Propaganda yang dibuat oleh dunia barat adalah
untuk menguasai dunia. Ia selaras dengan kehendak Freemason dalam agenda New
World Order.
Sebelum muncul NWO ia lebih dikenali sebagai One
World Government. NWO digunapakai dan
dipopularkan oleh Presiden George Bush dalam tahun 1990.
NWO dilaungkan oleh Bush untuk membentuk dunia
yang aman daripada pengganas.
Mereka jugalah yang mewujudkan jihad mujahidin dan
Daesh dan akhirnya dengan alasan keamanan dan kesejahteraan dunia Iraq diserang
hingga ranap sebuah kerajaan yang bertamadun sejak era Babylon.
Propaganda barat telah sebati dalam negara kita.
Ramai ahli politik kita cenderung ke arah polisi mereka terutama Anwar Ibrahim
dan Mahathir.
Mahathir mungkin tak nampak sangat agendanya
tetapi Anwar dan NWO ketara sangat selepas menubuhkan parti Keadilan.
Mungkin kita tak pernah mengenali Gene Sharp.
Siapa kah individu ini?
Sharp adalah bapa segala syaitan yang telah
mengajar manusia tentang revolusi rusuhan yang menyebabkan beberapa negara Arab
runtuh.
Malaysia tak terkecuali kerana ada talibarut
mereka yang berjaya menjadi wakil rakyat yang disanjung oleh Melayu pkr dan
Melayu pas. Mereka ialah Tian Chua dan Elizabeth Wong. Kedua dua ini berada
dalam pertubuhan NED ( New Endowment for Democracy).
Demonstrasi Reformasi tahun 1998 dan Bersih
sehingga siri ke 5 adalah agenda NED dan NWO.
Termasuk isu tuduhan kematian rakyat Mongolia dan
pembelian kapal selam.
Isu kapal selam terus sepi kerana pembohongan
mereka terdedah sebab tiada kes yang disebut di mahkamah Perancis. Dua peguam upahan yang di usung ke Malaysia
pun kini hilang tanpa berita.
Sejak 2013 1mdb pula menjadi topik utama
pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.
Sarawak Report dan Wall Street Journal menjadi
perkakas baru untuk menjatuhkan kerajaan terutama Najib.
Di sini terserlah tembelang Mahathir yang
dahulunya konon tidak mempercayai media barat tetapi sengaja atau tidak telah
mengikut telunjuk barat.
Jika dahulu kita tidak sedar atau tidak tahu
bahawa Mahathir juga terpengaruh dengan NWO.
Tetapi kini telah didedahkan bahawa binaan KLCC dan beberapa binaan di
Putrajaya mempunyai ciri ciri Freemason.
Portal AIDC NEWS banyak membongkar kegiatan
songsang dan songlap Anwar Ibrahim.
Kadang kadang mengajar lembu lebih sukar dari
mengajar manusia.
Begitu jugalah apabila melibatkan cai munga
Politik Sabotaj Melalui Pemalsuan Fakta Arah
Aliran Wang Dari Entiti Berkaitan 1MDB.
Entiti Pertama: Tanore Finance Corporation
■
Tanore Finance Corporation merupakan syarikat yang menyalurkan wang derma,
sumbangan anak arwah Raja Abdullah Raja Arab Saudi kepada DS Najib menerusi
Falcon Bank di Singapura ke akaun peribadi DS Najib di AmPrivate Bank Kuala
Lumpur. Sejumlah AS$681 juta wang dimasukkan ke
akaun DS Najib pada awal Mac 2013.
■
Portal Sarawak Report yang memetik laporan akhbar WSJ sekali lagi mendakwa
AS$650 juta (RM2 bilion) dipindahkan dari akaun peribadi DS Najib di AmPrivate
Bank Kuala Lumpur ke akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Bank Singapura
pada hari akaun di AmPrivate Bank ditutup 30 Ogos 2013.
■
Provokasi terhadap DS Najib tercetus apabila siaran akhbar WSJ pada 2hb Julai
2015 mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke
dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
■
Ekoran dari laporan WSJ itu, pada 5hb Julai 2015 DS Najib mengumumkan akan
memfailkan saman FITNAH terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan
WSJ yang mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6
bilion.
■
DS Najib menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau.
■
Peguam DS Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun telah menulis kepada Peguam Kanan
WSJ iaitu Philip Jeyaretnam, untuk bertanya sama ada akhbar yang berpejabat di
Amerika Syarikat (AS) itu akan menggunakan SPEECH ACT jika pihak DS Najib
mengeluarkan saman terhadap WSJ.
■
Kerana Akta SPEECH akan melindungi syarikat Amerika, khususnya syarikat media,
daripada berdepan penghakiman fitnah dari pihak luar negara itu.
http://m.malaysiakini.com/news/314064
■
Telahan dan sangkaan pihak peguam DS Najib adalah tepat, di mana pihak peguam
WSJ akan tetap menggunakan AKTA SPEECH jika DS Najib menyaman akhbar mereka.
■
AKTA SPEECH telah diluluskan oleh, bekas Presiden AS Barrack Obama pada kongres
2010 bagi melindungi penulis, ahli akademik, dan wartawan negara AS dari
dikenakan tindakan undang2 daripada negara lain.
■
Akta SPEECH (Ikatan Perlindungan terhadap Warisan Perlembagaan Kukuh dan
Berpanjangan) di Amerika menyatakan sabitan memfitnah yang dikeluarkan dari
negara lain
tidak boleh dikuatkuasakan di Amerika Syarikat,
kecuali jika ia konsisten dengan undang2 Amerika Syarikat.
