Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, August 30, 2015

Lebai DAP Musnahkan PAS...Inilah POlitik


Orang Pas anggap apa yang berlaku pada partinya sekarang ini hanya menguntungkan UMNO. GHB pula kata tindakan mereka menubuhkan parti baharu kerana Pas mahu bersama UMNO. Tidak pasal-pasal UMNO dikaitkan. Sebenarnya apa pun berlaku tidak menguntungkan UMNO, Pas mahukan GHB.

YÀNG me­ngaut keuntungan hasilnya ialah DAP. Perpecahan Pas sudah membuktikan segala usaha DAP untuk melemahkan Pas telah berhasil. DAP sudah bersedia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada GHB yang bakal menjadi sebuah parti baharu.

GHB akan ikut apa sahaja kata DAP kerana DAP adalah ‘minyak’ yang mengge­rakkan GHB. GHB tidak akan boleh bercakap soal perjuangan Islam; kerana segala-galanya akan ditentukan oleh DAP.

GHB tidak akan menguntungkan politik orang Me­layu, malah ini akan menyebabkan kekuatan politik orang Me­layu semakin lemah. Sudahannya yang akan menjadi ‘ayam kenyang’ berikutan ‘lesung sama lesung berlaga’ ialah DAP. Mereka berjaya melemahkan parti yang memperjuangkan Islam dengan begitu mudah sekali.

BÀGI Pas, inilah cabaran terbesar untuk golongan ulama yang me­mimpin parti itu sekarang. Mereka tidak perlu membuang masa untuk menyeru wakil-wakil rakyatnya yang bergabung dalam GHB untuk meletakkan jawatan. Siapa mahu melepaskan 'nikmat'!

JANGAN kaitkan UMNO. Pas berpecah bukan kerana UMNO; tetapi Pas berantakan kerana kesilapan parti itu sendiri yang sebelum ini begitu teruja menjalin tahaluf siyasi dengan DAP. UMNO tidak untung apa-apa kerana ahli-ahli Pas bukan mudah mahu menyokong UMNO.

Pas atau GHB; siapakah antara mereka yang akan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam atau sekurang-kurangnya bersedia bersama UMNO dalam soal tersebut. Ia bukanlah satu berita gembira untuk orang Melayu.

SUDAH menjadi adat dalam politik, kepentingan kelompok dan individu sering kali menjadi keutamaan. Akhirnya orang Melayu menjadi ‘lebai DAP' kampungnya tergadai!


SALAH KAN SIAPA? Seterusnya

BERSIH Tidak Terima Dana Dari NED Tapi Dari NDI … Apa Bezanya?

Memang tidak selesa apabila dituduh menjadi agen asing. Apabila BERSIH dikaitkan menerima dana asing maka penganjur akan cuba bersilat mencari helah. Maka, Maria Chin bersungguh mengatakan bahawa mereka menang kes mahkamah terhadap NST yang menuduh BERSIH terima dana NED.

Tetapi apakah Maria Chin akan mengaku bahawa mereka sebenarnya menerima dana dari agen asing yang lain seperti OSI dan NDI? Sudah pasti fakta ini tidak boleh diberdalihkan lagi. Dana asing tetap dana asing.

Apa bezanya  NED dengan NDI? Jawapan ringkas, SAMA SAHAJA.

National Endowment for Democracy (NED) ditubuh pada tahun 1983 bagi melaksanakan kerja-kerja jahat espionage yang sebelum ini dilakukan oleh Central Intelligence Agency (CIA), tetapi secara lebih terbuka. Bezanya CIA lakukan secara penuh kerahsiaan (covert), NED lakukan secara terbuka (overt) [contoh: kerajaan Chile di bawah Presiden Allende dijatuhkan oleh kerja jahat CIA (1973), kerja-kerja espionage CIA di Guatemala 1950an-1980an, di Iran dan banyak lagi].

Dr. Allen Weinstein (orang yang merangka pembentukan NED) dipetik pernah berkata “A lot of what we (NED) do today was done covertly 25 years ago by the CIA” (Washington Post, 22 September, 1991). Ini adalah bukti kukuh bahawa NED mewarisi kerja-kerja jahat espionage CIA dalam mencaturkan politik antarabangsa untuk menuruti telunjuk Amerika Syarikat.

