Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, June 5, 2017

Bar Council disaman Shafee Abdullah 2015




Berita 31 Mac 2015

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan saman fitnah terhadap Majlis Peguam Malaysia dan tiga yang lain kerana cuba membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunan (AGM) majlis itu dua minggu lalu, kata peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin.

"Ya, anak guam saya memfailkan saman fitnah sebagai tindakan terhadap defendan," katanya kepada The Malaysian Insider.


Shafee memfailkan saman itu dan satu injunksi menghalang Majlis Peguam, bekas Presiden Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George pada 12 Mac.

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/547906-shafee-fail-saman-fitnah-terhadap-majlis-peguam-dan-peguam.html

Pada Mac 10 2016, Bar Council kalah:

PUTRAJAYA: Lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah has succeeded at the Federal Court to challenge the Bar Council over a decision to fine him RM5,000 for misconduct after he gave a press interview that was deemed to be self-serving.

“This is a landmark judgment as the apex court had decided for the first time what amounts to publicity and advertisement,” he said.

“This is the first time such a case against the Bar Council was deliberated up to the Federal Court and with such an outcome,” he added.


http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/10/court-rules-in-lawyers-favour-bar-council-ordered-to-pay-muhammad-shafee-rm50000-over-fine/ 



Kemana dana hampir RM20 bilion ketika Shafie Apdal jadi menteri, soal Gaum


Post Pic


SHAH ALAM: Apa sudah jadi dengan dana hampir RM20 bilion yang diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) semasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi menteri?

Itu soalan yang diajukan Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno (Gaum), Datuk Zulkarnain Mahdar.

"Projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah pada tahun 2011. Sepatutnya kira-kira 12,000 pengguna yang terlibat dalam projek berkenaan sudah dapat menikmati bekalan air bersih , namun yang berlaku sebaliknya.

"Masih banyak keluhan disuarakan rakyat berkenaan bekalan air bersih ini, khususnya mereka yang menetap di Pulau Gaya. Mengapa projek ini gagal? Dan kenapa projek ini  tidak diketahui oleh pihak kerajaan negeri?, soal Zulkarnain dipetik temubualnya bersama akhbar Mingguan Malaysia, hari ini.

Ujar Zulkarnain lagi, Shafie gagal sebagai seorang menteri untuk membawa perubahan dan tidak ikhlas berkhidmat untuk rakyat Sabah, sepanjang lima tahun mendiami kerusi empuk di Putrajaya.

Beliau berkata demikian mengulas tindak tanduk Shafie sekarang yang begitu beriya-iya menjelajah seluruh Sabah, kononnya untuk mrmbrla nasib penduduk negeri itu.

"Banyak isu mengenai jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih tidak diselesaikan Shafie walaupun kementerian di bawah beliau telah  menerima hanpir RM20 bilion daripada kerajaan dalam tempoh berkenaan.

"Meskipun kerajaan Persekutuan memperuntukkan sehingga RM3  bilion ke RM5 bilion setahun kepada KKLW yang diterajui Shafie sebelum ini, namun masih banyak lagi jalan-jalan kampng yang perlu kepada penambahbaikan khususnya di luar bandar," ujarnya.

Zulkarnain juga berkata beliau hairan mengapa Shafie tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Sabah, untuk berbincang mengenai keperluan rakyat negeri itu, sepanjang tempoh beliau menjadi menteri.

"Setahu saya dia tidak pernah mengadakan pertemun dengn Datuk Seri Musa Aman dan menteri-menteri Kabinet negeri untuk membincangkan perkara ini.

"Tindakannya membelakangkan peranan Pejabat Daerah seumpama membelakangkan rakyat negeri di seluruh Sabah kerana organisasi ini nenounyai maklumat yang tepat kemudahan infrastruktur yang perlu kepada penambahbaikan segera.


"Malah pejabat Daerah mempunyai jawatan Majlis Tindakan Daerah bagi mengenalpasti setiap masalah rakyat," ujarnya panjang lebar.



FITNAH 28,000 PENGUNDI BARU DITEMPATKAN DI KEM ASKAR SELANGOR. ( ULANGAN FITNAH 40 RIBU BANGLA MENGUNDI )




Pada 30 mei 2017 pemuda amanah membuat aduan terhadap SPR.
Ada 2 laporan yang dikemukakan.

