Beliau melawat TRX Gate One di Jalan Tun Razak pada dua tahun lepas.


Menurut kenyataan media, TRX akan mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat utama kewangan dan perniagaan antarabangsa dengan mewujudkan persekitaran perniagaan berpusat yang lancar bagi firma perkhidmatan kewangan, syarikat multinasional dan perniagaan sokongan.


Kira-kira 70 peratus kawasan yang terdapat di TRX telah dikomersilkan dan TRX City terus menerima minat ketara daripada pelbagai pelabur dan penyewa tempatan dan antarabangsa termasuk bank-bank dan institusi kewangan utama dunia.


TRX antara lainnya menampilkan stesen pertukaran MRT bersepadu yang disokong oleh hubungan terus ke jalan-jalan utama seperti Jalan Tun Razak, MEX Highway dan Terowong SMART.


TRX City Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd, merupakan pemaju utama projek itu.


Ia kini adalah sebuah entiti tersendiri.


TRX, yang dibangunkan dalam tempoh 15 tahun, akan dibina secara berperingkat dengan fasa satu dijangka siap pada 2018/2019.


Dengan nilai pembangunan kasar TRX dianggarkan RM40 bilion, ia turut merangkumi pelaburan ruang-ruang pejabat gred A selain disokong oleh kediaman, hospitaliti, peruncitan, riadah dan kebudayaan bertaraf dunia.



- BERNAMA

"Kerajaan Zalim" percepatkan BR1M kedua sebelum Hari Raya. MasyaAllah.





Lafaz syukur ketika mendapat sesuatu yang baik;

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Alhamdulillah alladzi bi ni'matihi tatimmus solihat

(Segala puji bagi Allah, di mana dengan nikmatnya kebaikan menjadi sempurna)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ». وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ».

"Dari Aisyah, kebiasaan Rasulullah jika menyaksikan hal-hal yang beliau sukai adalah mengucapkan "Alhamdulillah alladzi bi ni'matihi tatimmus solihat".

Sedangkan jika beliau menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan beliau mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal"" [HR Ibnu Majah no 3803 dinilai hasan oleh Syaikh al Albani]

Berterima kasih kepada "Kerajaan Zalim" atau "Pemimpin Zalim" tanda bersyukur kepada Allah;

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ ».

"Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata, bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia." [HR. Abu Daud, disahihkan Al Albani di dalam Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah 1/702]

Lihat siaran media Kementerian Kewangan Malaysia: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1978832795683841&set=a.1609141535986304.1073741832.100006714183706&type=3




Sarawak Report dakwa Shafee dibayar melalui akaun kosong yang telah ditutup?




Puak pembangkang yang kepupusan isu sedang memutar belit propaganda terbaru mendakwa PM Najib membayar peguam T shafee Abdullah untuk menyumbat D Anwar Ibrahim ke penjara dengan merujuk dua pembayaran berjumlah RM9.5 juta.


Fitnah terbaru ini dicetuskan oleh Arawak Report di luar negara.


1. Sarawak Report (SR) mendakwa RM9.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Tan Sri Shafee Abdullah dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan wang ini datangnya dari 1MDB. Datin Seri Wan Azizah pula mendakwa, RM9.5 juta ini adalah wang dari SRC.


 2. SR mendakwa kononnya pembayaran kepada Shafee dari akaun Najib ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.


3. Pertama, SR dan Wan Azizah perlu memutuskan terlebih dahulu, sebenarnya wang RM9.5 juta ini adalah wang 1MDB atau wang SRC. Kedua-dua mereka nampaknya tidak pasti wang ini datang dari sumber mana dan disebabkan itu mereka membuat kenyataan yang bercanggah.


4. Jika wang tersebut dari 1MDB, apakah buktinya? Bukankah Wall Street Journal dan Sarawak Report pernah melaporkan Najib memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB. Adakah wang tersebut masih wujud?


5. Jika wang tersebut dari SRC, bukankah Rafizi Ramli telah membuktikan bahawa RM40 juta yang kononnya dari SRC ini tidak pernah sama sekali masuk ke dalam akaun DS Najib, sebaliknya diberikan dalam bentuk cek kepada Mail Global Resources?