Open Society Institute (OSI) – kini dikenali Open Society Foundation (OSF) ditubuh pada tahun 1993 – adalah alat milik George Soros untuk mengawal serta memporak-perandakan dunia supaya mudah untuk dimanipulasinya.

Kedua-dua OSI dan NDI MEMANG menyumbang untuk penganjuran BERSIH. Maka, apabila Maria Chin mengatakan BERSIH tidak menerima dari NED itu hanyalah dalih untuk mengabui mata orang ramai.

Susulan penubuhan NED, empat badan lain ditubuhkan bagi melaksana dan menyalurkan dana bagi pihak NED. Antaranya ialah National Democratic Institute (NDI).

penerima dana NDI-NEDApabila kita baca laporan NED, ianya dengan jelas menyenaraikan penerima dana mereka setiap tahun. Maka tidak payahlah Maria Chin cuba mendabik dada untuk berdalih.

Penolong Pengarah FBI, Walter Skinner, dalam siri TV popular, The X-Files, dalam episod pertama musim kelima berjudul “Redux” (yang merupakan di antara episod paling tinggi ditonton dalam siri tersebut) dipetik berkata, “As you compound the lies, you compound the consequences for them.” Satu pembohongan akan membawa kepada siri pembohongan yang berterusan.

Begitulah gayanya dengan puak-puak yang cuba berselindung sambil berbohong kononnya mereka tidak menerima dana asing atau dijadikan “barua” oleh dalang asing yang sengaja ingin melakukan “perubahan di Dunia Islam ke arah demokrasi, moden dan sesuai dengan “orde dunia antarabangsa” kontemporari …” (dipetik dari buku “Civil Democratic Islam” terbitan Rand Corporation). Ini bermakna perubahan yang ingin dilakukan mereka adalah untuk mengikut telunjuk Uncle Sam/Amerika Syarikat.

NED-NDI funded BersihUntuk kita lebih memahami peranan NDI yang cuba melakukan kekacauan di Tanah Air ini kita baca pula laporan RASMI yang dikeluarkan oleh NDI sendiri. NDI sendiri mengesahkan bahawa sumber dana untuk perancangan jahat mereka di Malaysia datangnya dari NED.

Yang ketaranya ialah jika kita bandingkan laporan NDI terkini (dari laman sesawang rasmi mereka) dengan laporan yang pernah mereka siarkan pasca PRU 12 2008, ada sesuatu yang NDI cuba sembunyikan.

Dahulu NDI dengan jelas mengaku memainkan peranan dalam penganjuran BERSIH, tetapi satu perenggan yang menyebut tentang penglibatan NDI dalam penganjuran BERSIH telah DIPADAMKAN dari laporan yang sama.

Kenapa dipadamkan?

KENAPA perlu SEMBUNYIKAN? 


UPDATE TERKINI BERSIH 4.0 Jam 6.30 PETANG





YDH Datuk,

OPS PADAM V BERSIH 4.0


LAPORAN BERAKHIR JAM 291500.

2. KEHADIRAN :-

Jumlah Keseluruhan : 22,000 orang

Pecahan kehadiran : Kaum Cina 80% dan lain-lain bangsa 20%.

3. LOKASI SEPERTI BERIKUT:-

(a) Dataran Merdeka : 2,500 (Kawasan Periuk Kera & Air Pancut)
(b) Dataran DBKL : 100
(c) Sogo : 4,000
(d) BRICKFIELDS : 0
(e) LTR Tun Perak / Masjid Jamek : 3,500
(f) Pasar Seni : 2,000
(g) Bangunan MPM : 2,500
(h) Sekitar Masjid Negara : 800
(i) Stesen KTM KL : 0
(j) KLCC : 0
(k) Dataran MayBank : 6,600
(l) Petaling Street : 0
(m) Padang Merbok : 0
(n) LRT Hang Tuah : 0
(o) Bukit Bintang : 0