Pertama mengenai RDPT iaitu rang daftar pemilih tambahan. Ia lebih merujuk kepada pertambahan daftar pengundi baru pada suku pertama tahun 2017. Suku pertama merujuk kepada januari feb dan mac.


Dakwaan ingus ni dah dijawab. Politik kalau nak masuk perlu pakai otak. Ada setengah orang pakai google tapi kebanyakan orang pengalaman dia gunakan pengalaman bertahun politik untuk bercakap mengenai politik.

Pemuda ingus pan ni lebih pakai lutut. Dibuatnya repot polis pasal tak puas hati pengundi baru ramai.

Apa punya gila generasi pelapis politik sebegini ? Kenapa hendak dinafikan hak pengundi baru ?

Gagal memahami ke bahawasanya politik sekarang sudah difahami sepenuhnya oleh pengundi baru dalam mencorakkan masa depan negara ?

Tolong jangan pakai lutut bila nak berhujah politik.

Rujuk sini

http://gerakan-anti-pkr-new.blogspot.my/2017/05/pemuda-amanah-tambah-rosak-nama.html

Dakwaan 28000 ribu pengundi baru di kem ( juga di selikan dengan kenyataan media ong kian ming yang dakwa 28000 pengundi baru didaftarkan di kem. )


Mengenai dakwaan 28000 ribu pengundi kategori ( pasukan keselamatan askar dsbnya ) di selangor. Lebih tepat ditempatkan di selangor.

http://ongkianming.com/2017/05/31/kenyataan-media-adakah-suruhanjaya-pilihanraya-spr-sedang-cuba-untuk-menambahkan-pengundi-melalui-pintu-belakang-untuk-membantu-bn-memenangi-pru-yang-akan-datang/

Jawapan sebenarnya

Hanya 1,170 daripada lebih 28,000 anggota tentera dan ahli keluarga yang ditambah dalam senarai pemilih adalah di Selangor, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri berkata, penolong pendaftar pemilih ditempatkan di setiap kem tentera di Selangor menyemak daftar nama anggota tentera.

“Sama ada tentera baru atau tentera yang bertukar kem itu saya tidak pasti, tetapi jumlah itu adalah tentera berserta pasangannya,” katanya kepada FMT.
DARIPADA 28000 itu hanya 1170 di selangor.


Manakala bakinya di bawah iaitu di negeri-negeri lain. ( perlu ingat ini dalam kategori samada petugas berpindah kem, pelatih baru yang layak mengundi serta pasangan mereka.)




Mana Lim Guan Eng Dapat Duit Bagi Tampung Kenaikan Kos Operasi Sebanyak 500%?

Dapat duit dengan jual tanah ke bro?

*Langkah Kerajaan Pulau Pinang Jual Aset Rakyat Tampung Lonjakan Perbelanjaan Operasi Bukan Tadbir Urus Sihat*

1. Kami menghargai reaksi dari YAB Lim Guan Eng terhadap kenyataan kami sebelum ini yang mengesahkan Kerajaan Pulau Pinang secara berterusan menaikkan kos operasi kerajaan negeri sejak DAP mengambil alih pentadbiran pada 2008. Kos operasi bagi tahun 2017 ialah 500 peratus daripada apa yang dibelanjakan pada 2008.

YAB Guan Eng turut mengakui perbelanjaan pentadbiran serta kos operasi yang tinggi adalah satu keperluan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan.

2. Kita juga turut maklum, bagi tempoh yang sama, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan hanya meningkat 35 peratus berbanding 500 peratus di Pulau Pinang.

3. Bagaimanapun, YAB Guan Eng tidak menjawab bagaimana Kerajaan Pulau Pinang mampu menjana pendapatan bagi menampung kenaikan 500 peratus bagi perbelanjaan tahunan namun masih mencatatkan lebihan.

4. Adakah ia dana dari Kerajaan Persekutuan, atau dari cukai yang dikenakan terhadap penduduk Pulau Pinang sebanyak lima kali ganda melalui kenaikan cukai penilaian harta, denda dan menaikkan kadar bekalan air empat kali ganda? Atau, adakah ia hasil dari peningkatan jualan tanah serta aset kerajaan negeri?