6. Kedua, benarkah akaun DS Najib masih wujud  ketika TS Shafee dikatakan menerima RM9.5 juta? Wall Street Journal dan Sarawak Report pernah melaporkan selepas DS Najib memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB dan akaun beliau ini telah ditutup pada 30 Ogos 2013. 


7. Persoalannya, bagaimanakah suatu akaun yang wang didalamnya telah dipulangkan dan telah ditutup pada 30 Ogos 2013, boleh membuat pembayaran kepada TS Shafee pada September 2013 dan Februari 2014?


8. Hakikatnya SR dan Pakatan telah membuat terlalu banyak pembohongan sehinggakan mereka lupa apa yang pernah mereka bohongkan sebelum ini.


9. Hakikatnya juga, pembayaran dibuat kepada Shafee pada 2014 langsung tidak menasabah kerana  keputusan Mahkamah Rayuan Anwar Ibrahim didapati bersalah atas kesalahan jenayah meliwat, bukan kerana wang dari akaun sesiapa pun, sebaliknya kerana Anwar telah gagal memanggil 12 saksi yang boleh membuktikan dia tidak bersalah dan gagal meyakinkan Mahkamah Rayuan pada 2014. Hukuman muktamad dibuat  5 orang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2015 setelah mendengar segala bukti dan sebulat suara memerintahkan Anwar disabitkan kesalahan.


Tugas Shafee adalah sebagai Ketua Pendakwaan. Adalah tugasnya membentangkan bukti dan kes yang dikemukakan mendapat sabitan.


Soalan mudah bagaimana sperma Anwar berada dalam simpanan polis masih tidak boleh dijawab Pakatan. Adakah Anwar ‘tercicir’ spermanya dimerata-rata tempat untuk sesiapa ambil?


Mak Nazir dituduh ambik duit 1MDB?






Terdesak sangat dah....

*Pakatan tuduh ibu PM Najib songlap duit 1MDB*

Dulu mereka tuduh PM Najib songlap RM2.6b duit 1MDB.

Sekarang, mereka kata emak PM Najib pula songlap duit 1MDB.

Pakatan dah gila desperate sangat.

LSS.
---
http://www.malaysia-chronicle.com/even-najibs-mother-partook-of-his-stolen-1mdb-billions-shock-report-rm16bil-swindled-from-1mdb-amount-stolen-by-najib-alone-rm4-2-bil/ 




Tuesday, June 6, 2017

Kena Dr Mahathir Sibuk Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia Semula?!!!

(KOMENTAR MUKA SURAT 11 BERITA HARIAN, SELASA, 6 JUN 2017)

Setelah berulangkali menafikan beliau mahu berkuasa kembali, 1 Jun lalu Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyebut beliau bersedia menimbang untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya ia dicadangkan dan dipersetujui oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Kesediaan beliau menimbang untuk menjadi Perdana Menteri semula ini kemungkinan besar berpunca daripada empat faktor.

Faktor pertama adalah kerana beliau sejak awal lagi tidak dapat menerima Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon Perdana Menteri.

Paling tinggi Mahathir boleh menerima Anwar adalah setakat berusaha membebaskan beliau seperti dengan memakai lencana “Free Anwar Now” (Bebaskan Anwar Sekarang) atau menandatangani petisyen pembebasan Anwar sahaja.

Untuk Mahathir menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri adalah sesuatu yang tidak mungkin, dan ini terpahat di dalam penegasan pada memoir beliau yang tidak pernah ditarik kembali, iaitu bahawa memecat Anwar pada 1998 adalah tindakan tepat dan bukan satu kesilapan.

Sebab itulah bila pemimpin dan penyokong PKR mengangkat Plakad ‘Anwar PM Ke-7’ di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 pada 21 Mei, Mahathir tidak mengangkatnya.

Sebab itulah juga bila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, mengumumkan, pada 24 Mei, dapatan kaji selidik Invoke Malaysia bahawa 23.5% daripada respondennya bersetuju agar Anwar menjadi Perdana Menteri jika PH menang, Mahathir menyifatkannya sebagai "syok sendiri".

Bersekali dengan penolakan Mahathir terhadap Anwar ini adalah penolakan beliau terhadap isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang terbukti di dalam tindakan beliau mempersoalkan cadangan awal Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, untuk melantik Wan Azizah ke jawatan itu.