4. INDIVIDU DIKENALI HADIR:-


(a) MARIA CHIN ABDULLAH - Pengerusi BERSIH 2.0 (Dataran Merdeka)
(b) CHUA Jui-Meng - PKR (Masjid Negara)
(c) DYANA SOFIA - DAP (Masjid Negara)
(d) NURUL NUHA binti ANWAR - Anak DSAI (Sogo)
(e) NURUL IZZAH binti ANWAR - AP LEMBAH PANTAI (Sogo)
(f) AHMAD SUKRI bin CHE AB. RAZAK - Penyelaras Media SUARAM (Dataran MayBank)
(g) MOHAMED AZMIN bin ALI - Timbalan Presiden PKR (Sogo)
(h) SALEHUDDIN bin AYUB - GHB (Sogo)
(i) SAIFUDDIN NASUTION - Mantan AP MACHANG (Sogo)
(J) NG Suee-Lim - ADUN SEKINCAN (Sogo)
(k) HISHAMUDDIN RAIS - Aktivis Otai Reformasi (Pasar Seni)


5. PLAKAD/BANNER:-

(a) Dari PUTRAJAYA Ke Penjara.
(b) GOV Corrupt! Country Bancrupt!
(c) Kroni BN Kaya! Rakyat Merana !
(d) Undur Najib, Undur !!!!!


6. AKTIVITI :-

(a) Ucapan MARIA CHIN ABDULLAH - Himpunan ini adalah untuk menuntut keadilan dan ketelusan pentadbiran kerajaan serta mahukan Najib berundur.
(b) Ucapan masih menjurus kepada seruan agar rakyat menolak penyelewengan dan korupsi. Hadirin juga diseru untuk bergerak ke Dataran Merdeka.
(c) Peserta perhimpunan juga dilihat seperti hilang arah tuju dimana peserta dari Dataran Merdeka bergerak menuju ke Dataran MayBank manakala peserta di Dataran MayBank diarahkan bergerak ke Dataran Merdeka.


7. ULASAN:-

Setakat ini perhimpunan berjalan lancar. Tiada Insiden.
Terima Kasih.
> mpa.... Malaysiakini@Soroskini kantoi menipu...Jumlah Keseluruhan :
22,000 orang
> Peserta bersih yang ramai adalah Cina DAP bangsat macam babi
terlepas kandang tak tau kemana arah tuju...semak KL


> Update dari blogger Helan Ang :

August 29, 2015 at 6:23 pm
Bersih 1.0 = Melayu 80% – Cina 20%
.
Bersih 2.0 = Melayu 60% – Cina 40%
.
Bersih 3.0 = Melayu 50% – Cina 50%
.
Bersih 4.0 = Melayu 10% – Cina 90%
Sumber: ‘Racial imbalance in Bersih 4, Chinese dominate‘ (Malaysiakini, 29 Aug 2015)

Saturday, August 29, 2015

Bersih 4.0: Berhimpun, Berdemo, Menjerit Pekik, Kemudian Apa?


