Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, May 25, 2013

Undi popular Pakatan lebih undi Melayu atau undi Cina?

Di samping bersungguh-sungguh menafikan kejadian tsunami Cina, DAP sekarang turut juga menguar-uarkan bahawa kebanyakan undi daripada “undi popular” dimenangi pembangkang adalah undi orang Melayu.

Agar libasan backlash Melayu boleh ditumpulkan, DAP kini pula mencanangkan ayunan “undi popular” 50.9 peratus itu kepada Pakatan bukannya membayangkan penentangan terhadap kaum Melayu tetapi ianya penentangan khusus kepada BN sahaja.

Di bawah ialah screenshot rencana oleh setiausaha DAP Seremban, Nicole Tan, yang disiarkan di FMT hari ini.

The swing was against BN, not the Malays Free Malaysia Today 2013-05-31 11-36-45

Nicole Tan menulis, “Using simple mathematics, one would realise that out of the 51% popular votes garnered by Pakatan Rakyat, the majority of it were from the Malays.”

Nicole tidak mengemukakan apa-apa data atau perangkaan pun dalam rencananya tersebut selain menyatakan “matematik mudah” bahawa penduduk Malaysia adalah majoriti Melayu manakala minoriti Cina hanya “23 peratus” (katanya) — boleh anda lihat sendiri kupasan Nicole di FMT.

Sebenarnya apa yang dibuat setiausaha DAP Seremban itu hanya sekadar melontarkan teori bahawa sudah banyak golongan Melayu yang anti-kerajaan dewasa ini.

These are the Malays who are ABU (Anything but Umno), the Malays who are against BN, the Malays who can think, the Malays who are progressive, the Malays who love Malaysia, the Malays who are Malaysians first and most importantly, the Malays who are our future!

To those so called top officials (who are Umno cronies anyway), don’t tell us that Umno represents the Malays.”
Demikianlah yang dipercayai Nicole Tan tetapi beliau tidak menyokong dakwaan-dakwaannya dengan bukti statistik.

Statistics don’t lie

Dalam pada itu, ada butir-butir data yang sudah begitu jelas, umpamanya, berapa orang Ahli Parlimen Melayu dalam Dewan Rakyat sidang 2013.

Namun maklumat ini pun sesetengah pihak termasuk The Star masih mahu bohong.

Untuk senarai penuh Ahli-ahli Parlimen, perbandingan sidang 2008 dan 2013, rujuk ‘Analisa PRU13: Perwakilan Melayu Pakatan menyusut berbanding 2008‘..

DATA PRU13

Tsunami Cina melanda Sabah & Sarawak 
 
Dalam 2008, pembangkang hanya menang 2 kerusi Parlimen di Borneo iaitu Bandar Kuching dan Kota Kinabalu yang masing-masing 90.9% dan 78.4% pemilih Cina. Kedua-duanya dimenangi DAP.

Dalam 2013, pembangkang berjaya menang 8 kerusi Parlimen, iaitu 5 di Sarawak dan 3 di Sabah.

Daripada 8 kerusi tersebut, 7 adalah majoriti pemilih Cina (lihat jadual bawah) sementara yang satu lagi adalah majoriti pemilih Kristian.

borneoPRU13

Bernard Dompok merupakan penyandang jawatan (incumbent) di kerusi Penampang, Sabah, yang mempunyai nisbah 50 peratus pemilih Kadazandusun Murut yang beragama Kristian daripada 60 peratus pemilih pribumi.

Bekas menteri kanan BN tersebut, yang juga presiden parti Upko, jatuh kecundang setelah kehilangan undi Kristian ekoran terperangkap dengan permainan isu kalimah Allah oleh pembangkang.

Berbanding dengan PRU12, DAP bersama PKR mendapat tambahan 6 kerusi di Sabah dan Sarawak dalam PRU13 .
Kemaraan Pakatan setakat 6 kerusi baru yang disebut tadi beserta 2 kerusi lama. Pembangkang tidak mampu menang mana-mana lagi kerusi pribumi.