Faktor kedua adalah kerana kegagalan beliau mencari seorang calon Perdana Menteri yang sedia dikawal dan boleh mengikut telunjuk beliau bagi memastikan kepentingan beliau terjaga, termasuk bagi mengelakkan mengelakkan kemungkinan beliau berhadapan dengan masalah ekoran tindakan lampau beliau, jika PH memerintah.

Kemungkinan beliau berhadapan dengan masalah ini adalah nyata jika dilihat kepada sikap negatif sekumpulan pemimpin dan penyokong PKR terhadap Mahathir, termasuk tindakan merujukkan beliau sebagai ‘maha firaun’ dan ‘maha zalim’ di dalam Himpunan Anti-GST pada 2 April 2016 serta tindakan mengherdik dan menolak gesaan untuk melupakan sengketa lama di dalam Konvensyen Reformis Malaysia pada 25 Februari.

Perlu diingat, Mahathir sendiri pernah, pada 21 September 2016, menyatakan, jika PH menang, calon Perdana Menteri ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bila Mahathir bersedia menimbang untuk menjadi Perdana Menteri semula, ini bermakna Muhyiddin sama ada sudah tidak lagi diyakini untuk menjaga kepentingan beliau atau sudah tidak lagi diyakini untuk diterima oleh pemimpin PH lain.

Dakwaan kewujudan perpuakan yang sengit dalam PPBM, yang membawa kepada tindakan keluar parti secara beramai-ramai oleh sebilangan pemimpin dan ahli PPBM, menjadi indikasi ketidakyakinan Mahathir terhadap Muhyiddin ini.

Faktor ketiga adalah kemungkinan Mahathir dapat membaca arus perubahan di dalam parti paling berkuasa di dalam PH, iaitu DAP, sehubungan dengan isu calon Perdana Menteri ini.

Tidak seperti sebelum ini, bila isu calon Perdana Menteri timbul semula, pemimpin DAP tidak lagi kelihatan komited menyatakan sokongan tidak berbelah-bagi terhadap Anwar.

Ahli baru DAP yang rapat dengan Lim Kit Siang, iaitu Datuk Zaid Ibrahim, mula-mula menyatakan sokongan terhadap Mahathir, dan beliau disokong oleh Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran.

Portal berita Malaysiakini, yang diketahui pro DAP, pula mengeluarkan, pada 25 Mei, hasil kaji selidiknya bahawa 69.9% daripada respondennya bersetuju agar Mahathir menjadi Perdana Menteri jika PH menang.

Selepas Mahathir menyatakan kesediaan menimbang untuk menjadi Perdana Menteri semula pun, Lim Kit Siang, pada 3 Jun, sekadar menyebut ini akan diserahkan kepada pimpinan PH untuk diputuskan, selain memuji pemerintahan Mahathir pada hari sama.

Ini sekali gus menjadikan kebenaran penegasan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pada 2 Jun mengenai kewujudan konsensus sejak dari awal pembentukan PH bahawa Anwar adalah calon Perdana Menteri boleh dipersoalkan.

Faktor keempat ada hubungan dengan sifat superiority complex Mahathir yang memandang rendah orang lain dan melihat hanya beliau yang mempunyai kecerdikan, kepakaran dan pengalaman untuk membuat yang terbaik bagi Malaysia.

Sifat superiority complex Mahathir ini, yang menampakkan hasrat beliau mahupun parti beliau untuk mendominasi PH, boleh menimbulkan masalah besar kepada PH yang proses pembuatan keputusannya didasarkan kepada prinsip konsensus.

Telah digariskan di dalam Perjanjian PH bahawa perjalanan kerajaan atau pentadbiran PH di setiap peringkat adalah tertakluk kepada Dasar Bersama PH dan pentadbiran Kerajaan PH akan diketuai oleh seorang ketua yang dipilih berasaskan prinsip konsensus.

Bila PKR berkeras mahukan Anwar dan PPBM berkeras mahukan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sudah tentulah yang akan berkuasa untuk memberikan kata pemutus mengenainya nanti adalah DAP, di samping pengikut setianya, AMANAH.

Di sinilah kebijaksanaan pemimpin DAP berpolitik, seperti yang diakui sendiri oleh Lim Kit Siang di dalam wawancara beliau dengan seorang penuntut sarjana, iaitu menggunakan satu parti rakan untuk memastikan satu lagi parti rakan lain dapat dikawal.