Sejak 1998 hingga hari ini di tahun 2015, sudah beratus-ratus demonstrasi dan himpunan jalanan berskala kecil, sederhana mahu pun besar diadakan khususnya di Kuala Lumpur.
Dulu dan sekarang, penulis tengok keadaan semasa himpunan dan demo jalanan tetap sama. Statik, macam tiada hala tuju.
Mereka cuma tahu berkumpul kemudian berarak sambil menjulang sepanduk dan terjerit pekik dengan pelbagai slogan – reformasi, turun-turun, bersih, kita lawan, hidup rakyat dan macam-macam lagi.
Penganjurnya juga dari puak yang sama. Sama ada dianjurkan pihak pembangkang dan diketuai pemimpinnya, atau diuruskan NGO yang jadi kroni pembangkang yang akan mengendalikannya atas nama kebebasan dan demokrasi.
Jumlah peserta di setiap demo akan digembar gembur konon jangkaan kehadirannya diramal cecah angka sejuta. Hakikatnya yang hadir cuma 5,000 diumum kehadiran 50,000. Kalau hadir 10,000 dikatakan 100,000 membanjiri himpunan anjuran mereka.
Peserta pula rata-ratanya dari jenis totok pembangkang. Yang mana staminanya kuat terus berdiri longlai di tengah panas terik, yang tak tahan panas tercari-cari tempat berlindung di balik bayang bangunan.
Yang terlebih dungu pula tanpa peduli sanggup membiarkan anak kecil yang di bawa bersama tidur dalam kepanasan.
Ada yang cerdik sikit di kalangan penganjur dan peserta, mereka ambil kesempatan jual cenderamata, yang mana individu mahu cari pendapatan tambahan mereka jual air botol dan tin. Kutipannya lumayan, tengah panas terik dan letih menjerit tentu ramai peserta yang tak kedekut duit sudi membelinya.
Dalam masa yang sama mengulangi tabiat sama, akan ada slot ucapan pemimpin pembangkang dan wakil penganjur, samada dari atas kenderaan atau berdiri bersama peserta, dengan ucapan retorik dan kecaman terhadap pimpinan negara.
Dari pagi sampai petang, ada kala terbawa-bawa sehingga ke lewat maghrib atau Isyak, itu sajalah adegan ulangannya sejak dulu hingga sekarang. Yang bersilih ganti watak, slogan dan sesekali bertukar warna tema baju serta nama himpunan.
Dan sebaik habis himpunan atau demo, apa yang para peserta perolehi? Berubah menjadi kaya raya dan bergaji setinggi YB-YB pembangkang atau berpeluang menikmati jawatan bertaraf YB dan MB?
Atau adakah dengan demonstrasi ini menjadikan taraf hidup mereka berubah mendadak sekaligus menyelesaikan kemelut cabaran ekonomi yang negara kita sedang harungi?
Siapa mampu menjawab persoalan ini? Kalau tanya pemimpin pembangkang tentu sahaja mereka kata ada kesan positif sebab yang mana namanya menjadi popular melalui demonstrasi sebegini berpeluang diangkat menjadi calon pilihan raya. Itu target mereka.
Tapi peserta marhaen yang berpeluh ketiak dapat apa pula? Hanya penat lelah, dari satu demo ke satu demo, masuk angin keluar asap. MyKMU


Bersih 4.0 Gunakan Wanita Seksi Sebagai Daya Penarik Peserta Demo

seksi-lucah -bersih 4

Kuala Lumpur, 29/8/2015 – Demo Bersih 4.0  yang mula berlangsung hari ini menggunakan wanita seksi sebagai promosi untuk menarik minat peserta berkunjung ke demo tersebut.

seksi- bersih 4

Ada diantara mereka yang berpakaian yang menjolok mata sebagai teknik untuk menarik perhatian orang ramai menyertai bersih.
Rata-rata peserta demo terdiri daripada 95% kaum Cina dan kurang mendapat sambutan daripada kaum Melayu.
Sebelum ini, parti PAS mengeluarkan kenyataan tidak akan menyertai Bersih atas sebab masalah dalaman yang dihadapi dengan pembangkang serta objektif perhimpunan Bersih 4 yang didakwanya menyimpang.


BLUE PRINT BERSIH 4.0 TERBONGKAR



Kami menerima emel daripada pasukan BERSIH 4.0 mengenai Buleprint BERSIH 4,0. Rupa-rupanya think-thank BERSIH yang dibantu oleh kumpulan pengkaji di dlam NED dan NDI telah memberi nasihat kepada DAP dan BERSIH supaya membiarkan Anwar dipenjara kerana Anwar bukan lagi landscape masa hadapan politik di Malaysia.

BERSIH 4.0 menjadi paltform terakhir di atas jalanan untuk menjatuhkan kerajaan. Sekiranya gagal menurut mereka lagi, pihak pembangkang akan kalah terok di dalam PRU14 kerana parti PAS hanya menunggu masa untuk menyertai Kerajaan BN

Menariknya di dalam Buleprint BERSIH bertajuk Blueprint of The Revolution itu tidak tersebut nama-nama pemimpin Melayu dalam PKR. Amat jelas BERSIH 4.0 adalah Agenda DAP dan NED (NDI). Apakah DAP Bersih dengn permainan politik mereka ke atas Melayu di dalam Blueprint itu? My Mass a

SALAHSATU AGENDA BERSIH ATAU DISEBUT AGENDA AMBIGA : LGBT


Friday, August 28, 2015

LUAHAN RASA MP MERSING YB DATUK DR HJ ABD LATIFF HJ AHMAD ~ UNTUK DIKONGSI BERSAMA RAKAN RAKAN..

