Thursday, October 27, 2016
Bahaya Terlalu Bergantung Kepada DAP
Atas Dasar Apa Shafie Apdal Menjustifikasikan Bahawa Sabah dan Sarawak Negeri Termiskin???
Hari ini adalah salah satu daripada hari-hari yang sangat jarang berlaku di mana saya berharap saya adalah seorang Ahli Parlimen dan boleh ‘taruh’ Shafie Apdal dalam Dewan Rakyat.
Shafie telah memberitahu begitu banyak pembohongan di Parlimen dan sepatutnya disangkal atau dipetik sebagai menghina Parlimen dengan berbohong berulang kali.
Di antaranya adalah:
1) Shafie mendakwa 60% daripada Bandar Malaysia telah dijual kepada China.
Ini adalah tidak benar. 60% daripada Bandar Malaysia telah dijual kepada 60-40 konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan kumpulan China Railway.
Pegangan saham IWH adalah 40% Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ – Kerajaan Negeri Johor) dan 60% Credence Resources (Tan Sri Dato' Lim Kang Hoo).
A. 40% 1MDB atau MOF Inc (sekiranya saham dipindahkan), 36% IWH dan 24% CREC. Oleh itu, pemilikan projek mutlak adalah 76% Malaysia dan 24% China.
2. Shafie mendakwa 1MDB hanya menggunakan Arul Kanda dan tidak mewujudkan peluang pekerjaan manakala ‘bail-out’ untuk Proton dan MAS membantu menyelamatkan pekerjaan.
Pertamanya, tidak seperti Proton dan MAS, 1MDB tidak pernah diselamatkan oleh kerajaan.
Mungkin Shafie Apdal belum pergi ke Sendayan untuk melihat pangkalan udara baru yang sedang dibina atau 7 kemudahan tentera lain di seluruh negara yang sedang dibina sekarang ini yang dibiayai oleh 1MDB sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran mereka dengan MINDEF?
Atau beribu-ribu pekerja di TRX sekarang ini yang sedang berusaha menyiapkannya dengan cepat atau puluhan ribu pekerjaan yang akan diwujudkan apabila TRX mula beroperasi sementara pelaburan asing telah pun diterima daripada Australia, Indonesia dan Hong Kong?
Ia sudah pasti bukan hanya Arul Kanda yang bekerja.
Bagi MAS pula, ia telah diselamatkan disebabkan oleh salah urus Mahathir. Proton, walaupun telah mewujudkan peluang pekerjaan, juga mempunyai kos yang besar ke atas rakyat yang terpaksa membayar kos yang berlebihan untuk kereta yang kurang spesifikasinya dan terlalu mahal harganya selama beberapa dekad yang bernilai kira-kira RM300 bilion. Ia boleh dikatakan bahawa walaupun Proton tidak diselamatkan, pekerjaan itu masih akan pergi ke PERODUA atau pemasang kereta tempatan yang lain. Wang yang rakyat dapat simpan juga boleh digunakan untuk pelaburan produktif yang lain yang juga akan mewujudkan peluang pekerjaan.
3. Shafie mendakwa bahawa Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang paling miskin dan mereka sedang disalah uruskan.
Sangat tidak betul. Sabah mencatatkan pertumbuhan gaji median kedua tertinggi iaitu sebanyak 37.5% dan Sarawak mencatatkan 26% pertumbuhan gaji sejak 2010 - berbanding dengan hanya 17.2% bagi Pulau Pinang dan 20.8% bagi Selangor.
Berasaskan pendapatan isi rumah median, Sabah sekali lagi mencatat pertumbuhan pendapatan isi rumah kedua tertinggi iaitu sebanyak 81.3% manakala Sarawak mencapai 57.8% - kedua-duanya mencapai lebih daripada Selangor dan Pulau Pinang.
Pada asas KDNK per kapita, Sarawak dan Sabah bukanlah negeri-negeri yang paling miskin. Malah, Sarawak sebenarnya adalah negeri ke-4 terkaya dan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM44k - bersamaan dengan Pulau Pinang. Sementara Sabah mencatatkan RM19,700 - lebih tinggi daripada Kedah dan Kelantan.
Kadar kemiskinan tegar di Sabah juga menurun daripada 19.2% pada tahun 2009 kepada hanya 3.9% pada tahun 2014.
Manakala di Sarawak, kadar kemiskinan tegar juga berkurangan daripada 5.3% kepada 0.6%.