Tepat tulisan Pengarang Bersekutu Berita Harian, Kadir Dikoh, 4 Jun lalu, "DAP dengan jangkaan jumlah kerusi terbanyak dalam PH mungkin penentu siapa dan jawatan apa dalam Kabinet PH", itu pun hanya jika Kabinet PH berjaya dibentuk.

Apa yang jelas ialah PH hanya indah khabar dari rupa. Buktinya, Perjanjian PH pada 9 Januari 2016 menceritakan mengenai “keputusan bersama”, “pembinaan kesatuan politik” dan “penyelesaian pertikaian” tetapi hingga kini pertikaian terbuka terus berpanjangan.

Monday, June 5, 2017


Image result for azmin bayar dua bulan bonus syed saddiq


Syahir : Syed Saddiq bukanlah orang yang pertama kagum tak tentu pasal tentang rizab Selangor yang dikata sudah mencecah RM4 billion dan juga pemberian bonus dua bulan setengah yang diberikan oleh kerajaan Selangor kepada penjawat awam Selangor.

Baru-baru ini beliau sering membandingkan bagaimana kerajaan Selangor mampu memberi bonus lebih tinggi daripada kerajaan persekutuan yang hanya memberikan RM500 kepada semua penjawat awam, bagaimana kerajaan Selangor boleh memberikan air percuma kepada seluruh rakyat Selangor, bagaimana kerajaan Selangor boleh menyediakan bas percuma kepada rakyat Selangor dan pada masa yang kerajaan negeri Selangor boleh mencatatkan lebihan belanjawan (surplus budget) dan rizab yang bertambah setiap tahun.

Syed Saddiq juga mencoretkan kisah dongeng "Amzin dan Masalan" yang jelas menunjukkan kekaguman beliau terhadap kerajaan pimpinan Azmin Ali di Selangor yang memberi pelbagai faedah kepada rakyat dan menyindir kerajaan persekutuan dan negeri di bawah Barisan Nasional yang di kaca mata beliau, menyelewengkan wang rakyat, tidak telus, mengamalkan rasuah dan sebagainya.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan bantuan khas RM500 untuk kakitangan awam sempena hari raya semalam, dengan pantas Syed Saddiq membangkitkan bonus dua bulan setengah yang diberikan oleh kerajaan Selangor dan membandingkannya dengan bantuan khas kerajaan persekutuan tersebut.

Saya ingin menjawab 3 soalan yang diajukan Syed Saddiq malam semalam tetapi bukan sebagai penyokong Najib Razak, hanya sebagai seorang yang sukakan hujah yang disokong angka dan fakta.

 


Jawapan kepada soalan pertama mudah. Rizab kerajaan negeri atau lebih tepat Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat hampir setiap tahun malah sebelum 2008 lagi setiap tahun rizab kerajaan Selangor meningkat:

 
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor 2007


Kenapa rizab Selangor di bawah Pakatan lebih tinggi daripada rizab di bawah BN? Kenapa kerajaan Selangor di bawah Pakatan boleh mengumpul rizab sehingga RM3 billion lebih tetapi BN hanya RM1.3 billion?

Soalan ini adalah soalan tidak cerdik yang menunjukkan kecetekan kefahaman seseorang tentang ilmu kewangan. Ia seolah-olah bertanya kenapa rizab kerajaan Sarawak pada zaman arwah Adnan Satem berjumlah RM29.4 billion tetapi rizab di bawah Taib Mahmud hanya RM23.3 billion atau kenapa rizab kerajaan Johor di bawah Khaled Nordin RM2.6 billion berbanding RM1.8 billion di bawah Ghani Othman?

Sudah tentulah rizab kerajaan Selangor akan berkembang selari dengan saiz ekonomi yang berkembang setiap tahun. KDNK Selangor pada tahun 2007 adalah RM128 billion manakala KDNK pada tahun 2015 adalah RM239 billion. KDNK Malaysia pada tahun 2007 dicatatkan pada RM665 billion dan KDNK pada tahun 2015 adalah RM1.15 trillion. Ekonomi negara yang sentiasa berkembang membolehkan kerajaan negeri mengutip lebih banyak hasil setiap tahun bukan sahaja kerajaan Selangor tetapi juga kerajaan negeri lain yang menyaksikan peningkatan rizab setiap tahun.