Image result for DAP dalang bersih 4

Image result for DAP dalang bersih 4


BACA DAN FIKIR2KN

Apabila saya melihat poster2 yang mengajak rakyat berhimpun untuk menjatuhkan PM dan kerajaan, saya ingin berkongsi dengan sahabat2 MT pandangan saya yang saya hantar kepada sebuah Blog NGO empat bulan lalu. Pandangan ini dalam TIGA BAHAGIAN. Jika tidak relevant, boleh di padam.
Maaf panjang sedikit.


BAHAGIAN 1

Kita boleh 'salute' DAP yang mahu pimpinan Negara yang kini di kuasai oleh ORANG MELAYU (UMNO menguasai BN) di TUKAR kepada campuran DAP/PJR/PAS di mana DAP YANG BERKUASA. DAP tahu parti mereka lebih 'advance' dari segi Ilmu, Kepakaran, Kepimpinan dan Networking dalam campuran Pembangkang.

Semasa campuran Pembangkang  memerintah Perak selepas PRU-12 (tahun 2008), rakyat Melayu dapat merasa bahang kuasa DAP. Walaupun MB daripada PAS di bantu 4 EXCO Melayu dari PKR serta PAS, dan memerintah hanya 11 bulan:-

1. Hakmilik Tanah Perumahan kepada orang2 cina di beri pajakan 999 tahun bertentangan peraturan semasa tempoh pajakan 99 tahun.

2. Beribu2 ekar Tanah Pertanian di beri kepada Sekolah2 Cina untuk membuka Ladang Kelapa Sawit bagi Tabung Sekolah2 Cina.

3. Tumpuan di beri bagi memajukan  Bandar Ipoh yang 85% penduduknya terdiri dari orang2 Cina serta pembangunan Kampung2 Baru Cina. 4. Pejabat2 Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat2 Tanah, Dewan Bandaraya Ipoh, Majlis2 Tempatan di serbu oleh orang2 Cina.

5. Pegawai2 Melayu di BULI oleh Wakil Rakyat DAP, terutama kedua2 orang Nga dan Ngeh.

6. Apa yang orang Melayu boleh buat? Kepimpinan campuran Pembangkang tidak memperdulikan orang Melayu. The leadership culture of Opposition not caring and aspiring towards the Malays.

Untuk orang Melayu di Perak, kepimpinan campuran Pembangkang  yang di terajui oleh MB dari PAS serta  4 Exco Melayu dari PAS/PKR hanya tumpu kepada:-

1. Menukar pimpinan Masjid, Ketua Kampung dan JKKK kepada yang pro-pembangkang.

2. Tutup Dewan Orang Ramai dari di gunakan oleh orang2 UMNO.

3. Tingkatkan bilangan Ceramah2 Umum kepada penduduk Melayu, termasuk di Masjid/Surau yang tertumpu kepada menghentam UMNO.

4. Pimpinan Melayu PAS dan PKR hanya pakar dan berpengalaman dalam bidang 'Memecah belahkan Orang2 Melayu'.

5. Orang2 Melayu di Perak di ketepikan dari arus pembangunan selama 11 bulan di bawah DAP/PKR/PAS.


BAHAGIAN 2

Kita 'Salute' DAP kerana STRATEGI POLITIK mereka telah MENGENA. Mereka menggunakan strategi 'CHARACTER ASSASINATION' menerusi KAEDAH MENYERANG, MEMBURUK, MENGHINA dan MEMBENCI. Sasaran mereka adalah pemimpin UMNO.
   
Bersama2 media online pro-pembangkang, mereka mencipta cerita 'Skandal 1MDB'. Benarkah ada skandal?

Mana bukti Jho Low ambil dana 1MDB sebanyak USD700 juta (RM2.45 billion)? Masuk akal kah RM2.45 billion hilang, manakala kerajaan dan 1MDB berdiam dan berpeluk tubuh? Jika hilang RM2.45 billion tidakkah 1MDB sepatutnya sudah bankrap?