Malah, Sabah mempunyai rizab negeri sebanyak RM2.33 bilion pada 2014 - hampir dua kali ganda daripada Pulau Pinang manakala Sarawak mempunyai rizab sebanyak RM27 bilion pada tahun 2014 - atau kira-kira 8 kali lebih tinggi daripada Selangor.
Ia juga diakui oleh ramai bahawa selepas diabaikan oleh seorang bekas Menteri selama dua dekad, Sabah dan Sarawak telah menerima bantuan dan pembangunan yang lebih besar daripada Kerajaan Persekutuan sejak 2009.
Jadi, bagaimana Shafie Apdal menjustifikasikan bahawa Sabah dan Sarawak adalah negeri termiskin dan sedang disalah uruskan?
Hanya kerana mereka mempunyai imuniti parlimen, kita tidak boleh membenarkan orang-orang ini untuk bercakap seperti ini di Parlimen kerana ia hanya akan dilaporkan sebagai fakta dalam media berita. Memetik kata beliau juga akan meyakinkan orang ramai bahawa beliau adalah pendusta.
Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 25 Oktober 2016.
Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee
DAP 'Hina' Penjawat Awam
KETIKA kerajaan menghargai pengorbanan anggota kerajaan dengan pelbagai insentif termasuk kenaikan upah, bayaran dan menyambung perkhidmatan sehingga mencapai usia 60 tahun, DAP pula seolah-olah menidakkan peranan penjawat awam.
Parti itu tidak sewajarnya menganggap bilangan penjawat awam yang berjumlah lebih satu juta itu sebagai bebanan kepada kerajaan. Ini belum lagi memerintah, DAP sudah tunjuk keangkuhan dengan memberi isyarat awal bagi mengurangkan bilangan penjawat awam.
Kata-kata sinis Pengerusi Publisiti DAP, Tony Pua bahawa 'lebih baik penjawat awam tinggal di rumah dan dibayar upah mereka' merupakan satu sindiran penghinaan. Ucapan Tony Pua itu seperti menggambarkan kerajaan terpaksa 'menanggung biawak hidup' kerana jumlah penjawat awam yang ramai.
Memetik sumber KLxpress, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini menyebut penjawat awam di negara ini adalah paling ramai di dunia dan tentunya bagi bekas` Ketua Pembangkang itu ia merupakan 'satu pembaziran' wang rakyat.
Mungkin tidak mahu menanggung beban itu andainya Pakatan Harapan (PH) memerintah, maka tiada insentif dan bonus untuk kakitangan awam dalam Bajet Alternatif seperti mana yang dibentangkan oleh PH baru-baru ini.
Sebelum ini Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memberi amaran kepada pemimpin DAP yang mencadangkan agar dikurangkan penjawat awam.
Ketika kerajaan terus membuka tawaran kerja kepada para belia dan menyambung perkhidmatan puluhan ribu kakitangan kontrak walaupun kedudukan ekonomi dan kewangan negara tidak memberangsangkan, DAP pula mengambil pendekatan yang kontra.
Selama ini pihak pembangkang yang cukup 'ribut' jika rakyat Malaysia tiada pekerjaan termasuk lepasan pusat pengajian tinggi yang menganggur. Sebelumnya pembangkang juga yang mempertikaikan pemberhentian kakitangan temasuk daripada industri penerbangan negara.
Bajet 2017 (RM262.8 bilion) yang dibentang Perdana Menteri, Jumaat lalu yang menyenangkan hati rakyat rupanya 'menggelisahkan' DAP dan rakan sekutunya daripada PKR, PPBM dan PAN.
Pelbagai insentif diberikan kepada penjawat awam pada Bajet 2017 termasuk kelayakan pinjaman perumahan daripada RM200,000 sehingga RM750,000, penyediaan rumah 1Malaysia RM90,000 hingga RM300,000 selain cuti belajar bergaji penuh.
Mereka (DAP) tidak sanggup mendengar insentif yang diberikan kepada penjawat awam, pesara dan segala peruntukan bagi merangsang ekonomi untuk kesejahteraan rakyat.
Telinga pemimpin DAP dan sekutunya bertambah 'panas' dengan gambaran Menteri Kewangan mengenai kedudukan semasa ekonomi dan kewangan negara.
Tahun lepas pun begitu. Pemimpin pembangkang terutama Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menjaja kepada rakyat di seluruh negara bahawa masa depan Malaysia semakin gelap dan bakal bangkrap.