Selangor juga menerima limpahan kemakmuran ekonomi yang dibawa oleh kerajaan persekutuan melalui pelbagai projek infrastruktur seperti LRT, MRT, KLIA, lebuhraya dan juga syarikat-syarikat multinasional tempatan dan antarabangsa yang berpengkalan dan berurusniaga di Selangor yang kebetulannya di dalamnya terletak ibu negara Malaysia dan pusat pentadbiran Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya. Untuk mengatakan kemakmuran Selangor adalah disebabkan usaha kerajaan Selangor selepas 2008 semata-mata adalah mengabaikan fakta yang terbentang di depan mata.

Sebelum 2007 lagi Selangor merupakan negeri yang termaju dan terkaya di dalam Malaysia. Kerajaan Pakatan selepas 2007 hanyalah menyambung kemajuan pembangunan yang dibawa kerajaan BN sebelum itu:

 
KDNK Mengikut Negeri 2005 - 2009


Melihat kepada bonus kakitangan awam semata-mata sebagai pencapaian sesebuah kerajaan adalah dangkal. Bonus yang diberikan kepada 17,528 kakitangan awam jika dibandingkan dengan 6.3 juta rakyat Selangor adalah sangat sedikit iaitu 0.3%. Ini berbeza dengan 1.38 juta kakitangan awam persekutuan yang mewakili 4.3% populasi penduduk Malaysia yang membuktikan lebih ramai menerima manfaat daripada bonus yang diberi kerajaan persekutuan walaupun jumlahnya lebih rendah berbanding bonus Selangor.

Jawapan kepada soalan kedua Syed Saddiq adalah mudah. Selangor adalah negeri terkaya dan termaju dari segi saiz ekonomi dan kutipan hasil kerajaan. Tidak ada yang menghairankan apabila kerajaan Selangor membayar bonus yang lebih tinggi kepada kerajaan negeri yang lain.

Walaubagaimanapun jika dikira secara purata jumlah emolumen yang termasuk gaji, elaun, imbuhan, bonus kerajaan Johor membelanjakan lebih banyak untuk tujuan emolumen untuk kakitangan awam berbanding kerajaan Selangor.

Pada tahun 2015 kerajaan Johor membelanjakan sejumlah RM404.5 juta bagi tujuan emolumen. Terdapat 15,126 jumlah kakitangan awam negeri Johor. Ini bermaksud secara purata kerajaan Johor membelanjakan RM26,742 bagi setiap kakitangan awam negeri Johor:
  
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Johor

Pada tahun yang sama kerajaan Selangor membelanjakan sejumlah RM377.16 juta bagi tujuan emolumen dan terdapat 17,528 jumlah kakitangan awam negeri Selangor. Secara purata kerajaan Selangor membelanjakan RM21,517 bagi setiap kakitangan awam negeri Selangor:

 
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Selangor


Malah jika dibandingkan perbelanjaan emolumen berbanding hasil yang dikutip, kerajaan Johor membelanjakan 26% daripada kutipan hasil (RM1.55 billion) untuk perbelanjaan emolumen (RM404.5 juta) lebih tinggi daripada kerajaan Selangor yang membelanjakan 15% daripada kutipan hasil (RM2.53 billion) untuk perbelanjaan emolumen (RM377.16 juta).

 
Kutipan Hasil Kerajaan Johor


 
Kutipan Hasil Kerajaan Selangor


Pada pendapat anda siapakah yang menawarkan jumlah emolumen yang lebih pro-rakyat kepada penjawat awam negeri masing-masing? Adakah bagi Syed Saddiq penanda aras utama faedah dan manfaat kepada kakitangan awam hanyalah bonus setiap tahun?

Soalan ketiga Syed Saddiq membuktikan betapa simplistik pemikiran beliau tentang pengurusan kewangan kerajaan. Syed Saddiq menyangka "model" pentadbiran kerajaan Selangor boleh dilaksanakan dan direplikasikan di peringkat persekutuan. Pertama sekali Syed Saddiq kena faham perbezaan komponen hasil dan perbelanjaan kerajaan negeri dan persekutuan.