5. Jika pendapatan tambahan itu adalah dari penjualan tanah serta aset kerajaan negeri, mengapa Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh menjual sebidang tanah lagi yang bernilai RM1 bilion bagi mengelak meminjam dari Bank EXIM di China yang akan turut melibatkan kos faedah?

Adakah dengan menjual aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan bagi menampung kenaikan perbelanjaan operasi tahunan yang besar boleh dianggap sebagai satu tadbir urus yang baik bagi jangka masa panjang?

6. Adakah kerana sekarang ini tiada lagi tanah kerajaan negeri yang bernilai untuk dijual sebagaimana dinyatakan oleh Exco Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow baru-baru ini?

7. Kami juga inginkan pengesahan dari YAB Guan Eng sama ada apa yang dinyatakan YB Chow kepada The Edge pada 22 Julai 2016 adalah tepat dengan menyatakan kos projek Pelan Induk Pengangkutan Awam (PMTP) Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion, yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM19 bilion.

8. Jika ia benar, bagaimana Kerajaan Pulau Pinang akan menampung kenaikan RM19 bilion itu? Adakah ia dari pinjaman daripada Bank EXIM atau dari bank lain?

*Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional*

Saturday, June 3, 2017

Itulah Sebabnya Tun M Halang Pakatan Harapan Namakan Siapa Calon PM





MAHATHIR dan Pakatan Harapan sebenarnya curiga mencurigai antara satu sama lain. Mahathir dalam satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 30 Mei berkata "calon PM tidak dibincangkan semasa mesyuarat itu"

Dua hari lepas itu sahaja, Mahathir buat pengumuman dia mahu jadi Perdana Menteri lagi dalam satu temubual live di Facebook.

Ini bukan berpakat, ini pakatan untuk sebat apa yang patut dapat. Sebab itu mereka masing masing mahu ambil kesempatan sahaja.

Tiada niat memikirkan hal rakyat pun.

Pakatan Harapan tetap berhati hati dengan “burung hinggap pada waktu malam”. DAP takut dengan PPBM dan PKR juga bimbang dengan PPBM. Masing masing gila rebut kuasa dan curiga antara satu sama lain.

Mahathir terpaksa namakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri jika PH menang PRU14 kerana tidak mempercayai DAP, PKR dan PAN.

Apa sebenarnya muslihat Mahathir? Sebab itu dari awal lagi Mahathir tidak menamakan langsung siapa bakal PM Pakatan Harapan dan tidak mahu angkat plakad Anwar PM ke-7.

Mahathir mahukan anaknya menjadi Perdana Menteri tetapi  menggantikan nama anaknya kepada dirinya sendiri, memandangkan PH pasti menolak pencalonan nama anaknya, Mukhriz sebagai PM. Ini muslihat Mahathir.

Inilah dia sebenarnya nama yang Mahathir mahukan sebagai PM. Inilah yang menyebabkan dia menjatuhkan Abdullah Badawi dan kini mahu menjatuhkan Najib pula sebagai Perdana Menteri.

Bukan kerana 1MDB atau apa apa alasan yang diberi olehnya.

Bersama Mahathir ada banyak bagasi yang menyebabkan “kuasa Perdana Menteri” mesti milik legasinya atau dirinya sendiri.

Mahathir takut jika penggantinya tidak melindungi skandal kewangan yang pernah dilakukannya. Skandal yang yang belum pernah disiasat dan projek mega yang mengalir kepada kroni kroninya.

Mahathir mahu sendiri jawatan PM untuk menjadi "seat warmer" sahaja seperti Wan Azizah. Mahathir tiru strategi Wan Azizah yang mahu beri "seat" itu nanti pada suaminya. Mahathir pula mahu beri "seat" itu pada anaknya.

Mahathir takut jika Anwar atau Wan Azizah menjadi Perdana Menteri anaknya akan "terlepas bas" nanti. Berputih matalah tidak dapat jadi PM.

Mahathir mahu jadi PM sebab mahu Wawasan 2020 diisytiharkan oleh legasinya sendiri dan bukan Perdana Menteri lain.