Mereka ini, termasuk Dr. Mahathir barangkali amat 'gembira' jika kedudukan ekonomi negara teruk, negara bankrap dan rakyat menderita.
Tuesday, October 25, 2016
Bishop Katolik Kata BERSIH Hak Rakyat, Jika Kenyataan Yang Sama DiBalas Mufti Dan Majlis Fatwa Boleh Cetuskan Pertumpahan Darah?!!!
Bishop Katholik Kristian Bernard Paul yang pernah menyertai BERSIH 4.0 tahun lepas, menggesa rakyat Malaysia agar menyertai BERSIH 5.0 yang bakal diadakan pada 19 November nanti. Bahkan dia juga akan mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.
Bishop Paul yang mengetuai gereja Katholik Melaka-Johor berkata, BERSIH adalah hak rakyat. Katanya lagi, para peserta BERSIH telah memperjudikan nyawa mereka. Konvoi penyokong BERSIH telah dipukul dan undang-undang menurutnya, berat sebelah. Selain itu, rakyat perlu lantang bersuara berbanding bersikap pasif sekaligus menyedarkan rakyat bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan Malaysia lebih baik. (RUJUK SINI)
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Bishop Paul, dia sebenarnya memberikan isyarat tentang kecenderungan Katholik khususnya 'kariah' Melaka-Johor kepada DAP dan BERSIH. DAP merupakan dalang kepada BERSIH dan BERSIH sendiri mendapat dana dari luar yang bertujuan mahu menggulingkan Kerajaan Malaysia menerusi demonstrasi jalanan.
Mukhriz Mahathir Kaya Kerana Kronisme Yang Tidak Bermaruah, Sepatutnya Beliau Sedar Diri Sebelum Menghina Penerima BRIM Dan Atlet Paralimpik
Menetik sumber, OPCOM tidak begitu mendapat perhatian berbanding MISC dan syarikat-syarikat pegangan Mokhzani pada tahun-tahun REFORMASI yang menelanjangkan banyak penjalangan Mahathir menggunakan wang rakyat bagi membela syarikat-syarikat yang ada kepentingan anaknya.
Mokhzani menstruktur semula OPCOM dan dilantik sebagai CEO. Saham OPCOM melonjak setinggi 31.2%. Bursa Malaysia turut mengumumkannya dalam portal mereka.
Mukhriz bagaimanapun, terus memiliki kepentingan sebanyak 23.5% dalam OPCOM atas namanya sendiri, manakala kepentingan 20.93% lagi atas nama Rezeki Tegas Sdn. Bhd. Isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria pula memegang kepentingan sebanyak 26.94% menerusi M Ocean Capital Sdn. Bhd.
Isu membabitkan OPCOM Holding Berhad mula diperkatakan apabila syarikat tersebut dan adik-beradik Mukhriz mendapat kontrak lumayan daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Ini adalah kerana pada tahun 2003, syarikat tersebut mendapat kontrak memonopoli pembekalan fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus yang dipaksaberi oleh Telekom Malaysia menerusi kelulusan Kementerian Kewangan.
Kereta Mewah Bugatti Veyron Milik Mokhzani Mahathir
Harga Bugatti Veyron Mencecah Jutaan Ringgit
|
Cukai
Jalan Mencecah 5 angka
|
Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM54 juta bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN.
Ini
adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan
lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana
Menteri!
Kekayaan ini
lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa ianya tidak termasuk
kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling
kaya iaitu:
A. Mirzan
bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll
B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat
C.
Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat
yang
terlibat dalam
program francais IPT
D.
Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal
membawa keuntungan, dan
E.
Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang
emesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak
saudaranya
Siapakah
Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak
begitu banyak wang rakyat?
Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia
Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")
Semua
"kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan
MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan
wang rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga
kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak
pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan
Megat Junid Megat Ayob.
Sebenarnya
Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang
lain untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah
membuahkan ideanya sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul,
Mokhzani kerugian besar dan terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang
rakyat di KWSP, Tabung Haji dan PNB dan PETRONAS.
Kebolehan
politiknya juga tidak ada. Kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Merbuk adalah hasil usaha Cikgu Arzmi Abdul Hamid, Ketua
Bahagian UMNO Merbuk yang juga Setiausaha Politik Daim. Cikgu Arzmi
diarahkan membayar sebanyak RM 1.5 juta kepada calon-calon yang akan
menentang Mokhzani. Akhirnya anak perompak bermisai tebal itu
menang tanpa bertanding!
