Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, November 29, 2016

KDN & ROS Didesak Dedah Hasil Siasatan Penyelewengan Pemilihan DAP

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) didesak mengumumkan hasil siasatannya terhadap DAP berhubung status terkini parti berkenaan susulan dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Zulkifli Mohd Nor yang dipetik AIDCNews berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap parti terbabit tanpa sebarang layanan istimewa jika didapati melanggar undang-undang.

Beliau merujuk kepada siasatan Jabatan Pendaftar, ROS, terhadap aduan bekas ahli DAP bahawa berlaku kepincangan dalam pemilihan parti pada tahun 2013, dan juga penubuhan cawangan parti terbabit.

Namun selepas tiga tahun, hasil siasatan masih belum didedahkan oleh ROS menyebabkan DAP terus berfungsi tanpa sebarang halangan.

Zulkifli merupakan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang turut bertanding merebut tempat 20 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada pemilihan 15 Disember 2012, namun beliau tewas.

Semalam, AIDCNews mendedahkan pemilihan Ahli CEC DAP ke-16 pada 15 Dis 2012 diakui sendiri parti itu sebagai kesilapan teknikal melalui manipulasi pengiraan dalam komputer.

Pengakuan DAP tentang kesilapan teknikal pemilihan DAP 2012

Melalui sistem manipulasi itu, Zairil Khir Johari yang sepatutnya kalah telah dimenangkan dan Wu Him Ven (Vincent) yang sepatutnya menang salah seorang daripada daripada 20 anggota CEC telah dikalahkan.

DAP mengubah keputusan rasmi diumumkan pada 15 Dis 2012 yang mencatatkan Zairil Khir Johari tewas kepada menang pada 3 Januari 2013, iaitu kira-kira 19 hari selepas pemilihan tersebut

Akibat keputusan yang diubah secara teknikal itu, ROS telah mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula.

Dalam pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013, keputusannya yang diumumkan parti itu hampir sama seperti pemilihan 15 Disember 2012, kecuali nama Zairil yang dimenangkan secara sah.

Walau bagaimanapun, sampai sekarang ROS tidak memaklumkan sama ada pemilihan semula DAP yang diadakan pada 2013 itu sah atau sebaliknya.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.