Hasil kerajaan negeri terhad kepada hal berkaitan tanah seperti cukai tanah, premium geran tanah, hasil hutan dan juga lesen, permit, cukai hiburan dan juga pemberian kerajaan persekutuan. Manakalah hasil kerajaan persekutuan lebih luas dengan kutipan cukai pendapatan individu, syarikat, petroleum, cukai tidak langsung, duti eksport dan import, duti eksais, faedah dan royalti, dividen pelaburan dan macam-macam lagi.

Perbelanjaan kerajaan negeri juga tidak seluas perbelanjaan kerajaan persekutuan yang meliputi emolumen dan bonus kakitangan awam di seluruh negara seperti guru, polis, tentera, imigresen, kastam termasuk yang bertugas di negeri-negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang persekutuan seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, perbelanjaan pencen kakitangan awam, pembelian aset-aset kerajaan, geran dan serahan kepada kerajaan negeri termasuk kerajaan Selangor dan badan-badan berkanun, subsidi dan juga perbelanjaan pembangunan yang merangkumi sektor ekonomi, sosial, keselamatan dan pertahanan awam, pendidikan, kesihatan, perumahan dan sebagainya.

Malah kerajaan persekutuan juga memberikan sejumlah RM758 juta kepada kerajaan Selangor setiap tahun dan sebahagian daripada jumlah pemberian ini dikira di dalam rizab RM4 billion yang dibangga-banggakan pembangkang termasuk Syed Saddiq:

 
Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri


 

 
Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri


Selain daripada itu Syed Saddiq juga perlu tahu penyumbang utama hasil kerajaan Selangor adalah kutipan premium geran tanah yang dikutip oleh kerajaan negeri apabila tanah diberimilik oleh kerajaan kepada pihak persendirian. Mereka yang ingin menyambung pajakan tanah mereka dengan kerajaan juga perlu membayar premium kepada kerajaan Selangor. Kini kutipan premium geran tanah menyumbang lebih 50% hasil kerajaan negeri setiap tahun berbeza pada zaman BN mentadbir Selangor di mana premium geran tanah hanya menyumbang sebanyak 26% hasil kerajaan negeri.

 
Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Selangor

Premium geran tanah ini juga menyebabkan harga hartanah seperti rumah di Selangor meningkat naik mendadak berbanding negeri-negeri lain di Malaysia (kecuali Kuala Lumpur). Pada tahun 2015 harga rumah di Selangor mencatatkan kadar kenaikan tertinggi pada 8.1% berbanding negeri-negeri lain lebih tinggi daripada Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Kemungkinan besar penduduk Selangor tidak mampu untuk membeli dan memiliki rumah disebabkan harga rumah yang naik mendadak setiap tahun di Selangor. Ini dapat dibuktikan dengan kadar pemilikan rumah di Selangor antara yang terendah di Malaysia pada 70.2%. Hampir 30% penduduk Selangor tidak memiliki rumah berbanding negeri-negeri lain (kecuali Sabah) yang mencatatkan kadar pemilikan rumah lebih 80%. Ia sama ada orang Selangor suka menyewa atau mereka tidak mampu untuk membeli rumah:

 

Kadar Pemilikan Rumah Mengikut Negeri di Malaysia


Bilangan rumah kos rendah yang dibina di Selangor juga hanya 48 unit pada tahun 2014. Ini membuktikan kos premium geran tanah yang tinggi menyebabkan rakyat tidak mampu memiliki rumah di Selangor:

 
Bilangan Unit Rumah Kos Rendah Yang Siap Dibina


Apa guna bonus berbulan-bulan diberikan kepada kakitangan awam negeri Selangor tetapi rakyat kebanyakan tidak mampu memiliki rumah seperti rakyat di negeri lain? Rizab hampir RM4 billion tetapi hanya sedikit unit rumah kos rendah yang dibina untuk rakyat? Model inikah yang ingin dilaksanakan oleh pembangkang sekiranya mereka mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?

Saya rasa cukup saya menjawab 3 soalan Syed Saddiq di atas. Saya ada membaca ada balasan di Twitter beliau yang beliau retweet seperti di bawah:

 

 



Mari kita lihat sama ada Syed Saddiq berani retweet jawapan yang saya beri di atas. Kalau Syed Saddiq hendak membuktikan saya salah silakan buat hujahan balas dan saya akan sentiasa menunggu bila-bila masa dan di mana jua saya berada.



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.