Daripada 8 kerusi dipegang Pakatan itu, sebanyak 7 adalah di kawasan majoriti Cina. Yang Berhormat-Yang Berhormat tersebut adalah terdiri 6 Cina DAP dan satu Cina PKR.

Sarawak

Sebaliknya calon-calon Pakatan yang kalah di Parlimen Sarawak adalah hampir kesemua mereka Melayu-pribumi.

Garis pemisah bangsa kelihatan ketara sekali.

DAP mengetengahkan 11 orang calon di Sarawak; kesemua-semua calon Cina DAP seramai 5 orang menang manakala kesemua-semua calon DAP pribumi seramai 6 orang kalah.

Daripada 20 orang calon PRK campur PAS yang dipertaruhkan di Sarawak, 18 orang (10 pribumi, 8 Melayu) daripada mereka kalah. Dua orang Cina PKR: seorang menang, seorang kalah.

Sabah

Sementara itu, 2 orang PAS yang bertanding kerusi Parlimen di Sabah pun kalah.

PKR menampilkan 19 orang calon — 18 orang sama ada Islam ataupun pribumi, dan seorang Cina. Semua kalah kecuali seorang calon Kristian, Ignatius Dorell Leiking.
Calon-calon DAP di Parlimen Sabah terdiri 3 Cina, 1 pribumi. Yang menang 2 orang Cina.

Memandangkan calon-calon pribumi Pakatan terus lingkup di Sabah dan Sarawak, maka terang lagi bersuluh bahawa faktor utama yang mendorong kejayaan pembangkang ialah unsur tsunami Cina.

***  ***  ***
Biar kita tengok pada statistik di semenanjung pula.

PRU13dapTop10
Jadual di atas memaparkan 10 kerusi Parlimen di mana DAP menang dengan majoriti undi terbesar. Kesemuanya adalah kerusi majoriti Cina.

Kecuali Serdang, semua kerusi Top 10 yang lain mempunyai di antara 70% dan 90% pemilih Cina. (*Bagan: Cina 69.5%)

Yang menarik dikaji ialah unsur ‘correlation’ (hubung kait).

Namun sebelum kita mengkaji correlation (korelasi), biar saya tafsirkan istilah digunakan dalam kolum-kolum di atas dengan mengambil contoh Seputeh.

Seputeh
 
Diketahui umum bahawa Teresa Kok mengulangi pecah rekodnya dengan mencatatkan majoriti paling tinggi.
Rujuk jadual: Seputeh mempunyai sejumlah 85,976 pemilih dan voter turnout (“yang keluar mengundi”) ialah 71,859 orang. DAP-Teresa mendapat sejumlah 61,500 undi.

Ini bermakna Teresa mendapat “sokongan kawasan” 85.6%, yakni mendapat 85.6 peratus undi daripada kalian pemilih yang keluar mengundi (yang kebanyakan mereka Cina dengan segelintir penyokong DAP bukan Cina).
Undi 61,500 yang diperolehi Teresa adalah 6.2 “x ganda lawan”. Lawan Teresa ialah calon MCA Nicole Wong Siaw Ting yang mendapat 9,948 undi. Dalam kata lain, calon DAP mendapat 6.2 kali lebih banyak undi daripada lawannya. Boleh juga diandaikan Teresa 6 kali ganda lebih popular daripada Nicole.
Calon-calon top DAP secara puratanya 4.3 kali ganda lebih popular daripada lawan mereka.

Korelasi
 
Unsur korelasi dalam pola pengundian itu dikaji untuk kita melihat kecenderongan pemilih Cina.

Seputeh mempunyai 88.0% pemilih Cina dan Teresa Kok memperolehi 85.6% daripada undi yang dibuang. Hanya ada perbezaan 2.4% sahaja di antara peratusan pemilih Cina di Seputeh dengan peratusan sokongan yang diberikan kepada Teresa Kok.

Contoh-contoh lain:

Cheras mempunyai 81.8% pemilih Cina. Calon DAP di Cheras Tan Kok Wai mendapat 81.1% daripada undi yang dibuang. Korelasinya adalah amat rapat — kurang satu peratus (0.7%) perbezaan.