Mokhzani
dilantik oleh Ahmad Zahid Hamidi sebagai Bendahari Pemuda UMNO kerana
dipaksa oleh MAHATHIR. MAHATHIR meminta Najib Tun Razak (bekas "boss"
Zahid yang pernah mengambil Zahid sebagai Setiausaha Politiknya)
untuk melantik Mokhzani. Zahid patuh, tetapi senjata makan tuan. Kini
Zahid merupakan ahli politik yang tidak berparti, tidak berpenyokong
dan tidak berpengaruh langsung!
Mokhzani
merupakan seorang anak MAHATHIR yang lupa daratan. Sebenarnya
kekayaannya malah makanan yang disuapkan ke mulut anak dan isterinya
setiap hari hasil daripada usaha ayahnya merompak wang
rakyat!
Mokhzani
harus dikalahkan dalam pilihanraya umum nanti. Dia akan bertanding
sebagai calon Parlimen Merbuk, menggantikan Qarun Malaysia Daim
Zainuddin. Pastikan Mokhzani tersungkur! Pastikan si-angkuh ini makan
tanah! ~(sedarlah@egroups.com)
Saturday, October 22, 2016
Mahathir Pernah Jadikan "MALAYSIA NEGARA BANKRUPT"
Fakta ini tidak boleh dibantah lagi. Ini kerana fakta 6 tahun zaman Mahathir dan juga 6 tahun era Najib sudah jadi sebahagian fakta sejarah. Pentaksub Mahathir tidak boleh lagi mengubahnya kerana ia sudah jadi figura sejarah.
Gambar rajah itu jelas menunjukkan “pencapaian hebat” Mahathir selama 6 tahun pertama jadi PM antara 1981 hingga 1987.
Hutang negara berdasarkan pendapatan negara pada zaman Mahathir adalah 138.7%, pada era Najib hanya 74% sahaja.
Begitu juga dengan pertumbuhan ekonomi, zaman Mahathir hanya sekitar 24.6% berbanding pencapaian era Najib yang jauh lebih baik iaitu 62.5%, 3 kali ganda lebih baik dari zaman Mahathir.
Kadar pengangguran zaman Mahathir juga adalah dua kali berbanding era Najib.
Paling diingati adalah defisit bajet pada zaman Mahathir adalah paling teruk dalam sejarah ekonomi Malaysia. (Baca artikel ini )
Kadar hutang 138.7% ketika zaman Mahathir ini sama dengan kadar hutang beberapa buah negara yang mengalami bankrap (lihat grafik di bawah ini).
Lihat angka hutang Greece, 167.9%, Italy 132.7% dan Portugal 129%.
Bermakna jika Mahathir telah menjadikan Malaysia bankrap pada zaman itu.
Menurut New York Times, pada 2016, negara berikut iaitu Greece, Italy, Portugal, Spain, Ireland berada dalam antara 14 negara yang bankrupt di dunia. Tidak ada nama negara Malaysia dalam senarai ini.
Yang menuduh bankrap adalah Mahathir dan Tun Daim. Bukan sekali Mahathir dan Tun Daim menuduhnya, 5 kali.
Apa yang dicakap mereka berdua ini hanya tinggal tuduhan sahaja. Malaysia pada hakikatnya tidak bankrap.
Sebenarnya yang bankrup adalah pentaksub pentaksub Mahathir yang sudah kering modal menyerang Datuk Seri Najib. Berhentilah menyerang.
Akuilah fakta, Malaysia dulu pernah bankrup semasa Mahathir menjadi PM.
Friday, October 21, 2016
# Tiada Lagi Subsidi Perubatan?
Sepanjang hari ini saya telah menerima banyak pertanyaan berkenaan dgn surat seperti di dalam gambar. Surat berkenaan adalah berkenaan perkhidmatan Full Paying Patient (FPP).
Ia menimbulkan panik kononnya selepas ini perkhidmatan hospital kerajaan akan mengenakan bayaran penuh kepada pesakit. Mcm biasa ramai yang mengambil kesempatan demi agenda politik dan tak kurang juga agen insurans yg menakut2kan masyarakat agar membeli insurans.
Sebenarnya perkhidmatan FPP ni sudah agak lama berjalan di sesetengah hospital kerajaan. Ia diperkenalkan agar pesakit yang mahu membayar sepenuhnya kos pembedahan di hospital kerajaan dapat melakukan sedemikan.