Sebab lain kenapa Mahathir mahu jadi Perdana Menteri adalah kerana mahu kuasa PM itu dalam tangan legasi atau dirinya sendiri. Sebab ada perkara yang tidak boleh diberitahu kepada orang lain untuk diluluskan.

Jika diberitahu kepada Abdullah atau Najib , maka ia akan terdedah bahawa dia ada buat perkara tidak elok. Maka atas sebab itulah Mahathir mahu kuasa Perdana Menteri itu  pada dia sendiri atau legasinya, bagi meluluskan perkara sulit yang disyaki berada di luar negara.

Maka terjawablah semuanya, kenapa Mahathir bersungguh sungguh mahu jatuhkan Najib mengikut jadualnya.

Pada cita cita asal Mahathir,  dia mahu Perdana Menteri yang isytihar pencapaian 2020 adalah warisnya sendiri.  Lalu ketika warisnya isytiharkan, maka dia pun  akan berkata “perjuangan saya kini sudah pun selesai”.

Tapi semua rencana Mahathir ini menerima “set back” kerana Najib belum berjaya diturunkan, dan Allah SWT tidak mengizinkannya.

Semua terjawab kini sebab apa Mahathir larang Pakatan Harapan menamakan calon Perdana Menteri. Mahathir sendiri enggan menyebut nama nama khusus, selain sekali sekala sebut nama itu dan ini dalam nada yang tidak pasti.

Alasan diberi adalah akan menyebabkan perpecahan Pakatan Harapan.  Sebenarnya bila Mahathir tahu nama anaknya tidak akan diterima PH, maka Mahathir pun masuklah dalam bakul, angkat namanya sendiri.

Selama ini rakyat Malaysia diperbodohkan dengan isu 1MDB yang dipersepsikan oleh Mahathir hanya untuk kempen membenci Najib semata mata.

Bila Najib dibenci, Mahathir anggap akan senanglah digantikan oleh orang yang dia tunjuk sebagai pengganti. Namun Allah SWT tidak izinkan perancangan Mahathir ini.

George Bush yang masih hidup pun tidak minat untuk jadi Presiden Amerika kembali. Hanya Mahathir yang mahu jadi PM kembali. Bolehlah kawan dengan Robert Mugabe yang sudah berusia 93 tahun dan jadi Presiden Zimbabwe.

Sudah sudahlah Mahathir. Dah lama sangat dah. Hendak kuasa apa lagi? Anak anak dah jadi jutawan dah. Hendak luluskan apa lagi?

Janganlah huru harakan Malaysia lagi. Duit dah banyak. Eloklah Mahathir pergi beli satu pulau dan jadilah Perdana Menteri di situ sampai bila bila. Itu lebih baik. Ambil yang berjiran dengan Zimbabwe. 



Friday, June 2, 2017

Selepas Penjara 18 Bulan Kini Rafizi Berdepan Saman Fitnah Oleh LTAT Pula!!! Padan Muka Kau, Sotong!!!





Yang diminta, akhirnya Rafizi mendapat... tapi dia akan gunakan akalnya untuk mengelak daripada dihukum dengan melengah-lengahkan perbicaraan seperti dalam kes BAFIA dan kalaupun dah jatuh hukum pun, dia akan melengah-lengahkan hukuman dengan membuat pelbagai rayuan dan penangguhan pelik-pelik termasuklah mencabar undang-undang dari segi perlembagaan sepertimana yang dilakukannya dalam kes OSA.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah menyaman Rafizi berhubung fitnahnya yang mengatakan LTAT tiada wang untuk membayar gratuiti kepada pesara-pesara tentera. (RUJUK DI SINI)

Pada Mac 2016, Rafizi telah menggunakan dokumen yang masih berstatus OSA untuk menyokong tuduhannya bahawa 1MDB mempunyai hubungan perniagaan dengan LTAT menyebabkan 110 orang pesara tentera tidak dapat dibayar grautiti mereka tepat pada masanya kerana duit LTAT telah habis digunakan untuk bail-out 1MDB.

Hakikatnya, hubungan perniagaan antara 1MDB dengan LTAT telah menjadi makluman awam semenjak tahun 2013 lagi apabila satu kenyataan umum dibuat yang 1MDB telah meluluskan kontrak kepada LTAT bernilai RM2.1 bilion bagi peranan mereka membina lapan pangkalan tentera di seluruh negara dan bagi kos pemindahan pangkalan udara Sungai Besi ke kawasan baru ganti seluas 750 ekar di Sendayan.