Di banyak kerusi-kerusi Top 10 DAP yang lain, korelasinya pun cukup dekat. Misalan di Batu Gajah, ada 73.9% pemilih Cina dan 76.6% sokongan bagi DAP (perbezaan 2.7%).

Di Ipoh Timor, 79.3% pemilih Cina/75.3% sokongan kepada DAP dan di Bukit Gelugor, 74.5% pemilih Cina/79.0% sokongan kepada DAP.

Korelasi yang diperhatikan membayangkan unsur faktor Cina. Lagi tinggi nisbah pemilih Cina, lagi kuat sokongan bagi DAP dan lagi rapat korelasi.
Di kawasan yang kurang pemilih Cina, korelasi tidak menentu.

Pada hakikatnya, ia mustahil DAP untuk kalah di kawasan padat Cina.

Sekiranya tanpa ada korelasi, maka DAP secara teori dan atas kertas mampu meraih 80 peratus sokongan merentasi kaum di kawasan majoriti Melayu. Adakah perkara ini pernah berlaku?

Alor Gajah, Serdang dan Tanjong

Biar kita lihat pula sebuah kerusi Parlimen di mana DAP telah kalah, iaitu Alor Gajah di Melaka yang mempunyai 27.8 % peratus pemilih Cina.

Calon DAP Damian Yeo Shen Li menerima 20,997 undi daripada 55,106 pemilih yang keluar mengundi (sokongan 38.1%). Maksudnya semakin kurang penduduk Cina di sesebuah kawasan itu, semakin kurang sokongan popular bagi DAP.

Kita lihat lagi kepada satu kerusi campur iaitu Serdang yang mempunyai 48.6% pemilih Cina dan 11.4% pemilih India (ataupun 60 peratus pemilih bukan Melayu).

DOKTOR (PhD) Ong Kian Ming menang di Serdang dengan sokongan 67.0% pemilih. Dia tidak menang besar (sokongan 80% ke atas) seperti rakan-rakan partinya di kawasan Cina pekat.

Satu contoh perbandingan ialah setpol Guan Eng, iaitu Ng Wei Aik, yang bertanding di kerusi Parlimen Tanjong yang mempunyai 85.2% pemilih Cina.

Ng Wei Aik memperolehi sejumlah 35,510 undi daripada 42,913 undi yang dibuang, atau sokongan 82.7%.

Sekali lagi, dapat dikesan korelasi yang rapat di antara pemilih Cina dan sokongan bagi DAP. Di kerusi Tanjong (satu kawasan bandar di Pulau Pinang), perbezaan di antara tahap sokongan dengan nisbah pemilih Cina hanya 2.5 peratus.

Mitos “undi popular” Pakatan

Guan Eng memanggil pentadbiran Najib sebagai “kerajaan minoriti” atas alasan undi popular 50.1% yang diperolehi Pakatan berbanding 47.4% bagi BN.

Pakatan mendapat 5,623,984 undi dijumlahkan sekali. BN pula dapat 5,237,699 undi.

Bermakna setelah dikira dan dijumlahkan undi 222 buah kerusi Parlimen, Pakatan mengatasi BN dengan 386,285 undi.

Kelebihan undi ini diperolehi di kawasan-kawasan bandar yang sarat dengan pemilih Cina.

Keadaan sesak ini merugikan DAP kerana, contohnya, DOKTOR (PhD) Ong Kian Ming yang disokong 79,238 orang pemilih Serdang menyumbangkan satu kerusi DAP di Parlimen. Tengku Adnan Tengku Mansor yang disokong hanya 9,943 orang pemilih Putrajaya serentak menyumbangkan satu kerusi juga bagi Umno di Parlimen.

Undi popular Pakatan ialah kerusi top DAP

Jika diperhatikan semula carta Top 10 DAP, majoriti terbesar parti tersebut diperolehi di negeri-negeri paling ramai pemilih Cina, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Daripada 10 kerusi tersenarai di atas, DAP sudah mendapat semuanya 547,859 undi. Lawan-lawan mereka (kebanyakannya calon MCA) pula mendapat undi yang sangat sedikit.