Mungkin agak pelik bagi ramai orang mengapa pesakit mahu membayar melalui konsep FPP ini sedangkan perkhidmatan yg disubsidi hampir 95% oleh kerajaan boleh dikecapi mereka.
Dan ramai juga akan berkata, dari bayar doc hospital kerajaan, lagi baik pergi ke hospital swasta. Jauh lebih selesa, berprestij dan cekap.
Jadi kenapa memilih FFP ini? Apa yang ramai tak tahu adalah, ada pakar2 bedah hospital kerajaan yang jauh lagi terer dari doktor pakar di hospital swasta. Malah doktor2 pakar hospital swasta yg ternama juga adalah bekas murid para sifu2 dan mahaguru2 doktor ini yg bermastautin di hospital kerajaan.
Jika anda mengambil pakej FFP ini, anda bebas untuk memilih sifu2/doktor2 tahap dewa ini utk rawat anda secara peribadi kerana anda membayar depa. So surgery mmg akan dilakukan sendiri secara personal oleh pakar yg anda pilih pilih.
Bagi pesakit yg tak mampu bayar, usah risau....pembedahan anda tetap akan dilakukan oleh doktor2 pakar tapi anda tak boleh memilih. Ikut nasib...kalau anda dibedah oleh doktor legend tu untunglah, kalau tak dapat, anda tetap dirawat oleh doktor2 pakar yg cemerlang dan cekap.
Giliran menunggu pembedahan tetap memgikut keutamaan berdasarkan urgency dan emergency sesuatu kes. So tidak ada isu pesakit FFP diberi keutamaan potong que dan mengabaikan pesakit yang tidak mampu.
Disebabkan depa bayar penuh, depa layak lah duduk di dalam wad kelas 1 (itupun jika stabil). Lalu adalah yang akan kata, kami bayar cukai, kenapa kami tak dapat duduk wad kelas 1 tapi yg FFP ni dapat? Jawapannya, hangpa ingat pesakit FFP ni tak bayar cukai ka?
Kenapa sistem perkhidmatan ini diadakan?
Ia adalah usaha kerajaan utk elakkan doktor2 legend ni blah pergi ke swasta. Bagi depa peluang buat duit sikit.
Depa ni kalau gi private gaji depa boleh jadi 5-6X ganda dari apa yang depa dapat sekarang. Tapi depa pilih utk stay kat government.
Tak banyak pun depa dapat dr FFP ni, tapi jadilah dari tak dapat langsung macam sebelum ni.
#Kesimpulan:
1. Sistem FFP ni adalah pilihan. Pilihlah kalau anda mampu. Kan hangpa bising doktor pelatih pasang jarum anda...kalau anda ambik FFP ni, doktor pakar tu sendiri patutnya mai pasang jarum utk anda. Tak mau ka?
2. Bagi pesakit yg tak mampu usah risau, rawatan berkualiti tinggi tetap akan dinikmati oleh anda dengan subsidi melampau (hampir 95%) oleh kerajaan Malaysia.
3. Kalau hangpa marah jugak dgn FFP ni, berkempenlah beramai2 menaikkan gaji doktor agar menjadi setara seperti yang dinikmati oleh rakan2 kami di swasta. Barulah tiada doktor yang lari ke swasta.
4. Kalau takmau tolong kempen naik gaji kami dan tak mau jugak ada FFP ni, belilah insurans dan pergi ke hospital swasta yang anda suka.
*Dr Abdul Rahman bin Abdul Rahman*
Pakar Perubatan
Monday, October 17, 2016
Royalti Minyak Kelantan, Janji Paria Mula Ditabur Mahathir
KERAJAAN Kelantan hanya akan menikmati royalti minyak selepas Pembangkang mampu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)?
Suatu kenyataan 'jijik' daripada Tun Dr Mahathir Mohamed yang secara tiba-tiba menyentuh soal isu yang telah bermain sejak sekian lama itu.
Terbukti Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM telah mula terdesak untuk mengaut sokongan daripada masyarakat majoriti Melayu di negeri 'Che Siti Wan Kembang'.
Sedarkah Dr Mahathir bahawa di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan jelas menyebut : "Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976? Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969)."
Dr Mahathir sebenarnya telah lama akui bahawa negeri Kelantan tidak layak terima royalti minyak berikutan kesemua pelantar minyak dan gas berkenaan berada di luar persisir pantai negeri iaitu pada 5.56 kilometer (3 batu nautika).
