Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 12, 2016

Azhar Idrus Patut Minta Maaf Kerana Mulut Capoi!!!




Berikut komen ILMU :

Bismillah, Kami harap Ust. Azhar Azhar Idrus hadahullah (Semoga Allah memberinya petunjuk) dapat menarik kembali perkataan beliau yang mengatakan:

Minit 3:43 - “Ulama muda ulama gila, masuk parti sekuler, masuk berenang dalam air najis, boleh 15K dengar khabar seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekuler. Sekuler ni keluar dari Islam, sesat dunia akhirat.”

Minit 4:13 - “Mu terjun dalam tong najis terus, sign borang, isi borang, 40 Ulama Muda menyertai parti dulu kini dan selamanya, sesat dalam api neraka...”

[*] Perkataan Ust. Azhar ini adalah ayat takfir (pengkafiran) dan Ust. Azhar menegaskan secara pasti bahawa UMNO, ILMU, dan orang-orang yang isi borang menyertai UMNO bakal ke Neraka.

[*] Ingatlah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda (maksudnya), “Tidaklah seseorang menuduh kepada yang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Minit 4:30 – “(Ulama Muda) dia baham 15k sebulan sign borang. Pastu jadi boneka...”

[*] Sekali lagi kami tegaskan di sini, pernyataan ini adalah fitnah dan dusta ke atas kami (ILMU). Maksud firman Allah Ta’ala, “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia di sisi Allah adalah besar.” (Surah an-Nuur, 24:15)

Wallahu a’lam...

Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada kita semua agar berjalan di atas jalan yang benar, iaitu jalan yang ditempuh oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya.

sumber : Facebook

Panglima dalam hal ini sangat bersetuju tindakan melabelkan Ulama Muda UMNO (ILMU) dengan ganjaran 15k sebulan yang belum dibuktikan dengan fakta, tidak boleh diterima sewenang-wenangnya.

Meskipun ia boleh jadi satu perkataan yang tidak muktamad (sekadar anggaran) namun sebagai tokoh besar Ustaz Azhar Idrus perlu menjelaskan isu perkataannya agar tidak timbul kecacatan kepada ilmu yang diajar oleh beliau tentang agama sebelum ini.
Dalam hal ini Ustaz Azhar Idrus perlu memohon maaf jika ia antara perkara yang tersalah cakap oleh beliau.
Begitu juga jika ia benar wujud, bukti bersesuaian wajar dipamerkan untuk mengelak ILMU dipandang negatif oleh masyarakat.

Tindakan ahli agama seperti ILMU menyertai UMNO sangat tepat kerana tugas ahli agama ialah untuk membawa manusia ke arah jalan kebenaran berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Meskipun ramai Ulama lebih selesai berada antara Kerajaan dan Rakyat agar manusia kedua pihak akan mendapat keadilan dari neraca Al Quran dan Sunnah Junjungan tanpa takut dicabut sebarang jawatan atau kekayaan.

Sambung baca di SINI

Admin juga merasakan bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak sepatutnya berkata begitu. Teruskan sahaja mengajar agama kerana admin juga minat mendengar celoteh dan 
lawaknya yang bersahaja.

Admin tidak dapat menerima cara pertuturan beliau yang berbicara tentang agama namun sayang seribu kali sayang apabila menyerang ILMU sebegitu rupa.

Bayangkan jika semua ahli UMNO terguris dengan kata-katanya, apa akan terjadi. Dari satu sudut yang lain apa hukumnya mengguris hati sesama Islam?.

Nota Kaki ;


Pandai agama tidak bermakna kamu pandai segala-galanya..

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.