LTAT yang juga pemilik Affin Bank telah menafikan semua tuduhan Rafizi Ramli. Bahkan LTAT turut mengesahkan 70 daripada 110 pesara tersebut telah pun dibayar, manakala bakinya berhadapan dengan masalah kerana maklumat tidak lengkap yang diberikan oleh pesara-pesara itu sendiri.

Rafizi Ramli seperti sengaja menggunakan isu LTAT untuk melanggar undang-undang OSA bagi melakukan fitnah, sekaligus membuatkan berhadapan dengan natijah hukuman penjara. Walhal sebahagian daripada pendedahan yang dibuatnya itu, sebenarnya telah pun diumumkan, tetapi diputarbelitkan oleh Rafizi dengan menggunakan alasan, dia mempunyai maklumat-maklumat daripada dokumen rahsia yang 'cuba disembunyikan' daripada pengetahuan umum.

Dan kini, selain hukuman penjara, Rafizi bakal berhadapan dengan saman fitnah LTAT yang diminta-mintanya sangat.

Pengorbanan yang sebenarnya bodoh!

Lebih bodoh lagi ialah rakyat Malaysia yang membayar gajinya ratusan ribu setiap tahun hanya untuk mendengar cerita-cerita fitnahnya.

Rafizi Ramli sebenarnya hendak menutup malu kerana telah terkantoi fitnah. Jadi, cara untuk menutup malu adalah dengan mencipta fitnah yang lain. Dia samalah macam Lim Guan Eng yang terpaksa menjual setiap inci tanah di Pulau Pinang untuk menunjukkan kononnya Pulau Pinang maju di bawah pentadbiran DAP, sehinggalah suatu ketika, sudah tiada apa-apa yang hendak dijual dan dia terpaksa berlagak seolah-olah mangsa yang telah dikonspirasikan....

Rafizi barangkali menuntut ilmu yang sama di kelas yang sama dengan Lim Guan Eng!!!



LIM GUAN ENG TERUS LEMAS DENGAN SKANDAL-SKANDAL TANAH YANG TERDEDAH DAN DIDEDAHKAN!!!





LimGuan Eng semakin terdesak. Pembohongannya sudah tidak menjadi, bahkan semakin banyak pula ulahnya yang terdedah dan didedahkan. Kebanggaan palsu yang sering dipertontonkannya, mula memakan diri, apatah lagi kes mahkamah melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sedang menantinya juga memerlukan perhatian khusus setelah 9 tahun dia berlagak seperti Maharaja Kecil Pulau Pinang.

Selama ini, Lim Guan Eng cukup garang. Pantang terdedah, dia akan menyaman. Bila dah asyik kalah di mahkamah, dia bergantung pula kepada Tun Dr. Mahathir. Semasa hayatnya dahulu, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sandaran dan modalnya, sekarang Dr. Mahathir pula yang digunakan oleh Guan Eng untuk menyelamatkan kerjaya politik dan kemewahan yang dikumpulnya selama 9 tahun.

Ditambah pula dengan usaha giat pihak berkuasa memburu dan menyelongkar premis-premis sindiket yang melanggar AMLA atau lebih tepat lagi skim cepat kaya, menjadikan segala usaha dan latihan yang diterima untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah negara idaman sekular sosialis chauvinist yang terasnya adalah DAP, mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Laporan kepada SPRM oleh Datuk Huan Chen Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia berhubung penjualan tanah kerajaan di Lebuhraya Peel kepada sebuah syarikat dari Singapura bagi pembinaan hospital mewah yang sudah tentu bukan untuk rakyat, tanpa melalui proses sewajarnya dan pada harga yang sangat rendah, membungkamkan Lim Guan Eng.