Malah, Dr Mahathir sendiri tidak menyokong usaha berkenaan semasa dia bersama UMNO suatu ketika dahulu kerana dia sedar hal sebenar.
Dia sendiri juga turut didakwa terlibat dalam pengstrukturan royalti dan pendaratan minyak semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, sebaliknya beliau hanya buat-buat lupa kerana menyangka orang lain sudah nyanyok dan mudah alpa.
Juga Dr Mahathir cerdik bermain emosi rakyat negeri berkenaan. Dia tahu, dengan memainkan persepsi royalti ini, ia mampu dengan mudah untuk mengemis simpati rakyat negeri Kelantan.
Adakah rakyat Kelantan sudah lupa atau saja buat-buat lupa pekara yang pernah dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Parlimen tetapi tidak sempat dibincangkan berikutan kesuntukan masa?
Anwar Ibrahim pernah membawa usul bagi meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat dengan tujuan agar royalti diberi kepada negeri Kelantan.
Ini bermakna pembangkang sendiri tahu jika Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak dipinda, sampai bila-bila negeri Kelantan tidak berhak mendapat royalti tersebut.
Perkara utama perlu diketahui oleh rakyat Kelantan adalah, jika layak menerima royalti, Dr Mahathir tidak akan menanam harapan royalti akan diperolehi setelah pembangkang menguasi persekutuan, dia pastinya akan berucap dengan nada lain.
Tujuan usul itu ke Dewan Rakyat adalah semata-mata mahukan Akta Petronas 1974 dipinda supaya membolehkan royalti dibayar bagi mana-mana penggalian minyak atau gas dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Siapa yang meminda dan bertanggungjawab mengubal dan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 hingga menyebabkan negeri Kelantan tidak layak menerima royalti minyak? Siapa lagi jika tidak lain tidak bukan Perdana Menteri yang memegang kuasa selama 22 tahun.
Dalam isu ini juga rakyat harus baca kembali kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang yang menjelaskan bahawa sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Takkan sudah lupa, suatu ketika dahulu Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang berkenaan disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.
Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (rujuk Bernama - 1November, 2000).
Walaupun rentak dan senario para ahli politik yang memperjuangkan atau terlibat dalam isu royalti minyak ini telah berubah, tetapi kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.
Hakikatnya, Dr Mahathir cuba menggaburi mata rakyat negeri Kelantan dengan isu royalti minyak ini kerana dia amat trauma dan takut untuk berbicara soal hukum Hudud di hadapan rakyat negeri berkenaan.
Walhal, isu yang lebih aula bagi Kelantan sekarang adalah Hudud dan pemerkasaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 yang kini dalam proses pindaan.
Thursday, October 13, 2016
GEMPAR : Bukti Dokumen Shafie Apdal Mengawal Semua Projek Di KKLW Yerdedah! Rasuah Bekalan Air Luar Bandar Ratusan Juta Terbongkar
GEMPAR: BUKTI DOKUMEN SHAFIE APDAL MENGAWAL SEMUA PROJEK DI KKLW TERDEDAH! RASUAH BEKALAN AIR LUAR BANDAR RATUSAN JUTA TERBONGKAR
Shafie Apdal adalah Mantan Menteri KKLW yang paling pandai menggunakan kuasanya. Lembaga Perolehan A atau B Shafie Apdal yang akan arahkan KSU/TKSU 1.
Menurut catatan Artikel Captain M sebelum ini telah mendedahkan bagaimana Dato' Seri Shafie Apdal bekas menteri KKLW itu terlibat dengan kes rasuah terbesar lebih RM 114 juta di Sabah. SPRM telah mengesahkan Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah dan Teo Chee Kong Timbalan Pengarah mendapat manfaat dari projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. 38 syarikat iaitu 17 syarikat dimiliki adik beradik dan proksi Ag Tahir Pengarah dan 21 Syarikat oleh Timbalan Pengarah telah disiasat dan kita yakin syarikat-syarikat ini turut mendapat manfaat dari kuasa Menteri KKLW ketika itu.
2. Tan Sri Pairin Kitingan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah juga menafikan kementeriannya mendapat peruntukan terus daripada KKLW.
3. 10 Oktober lalu Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah membabitkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah. Beliau yakin siasatan membabitkan peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah KKLW dari tahun 2010 hingga 2015 dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh."Saya akan mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai projek BALB yang disalurkan ke Jabatan Bekalan Air Sabah dari Bahagian Insfrastruktur KKLW".