Bila pinjaman tidak di gunakan untuk 'TUJUAN' yang di tetapkan oleh Institusi Kewangan, tidakkah Bank akan RECALL LOANS untuk elak daripada menghadapi NON-PERFORMING LOANS yang tinggi? Sekurang2nya kita tunggu sehingga selesai laporan KETUA AUDIT NEGARA dan PAC baru kita boleh mendapat cerita SEBENARnya.

Mengapa setiap kali gambar Jho Low dipamerkan mesti bersama Paris Hilton? Gambar dengan Paris Hilton yang itu2 juga di mainkan berkali2, tidakkah bertujuan melahirkan 'Rasa Benci' di kalangan rakyat pada Jho Low untuk tujuan mana2 individu atau mana2 institusi yang di kaitkan dengan Jho Low akan di benci?

Tidakkah strategi ini akan memudahkan pembangkang dan online media pembangkang terus membuat tuduhan demi tuduhan yang di REKA untuk menanam kebencian mendalam serta kehilangan kepercayaan dan keyakinan Rakyat pada UMNO?

Inilah yang sedang berlaku. Terdapat kelompok2 masyarakat telah terpengaruh dan masuk JERAT DAP (Malangnya tiada survey berapa peratus kelompok masyarakat yang terjerat dalam perangkap DAP). Apa pun strategy DAP ini amat berkesan. Mereka merancang 'KEHADAPAN'. 

Oleh sebab strategi ini berkesan, selain 1MDB, mereka akan terus MENCIPTA ISU. Mereka akan memainkan propaganda "DEMI RAKYAT KAMI AKAN MEMBONGKAR SKANDAL KERAJAAN YANG BERGELUMANG DENGAN RASUAH' untuk menanamkan rasa benci dan memisahkan RAKYAT DENGAN UMNO sehingga rakyat AKAN LUPA bahawa sekitaran negara yang SELAMAT, STABIL dan SEJAHTERA yang KITA NIKMATI kini adalah dari PERJUANGAN UMNO.


BAHAGIAN 3

Tidak hairan nanti, apabila Rakyat telah terpengaruh dengan propaganda  DAP dan tertanam dalam hati, perasaan dan minda bahawa "Kita di pimpin oleh seorang pemimpin yang Korup", campuran Pembangkang atas nama badan NGO akan mengadakan HIMPUNAN RAKYAT bertemakan "JATUH NAJIB".

Asakkan propaganda HOSNI MUBARAK RASUAH kepada Rakyat Mesir oleh golongan aktivis membawa kepada HIMPUNAN RAKYAT di TAHRIR SQUARE, CAIRO, berakhir dengan TIGA MINGGU kemudian HOSNI MUBARAK meletakkan jawatan. 

Kejatuhan Hosni Mubarak adalah menerusi KUASA RAKYAT atau DEMONSTRASI/PERHIMPUNAN RAKYAT, bukan menerusi PILIHANRAYA. Ia bermula dengan SMS yang di hantar dari seorang gadis berumur 23 tahun. 

Ciri2 Mesir ini sudah ada dalam LANSKAP POLITIK negara yang di bawa oleh pembangkang di terajui DAP yang menggunakan orang Melayu untuk membentuk 'KUASA CINA di MALAYSIA'. Apa yang orang Melayu akan capai?

Kita lihat di sini sebagai pengajaran. Apa yang Rakyat Mesir perolehi dari PERHIMPUNAN Tahrir Square:-

1. Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
2. Pergolakan politik Mesir tidak berhenti hingga kini. Sudah 2 kerajaan di bentuk.
3. Lahirnya golongan militant.
4. Ekonomi Mesir jatuh teruk.
5. Pengangguran tinggi.
6. Harga barang2 asas melambung tinggi.
7. Kos sara hidup tinggi.
8. Kesejahteraan hidup jatuh.
9. Rasa hormat dunia pada Mesir sudah hilang.

Model kejatuhan Hosni Mubarak juga berlaku di Libya, Iraq, Pakistan, Syria, Philippines, Romania, Indonesia, Nepal dan India. India menerusi pilihanraya.

Atau paling busuk, DAP tunggu sehingga PRU-14 untuk menjatuhkan UMNO.

ORANG MELAYU PERLU SEDAR.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.