Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, December 8, 2013

Pertemuan PM-MB Kelantan: Perwakilan bidas Nik Aziz, anggap penipu


Laporan portal pembangkang, SorosKini Malaysiakini :
Tanpa menyebut nama secara khusus Perwakilan Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahya membidas Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kenyataan beliau yang menyatakan "kesukaran menteri besar pembangkang berjumpa perdana menteri". 
Bidasan itu dibuat susulan kenyataan Nik Aziz yang mengenai pertemuan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib di pejabat beliau di Putrajaya baru-baru ini. 


Video Pendedahan
"Semalam ditunjukkan (video klip) orang yang menipu. Ada seorang lagi menipu, dia kata selepas 23 tahun baru perdana menteri membuka pintu kepada MB Kelantan.  
"Betapa bohongnya (percakapan itu) walaupun (beliau) dianggap mursyid, walaupun dianggap tok guru," katanya. 
Bagi membuktikan dakwaan itu, Shabudin menunjukkan gambar dan mengemukakan tarikh serta kronologi pertemuan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1999, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007 dan Najib sendiri pada 2009 dan 2010, dengan Nik Aziz. 
"Biar orang kata kepada kita. Kita tahu apa yang kita buat," katanya ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno petang ini. 
Nik Aziz sebelum ini dilapor menyifatkan pertemuan Ahmad dan Najib di Putrajaya sebagai "satu pertemuan yang tidak dijangka". 
Katanya sepanjang lebih 20 tahun beliau menerajui negeri ini, tiada pertemuan rasmi seumpama itu diaturkan. 
"23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu.
"Insya-Allah, kita minta doa Allah buka pintu hati jangan menjadi syaitan merosakkan hati manusia, ingatkan syurga dan neraka, ingat apa yang kita buat apa sahaja akan mendapat balasan" kata Nik Aziz seperti dilapor dalam Sinar Harian Online - MK


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.