■
Speech Act was signed into law by Ex-President Barack Obama on August 10, 2010
at the 111th United States Congress
Speech Act ( Securing the Protection of our
Enduring and Established Constitutional Heritage Act)
The Act amends Part VI of title 28, United States
Code, by adding a new section 181 titled "Foreign Judgments". The
legislation as signed contains findings that overseas libel claims have a
chilling effect on free speech, matters of "serious public interest",
and investigative journalism, and that internationally, little has been done
about this. The laws implemented are that:
Article no. 1 - no. 6 (Please Read)
https://en.m.wikipedia.org/wiki/SPEECH_Act
■
Rentetan daripada tuduhan dan dakwaan siaran berita akhbar WSJ berkenaan wang
RM2.6 bilion yang dijadikan isu oleh pihak parti pembangkang terutama dari
YB Rafizi Ramli, YB Tony Pua dan bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, telah memaksa satu siri siasatan secara
menyeluruh dijalankan bagi melihat kebenaran fakta kes wang RM2.6 bilion ini.
■
Beberapa siri serbuan telah dilakukan oleh pasukan petugas khas yang dibentuk
dari gabungan pihak SPRM, PDRM dan BNM. Kes ini juga melibatkan pembekuan
akaun2 pihak yang disyaki terlibat dengan aktiviti pemindahan dana yang disyaki
dari 1MDB.
■
Pada 3hb Ogos 2015 SPRM telah mengumumkan kepada media, bahawa hasil siasatan
SPRM mendapati dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh
pihak tertentu.
■
SPRM juga mendapat tahu tentang butiran penderma adalah berasal dari Timur
Tengah melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat 4
surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar
dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri.
■
Dalam dokumen itu ada dijelaskan SUMBANGAN RM2.6 bilion adalah sebagai DERMA.
Sumbangan derma RM2.6 billion itu TIADA KAITAN
langsung dengan 1MDB.
http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/449-penjelasan-mengenai-isu-dana-rm2-6-bilion-dan-siasatan-src-international
■
Sidang media yang diadakan pada 26hb Januari 2016 di Putrajaya, Peguam Negara
Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada apa2 kesalahan jenayah dilakukan DS
Najib berkaitan siasatan kes dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke
dalam akaun bank Perdana Menteri.
■
Dalam siri siasatan pihak SPRM, mereka telah bertemu dan merakam percakapan
saksi2 termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan
tersebut diberikan kepada PM secara peribadi.
■
Amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan
peribadi daripada kerabat DiRaja Arab Saudi pada 2013. Daripada jumlah itu
sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun
yang sama. Tiada syarat dikenakan oleh penderma kepada DS Najib, ia dibuat atas
dasar kepercayaan dan kepimpinan DS Najib berhubung isu2 utama.
■
Ketiga2 kertas siasatan berhubung 2 kes berkenaan dikembalikan kepada pihak
SPRM dengan arahan supaya ia ditutup.
■
Pada 13hb Mac 2016, Setiausaha Akhbar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia DS
Tengku Sariffudin melaporkan, buat pertama kalinya, Wall Street Journal (WSJ)
terpaksa mengakui bahawa dana yang disalurkan kepada DS Najib adalah dari Arab
Saudi.
■
Hampir setahun WSJ menafikan bahawa dana tersebut adalah daripada Arab Saudi.
Permainan persepsi dan prejudis dari akhbar WSJ menyebabkan DS Najib, Peguam
Negara dan kerajaan Malaysia menjadi mangsa keadaan.
■
Namun, hasil kerja keras semua pihak termasuklah peguam negara TS Apandi Ali
yang terpaksa melakukan penyiasatan menyeluruh ke atas bukti2 termasuklah bukti
pemindahan atas talian serta menjalankan temubual khusus bersama keluarga
DiRaja Arab Saudi akhirnya memihak kepada Y.A.B Perdana Menteri, bahawa dana
tersebut adalah bersumberkan dari keluarga DiRaja Arab Saudi.
■
Terdapat juga akhbar2 dari beberapa negara melaporkan yang wang RM2.6 bilion
tersebut adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah bukannya wang dari 1MDB.
Di antara akhbar2 tersebut adalah;
1. 21hb Januari 2016 British Broadcasting
Corporation telah mengesahkan duit itu adalah derma dari Keluarga DiRaja Arab
Saudi.
"The secretive donation to Mr Najib was
allegedly paid over in several wire transfers between late March 2013 and early
April 2013, just ahead of the election on 5 May.The well-placed Saudi source,
who has asked not to be named, told the BBC the payment was authorised from the
very top - from Saudi Arabia's late King Abdullah - with funds coming from both
his personal finances and state funds".
http://www.bbc.com/news/world-asia-35409424
2. 29hb Mac 2016 ABC Four Corners telah pun sahkan
duit RM2.6b adalah derma dari Keluarga DiRaja Arab Sudi
http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-03-29/malaysia-s-najib-got-funds-from-saudi-finance-ministry-abc-says
3. State media - Channel NewsAsia.
"Saudi minister says donation to Malaysia's
Najib was genuine".
http://www.channelnewsasia.com/mobile/asiapacific/saudi-minister-says/2698288.html?cx_tag=undefined&cid=tg:recos:undefined:standard..
https://www.facebook.com/groups/1037411156279467/permalink/1429150833772162/