BAGAIMANA SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASANYA?
4. Bayangkan peruntukan yang diberikan kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilion dan RM28.4 bilion pada RMK10. Projek NKRA Luar Bandar KKLW sahaja menerima peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion. Shafie Apdal, Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah (ketika itu), dan para Pengarah agensi serta jabatan di negeri bersekongkol sesama mereka merompak peruntukan ini.
5. Shafie Apdal memperalatkan Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) iaitu "memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi Kementerian-kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan"
6. Walaupun Shafie mengarahkan KSU KKLW untuk Tugas-tugas Perolehan sejak 2011 dan 2013 untuk penurunan kuasa Kontrak penentuan projek tetap dipengaruhi arahan Shafie Apdal
7. Berbanding Menteri-menteri lain Shafie Apdal satu-satunya Menteri yang menggunakan kuasanya Akta Kontrak 1949 dengan cara menurunkan kuasa kepada pegawainya setiap projek KKLW. Cara ini dapat memastikan KSU dan TKSU melaporkan terus kepadanya selaku Menteri bagi memastikan projek di beri kepada proksi atau kroninya. Malah beliau dapat mencampuri segala urusan perolehan Kementerian.
Berikut contoh Projek yang diluluskan oleh Lembaga Perolehan A yang sebelum itu telah diminitkan sokongan oleh YB Dato Seri Shafie Apdal, diluluskan dalam jawatankuasa tender, harga hinggalah Lembaga Perolehan A /B. Shafie Apdal memastikan semua proksi atau kroninya dapat projek KKLW.
Shafie menentukan Pegawai menandatangani Kontrak/ LOA KKLW termasuk projek KKLW di Sabah dan Sarawak. Ada juga beliau menurunkan kuasa kepada Pengarah JKR Negeri/ Jabatan Air bagi projek JALB, BALB dan BELB. Secara langsung Shafie mengetahui syarikat mana yang mendapat projek KKLW sebagaimana arahan Shafie sebelum Lembaga Perolehan A atau B KKLW.
8. Begitulah Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW. Beliau terlalu berlagak suci untuk tidak melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Projek KKLW yang disalurkan kepada Jabatan Air Negeri Sabah tetap mempunyai unsur seperti yang didedahkan di atas. KSU atau TKSU dan mana-mana pegawai KKLW yang engkar arahan akan dipindahkan. Malah para pegawai yang melaksanakan agendanya seperti KSU, TKSU, SUB, TSUB, KPP, teknikal di KKLW kaya raya sekarang. Kerjasama Dato' Sri Ismail Sabri Menteri KKLW yang baru bukan sahaja akan membantu kes di Sabah tetapi juga bakal membongkar kegiatan pegawai KKLW.
Bandingkan cara Tan Sri Muhyiddin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Shafie Apdal lebih "ganas" dalam membolot projek.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MUNGKIN TIDAK MENGGUNAKAN SISTEM SHAFIE APDAL. SISTEM SHAFIE APDAL MEMANG AKAN MEMONOPOLI SEMUA PROJEK KEMENTERIAN. SHAFIE DAN PEGAWAINYA AKAN MENGETAHUI 'ALIRAN' DOKUMEN ITU BERGERAK DI KKLW SEPERTI JAWATANKUASA SPESIFIKASI, BUKA TENDER, TEKNIKAL, PENILAIAN HARGA SEHINGGALAH LEMBAGA PEROLEHAN A DAN B.
KES-KES BERANI SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASA
9. Sekitar tahun 2011, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, secara jelas telah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (SE) agar meluluskan projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah secara Tender Terhad kepada 10 syarikat PKK Kelas B di Negeri Sabah.
10. Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002 jelas menyebut bahawa semua tender melebihi RM10 juta perlu kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Ini bermakna kuasa tender KKLW di bawah RM10 juta adalah di bawah kuasa sepenuhnya Menteri KKLW.
11. Adalah jelas Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam Lembaga Perolehan KKLW untuk Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah.
12. Namun selepas tender dijalankan, kos melaksanakan projek tersebut melebihi had tender PKK Kelas B dan terpaksa melantik Syarikat Juz Jati Sdn Bhd (Syarikat Kelas B) dengan harga RM 11 juta. Entah bagaimana Jawatankuasa Spesifikasi dan penilaian tender melakukannya. Yang pasti JKR Sabah memberikan kos berlebihan. Bermakna berlaku unsur "kawtim" menaikkan harga. Tak mungkin jawatankuasa diperingkat Spesifikasi dan harga tidak dapat mengesan kos sebenar projek.
