Peguam Naser
Disa berkata, kesilapan persepsi di kalangan masyarakat awam adalah menganggapPerlembagaan negara sebagai sekular yang tiada kaitan langsung dengan hal-hal
berkaitan Islam.
Perkara ini
terserlah dalam ‘Amanat Hadi’ yang diucapkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang
pada tahun 1981.
“Tuan-tuan
ingatkan…salah satu ‘amanat itu’, kenapa dikatakan bahawa UMNO itu ditentang
dan UMNO itu boleh dilawan dan sebagainya ialah kerana UMNO itu mengekalkan
Perlembagaan penjajah. Perlembagaan penjajah itu yang kita nak bincangkan hari
ini sama ada Perlembagaan itu mempertahankan atau memelihara kesucian nama
Allah itu.
“Kalau yang
ambil satu pendekatan simplistik, dia kata kalau dah Perlembagaan penjajah,
mana ada agama. Ini salah persepsi
“Sedangkan,
saya nak sebut, dalam Perlembagaan itu, istilah human right itu tidak ada.
Ungkapan human right itu tidak ada. Sebaliknya yang ada adalah agama Islam.
“Islam
sebagai agama negara, agama Persekutuan..ada. Nama Allah pun ada di dalam
Perlembagaan. Nama Allah mesti dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila
Yang di-Pertuan Agong nak menjawat jawatan.. apabila seorang Sultan nak
menjawat jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda mesti bersumpah.
Sumpahnya mesti dilafazkan ‘Wallahi Wabillahi Watalahi’.
Menurutnya
sumpah ‘Wallahi Wabillahi Watalahi’ adalah sumpah syarie yang berdasarkan
kepada ajaran Islam.
“Maknanya,
dari segi Perlembagaan pun menganggap dan mengiktiraf bahawa Allah ini adalah
milik Islam. Mesti dilafazkan menurut prinsip Islam. Tidak ada dalam
Perlembagaan ini yang mewajibkan bersumpah ‘in the name of God’, apa semua ni
tak ada, dalam bahasa Inggeris pun tak ada.
“Lafaz itu
sengaja diwujudkan di dalam Jadual Keempat dalam bahasa Melayu, ‘Wallahi
Wabillahi Watalahi’, itu yang utama.
“Teks sahih
Perlembagaan ini yang sebenarnya dalam bahasa Inggeris. Tetapi dalam konteks
bersumpah atas nama Allah ini, dalam bahasa Melayu. Pada semua masa mesti
memelihara agama Islam.
“Ini
komitmen Yang di-Pertuan Agong, ketua utama negara. Selaras dengan prinsip
agama negara, agama Islam”
Naser Disa
merupakan salah seorang Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara
yang mewakili Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan
Malaysia sebagai Responden Kedua dalam kes tuntutan kalimah Allah oleh Tan Sri
Murphy Pakiam, Tirtular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur pada tahun 2009.
Paderi
Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur
membuat permohonan semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi setelah majalah
mingguan, Herald Catholic Weekly dikenakan syarat larangan penggunaan perkataan
Allah oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam terbitan mereka.
Menurut
Naser Disa apabila kalimah Allah dibenarkan kepada penganut agama lain, maka
penyalahgunaan telah berlaku kerana kalimah itu adalah hak eksklusif umat Islam
di Malaysia.
“Isu
penyalahgunaan nama Allah ini, sebenarnya sudah pun termaktub di dalam
undang-undang, tak boleh. Dah selesai dah. Settle dah, bukan polemik nak
bincang-bincang lagi, bukan. Semua dah settle undang-undang (dah buat
keputusan), tak boleh.
“Dalam
Enakmen di Selangor, Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam yang No 1
Tahun 1988 itu sudah pun disenaraikan berpuluh-puluh perkataan termasuklah nama
Allah ini tak boleh digunakan.
“Di negeri,
sepuluh (negeri) lain juga sama.. di Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor,
Negeri Sembilan, Melaka, dah ada. Yang tak ada empat negeri saja…Wilayah
Persekutuan, Penang, Sabah dan Sarawak. Ini undang-undang, enakmen ini tidak ada.
Masih belun digubal.
“Penggubalan
undang-undang ini dibuat berdasarkan kepada Perkara 11 (4) Perlembagaan
Persekutuan. Maksudnya, Perlembagaan sememangnya membolehkan halangan, dia
panggil ‘restrict and control’. Perkara 11 (4) itu membolehkan ‘restrict and
control’ dalam penyebaran agama-agama lain.
“Kita
‘restrict’ apa? Penggunaan Bible dalam bahasa Melayu sebab bahasa Melayu ini
digunakan oleh orang Melayu. Kita ‘restrict’, kita sekat supaya ajaran Kristian
itu, salah fahaman Kristian itu tak melebar kepada orang Islam.
“Undang-undang
ini diluluskan untuk tujuan itu dan undang-undang ini very strict. Salah satu
peruntukan, Seksyen 4, ‘Kalau seseorang, tak kiralah seseorang itu dia cuba
mempengaruhi orang Islam supaya orang Islam rasa benci kepada agama Islam ini.
Dia preach, dia kempen supaya orang Islam rasa benci kepada agama Islam’. Sudah
menjadi satu kesalahan di bawah enakmen ini.
“Dia rasa
benci kepada agama Islam ataupun dia rasa tertarik untuk meninggalkan Islam.
Pun satu kesalahan.
“Dan lebih
lagi, Perlembagaan sebut, ‘tak kira sama ada orang yang dia sampaikan itu
terpengaruh ataupun tidak, kalau orang itu tak terpengaruh, orang tu dengar
saja’, sudah menjadi satu kesalahan.
Menurutnya,
undang-undang untuk menjaga kedudukan Islam adalah syarat yang dikenakan oleh
Raja-raja Melayu ketika Perlembagaan Malaysia dibentuk.
“Undang-undang
memelihara agama Islam dan umat Islam sangat ketat. Kerana apa? Kerana that a
the social contract antara mereka dengan kita.
“Social
contract yang dikenakan oleh Raja-raja Melayu semasa kita nak membentuk negara
kita. Ok, ‘awak boleh datang ke sini’, ‘awak bebas menjalankan agama kamu’,
‘awak bebas menjalankan ajaran-ajaran dan kepercayaan kamu tetapi jangan ganggu
agama Islam’, ‘jangan ganggu umat Islam’ dan perkara ini dimaktubkan dalam
Perkara 11 (4) Perlembagaan dan juga dalam undang-undang Enakmen
Negeri-negeri.”
Menurutnya
lagi, kedudukan Islam dalam undang-undang sudah mencukupi, namun yang
bermasalah adalah penguatkuasaan.
“Jadi,
hakikat sebenarnya benda ni dah settle. Saya nak bagitahu, benda ni dah settle.
Isu ni dah tak boleh pakai cuma penguatkuasaannya sahaja.
“Jadi, komen
yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti politik yang minta supaya dibenarkan
juga, sebenarnya statement-statement itu bercanggah dengan undang-undang. So,
what our action daripada pihak-pihak yang mempunyai autoriti ini.
“Mereka yang
kuatkuasakan undang-undang ini, Jabatan Agama dan juga Polis Diraja Malaysia.
Jadi, kalau Polis Diraja Malaysia pun dok tepis, dia kata ini isu agama, bukan
saya punya jabatan. Ini masalah. Mereka perlu difahamkan. Mereka (perlu)
kuatkuasakan benda ini.”
No comments :
Post a Comment