Begitujuga dengan pendedahan tentang Pulau Pinang yang sudah tidak ada wang sehingga memaksa mereka untuk meminjam dari bank luar negara dan kemudian cubaan menutup isu tersebut dengan MERASUAH BONUS kepada penjawat awam negeri sambil berbangga-bangga kononnya pemberian bonus tersebut adalah hasil daripada kecekapan pengurusan negeri, masih tidak mampu menutup cerita sebenar tentang kegilaan penjualan tanah dan ceteknya otak Lim Guan Eng untuk menjana pendapatan negeri dan rakyat selain daripada menjual tanah, laut, bukit bahkan air di Pulau Pinang untuk membuat penyelesaian kewangan jangka pendek.

Namun, dia sekurang-kurangnya mengakui peningkatan 500% perbelanjaan operasi secara tahunan semenjak dia mengambilalih pentadbiran negeri. Alasan yang diberikannya, peningkatan tersebut adalah perlu bagi memastikan semua projek berjalan lancar.

Maka bayangkanlah seandainya Kerajaan Persekutuan di bawah Najib Abdul Razak berbelanja 500% semenjak 2008 seperti Pulau Pinang dan memberikan alasan bahawa peningkatan 500% itu adalah perlu bagi membolehkan semua projek berjalan lancar, sudah pasti, Lim Guan Eng yang paling awal akan mengutuk menghentam, mencerca dan memaki hamun Najib serta Kerajaan Persekutuan.

Yang tidak pernah diberitahu ialah, dari mana dia memperolehi perolehan bagi mendapatkan surplus berbanding meningkatkan 500% dalam perbelanjaan?

Adakah wang tersebut datangnya daripada Kerajaan Persekutuan? Atau peningkatan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Pulau Pinang? Atau penjualan aset-aset Pulau Pinang sehingga tidak tinggal suatu apa pun sehingga akhirnya terpaksa meminjam dari bank asing semata-mata untuk membayar gaji dan bermegah-megah?



Selepas Lebuhraya Peel yang bernilai RM156 juta, kini terdedah lagi tentang penjualan tanah dan hak ke atas tanah tanpa tender terbuka oleh Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang melibatkan 36.53 ekar tanah dan tanah tambah bagi projek Queens Waterfront yang teletak berhampiran Queensbay Mall yang berhadapan dengan Pulau Jerejak.

Queens Waterfront merupakan sebuah projek yang dibangunkan oleh Ideal Property Group yang secara keseluruhan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.15 bilion.

Pemaju mengatakan, projek pegangan bebas itu terletak di tapak seluas 36.53 ekar yang mana 24.79 ekar adalah tanah tambak. (RUJUK SINI)

Dengan menggunakan harga jualan tanah kerajaan negeri di Bayan Mutiara pada tahun 2011, yang juga merupakan kombinasi tanah sedia ada yang hanya berharga RM240 sekaki persegi, nilai harga bagi 36.53 ekar sepatutnya RM382 juta.

Tiada sebarang pengisytiharan kepada awam tentang urusniaga tanah berkenaan apatah lagi tender terbuka sekaligus menimbulkan tandatanya adakah DAP Pulau Pinang menjual satu lagi aset negeri berharga RM382 juta tanpa melalui tender terbuka kepada Ideal Property?

Sekiranya benar, apakah tukaran untuk menjustifikasikan urusniaga langsung itu? Pembinaan lebih banyak kondo mewah?

Penjualan 49%  saham di Tropical Island Resort Sdn. Bhd (TIRSB) oleh PDC Pulau Pinang pada harga RM156 juta yang memiliki 80 ekar tanah di Pulau Jerejak kepada Ideal Property Group turut menimbulkan tandatanya.

Jualan tersebut telah dilakukan tahun lepas. Syarikat berkenaan memiliki 80 ekar tanah di Jerejak. Dengan 49% pegangan bagi nilai RM156 juta, Ideal secara efektifnya telah membeli 39.2 ekar tanah pada harga hanya RM40 sekaki persegi.

Adakah jualan 49% oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi open terbuka? Adakah pembida lain?

Ideal Property Group juga adalah pemegang 20% kepentingan dalam Projek Penang Transport Masterplan yang membabitkan penebusan tanah seluas 4,500 ekar diselatan Pulau Pinang, lebih luas dari Melaka Gateway dan Projek Forest City seandainya kedua-duanya digabungkan.

Berapa banyak projek tanah lain yang telah dijual oleh DAP Pulau Pinang tanpa pengetahuan dan tanpa melalui tender terbuka?



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.