Majoriti undi di 10 kerusi top DAP adalah seperti berikut:

1. Seputeh (51,552), 2. Bukit Mertajam (43,063), 3. Serdang (42,206), 4. Bukit Gelugor (41,778), 5. Petaling Jaya Utara (41,672), 6. Kepong (40,307), 7. Batu Gajah (38,596), 8. Cheras (37,409), 9. Bagan (34,159), 10. Ipoh Timor (34,000).

Maka majoriti daripada 10 kerusi menang besar DAP di atas – dijumlahkan – ialah 404,742 undi.

Kelebihan yang dicanangkan sebagai kemenangan undi popular 50.1% Pakatan (berbanding BN 47.4%) ialah sebanyak 386,285 undi.

Kelebihan undi popular di 10 kerusi top DAP yang rata-rata majoriti Cina 70% hingga 90% sudah mencecah 404,742 undi.

Kesimpulannya undi popular Pakatan 386,285 dimenangi 10 kerusi top DAP 404,742. Ia undi popular Cina.

Lebih Cina atau lebih Melayu?

Adakah 5,623,984 undi untuk Pakatan itu lebih orang Melayu atau orang Cina?

Rasa-rasanya dari segi angka mutlak, mungkin lebih Melayu.

Data ini, yakni lebih ramai Melayu, boleh disemak oleh BN melalui analisa saluran yang mampu memberikan bacaan tepat dan jitu.

Rujuk perincian saluran di kerusi Parlimen Sungai Siput — ‘Vote swing: Chinese one way, Malay/Indian the other

Data sediaada yang boleh diteliti di bawah:
popularvote

Biar kita lihat pada data kerusi Parlimen.

Kira-kira 30 kerusi DAP dimenangi di kawasan yang mempunyai 50 peratus ke atas pemilih Cina; 15 daripada kerusi-kerusi tersebut dimenangi di kawasan yang mempunyai 70 peratus ke atas pemilih Cina — rujuk jadual di ‘Sah tsunami Cina dan ia menguntungkan PAS‘.

Sebanyak 12 kerusi PAS dimenangi di kawasan yang mempunyai 90 peratus ke atas pemilih Melayu. Namun “ini kali” PAS juga menang di kawasan campur atas gelombang tsunami Cina.

DAP kurang mendapat undi Melayu manakala PAS untung undi Cina dan India untuk “ini kali lah”.

Pola pembahagian undi bagi sekutu-sekutu Pakatan ialah DAP-Cina, PAS-Islam (bersamaan Melayu), PKR-majmuk.
Namun PKR bertanding di kawasan-kawasan yang lebih ramai penduduk Melayu dan penduduk bukan-Cina (yakni orang asli, India, pribumi Borneo, dsb).

Kita akur undi Melayu lebih banyak dari segi jumlah undi mutlak.

Meskipun demikian, dari segi lebihan undi popular, undi Pakatan lebih banyak undi Cina.

Ini disebabkan undi Melayu berpecah-pecah kepada Umno, PAS dan PKR (bermaksud populariti Umno barangkali 60-65%, PAS-PKR 35-40%) tetapi undi Cina satu blok mantap yang dianggarkan 90 peratus diberikan kepada DAP.

Maka dari segi ‘playmaker’, DAP yang paling “popular” serta berpengaruh di kalangan tiga parti tunjang Pakatan itu. DAP bertanding paling kurang kerusi tetapi mencapai kadar kajayaan paling cemerlang, iaitu 95 kerusi DUN daripada 103 kerusi ditandingi atau success rate 92.2%.
Hanya dengan majoriti di 10 buah kerusi Parlimen top DAP (404,742 undi) sahaja sudah mampu mengatasi kelebihan majoriti undi popular Pakatan (386,285 undi) di seluruh negara.

Berasaskan pola unik PRU13, kesimpulannya ialah “undi popular” Pakatan sebenarnya fenomena tsunami Cina.

 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.