13. Sehubungan itu KKLW terpaksa membuat permohonan semula kepada Kementerian Kewangan agar meluluskan projek tersebut di atas secara khas memandangkan segala urusan tender dan pelantikan kontraktor telah dibuat.
14. Bagaimanapun Kementerian Kewangan melalui suratnya S.K.KEW/PL/KI 1/700/810209/156/12-43 JLD 12 SK 3 (7) bertarikh 3 Oktober 2011 telah memaklumkan kepada KKLW bahawa pelaksanaan tender terhad bagi projek di atas tidak teratur kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002.
15. Angkara siapakah ini? Berlaku kelam kabut ketika itu. Dikatakan ini adalah komplot kontraktor dengan KKLW. Setiausaha Sulit Menteri KKLW, Dr Najmil Faiz bin Mohamad Aris, telah memberi memo kepada TKSU atas atas arahan Menteri KKLW agar meluluskan projek ini kepada 10 syarikat kelas B dalam kumpulan pakatan Syarikat Juz Jati Sdn Bhd.
16. Dr Najmil Faiz telah mengarahkan agar surat kelulusan KKLW dibuat kepada syarikat dan termasuk surat permohonan kelulusan khas kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Akhirnya projek ini tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan perlu ditender semula secara terbuka. Ini satu cara bagaimana Pegawai dan menteri menggunakan kuasa Akta Kontrak 1949.
17. Mengapa Menteri KKLW ini mudah dipengaruhi oleh Dr Najmil dan TKSU sehingga sanggup campur tangan dalam tender KKLW? Bukankah sudah jelas dalam pekeliling bahawa semua tender melebihi RM10 juta mesti dengan kebenaran Kementerian Kewangan.
18. Kes ini pernah didedahkan suatu ketika dulu. KKLW sentiasa mengulangi kesilapan demi kontraktor. Buktinya sekali lagi Menteri KKLW mengarahkan projek Kelas B dibawa ke MOF semula kerana melebih kos. Projek Jalan Kangkau (Langkau)-Narambai, Ranau, Sabah rujukan S/K.KEW/PK/KI 1/700/810209/156/22 JLD 15 SK 4 (4). Projek Jalan Keningau berulang ditempat lain. Projek CIDB G6 (dulu PKK Kelas B) dinaikkan kos sehingga RM16,035,890.00 dan melantik kontraktor Jutawan Emas Sdn Bhd. Sekali lagi Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan menolak permohonan KKLW.
Berkuasa tak Shafie Apdal? Dia fikir dengan menaikkan kos projek dan kawtim dengan JKR Negeri maka MOF akan meluluskan dengan mudah? Jika ini dibiarkan sudah tentu KKLW akan meluluskan semua Projek bernilai bawah RM10 juta dalam Lembaga Perolehan A kemudian meminta kelulusan khas dengan MOF kerana terlebih bajet. Namun taktik Shafie Apdal tidak berjaya
19. SPRM boleh menyiasat berapakah jumlah projek yang diluluskan oleh KKLW secara tender terhad dibawah nilai RM10 juta? Dimana MOF tidak mencampuri urusan ini. Kecuali CIDB G7 yang memerlukan perakuan semula di MOF selepas disahkan Lembaga Perolehan A KKLW. Hanya dikatakan selepas KKLW berlebihan menggunakan kuasa menteri meluluskan Tender Terhad G6 barulah MOF memberi arahan kepada KKLW bahawa mereka perlukan kelulusan MOF!.
20. Begitulah berkuasanya Menteri KKLW ketika itu. Pegawainya pun berkuasa. Tidak hairan kes yang di Sabah baru ini adalah "Tip of The Iceberg". Pasti banyak lagi terbongkar. Jadi penyelewengan peruntukan RM3.3B itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Apatah lagi kalau pegawai boleh menyimpan "cash" RM 45 juta dirumah. Cuba periksa kekayaan adik-adik Shafie Apdal Hj Yusuf Apdal, Haji Hamid, Haji Zul malah anak buahnya Dato' Azis Jaman mantan Ketua Pemuda Semporna sekarang punya kenderaan mewah "hummer". Lagi mahu berlagak suci!