(Adakah wanita yang mengadu dirogol, wajib membawa empat orang saksi. Dan jika gagal akan diqazaf dan dirotan 80 kali?! Adakah itu sistem keadilan Islam?)
Ramai khalayak telah melihat dalam isu videoklip yang didedahkan oleh Datuk Eskay, rakan baik manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, persoalan qazaf telah diputar belit dengan sebegitu rupa sehingga menimbulkan kekeliruan yang serius dikalangan umat Islam. Bukan sahaja dikaki lima dan di kedai kopi, para agamawan dan penceramah, dalam kuliah, tazkirah, termasuk mimbar Jumaat menyerang habis-habisan videoklip tersebut, walaupun ramai antara mereka yang bercakap tu tengok pun tak lagi?!
Sebenarnya Datuk Eskay telah dengan jelas menyebut bahawa beliau mendedahkan videoklip itu bukannya untuk menuduh dan membuktikan rakan baik dia Anwar Ibrahim berzina, sebaliknya untuk menunjukkan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia bahawa manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu tidak layak menjadi pemimpin negara, apatah lagi Perdana Menteri!!! Itu sahaja.
Tidak timbul langsung persoalan menuduh Anwar berzina. Maka tidak timbul isu qazaf. Tambahan qazaf pula adalah isu hudud. Ini bukan soal hudud, ini soal melantik dan memilih seorang pemimpin.
Kalau nak bertanding jawatan Nazir Masjid pun akhlak kena jaga, ni kan pula nak menjadi pemimpin umat Islam, apatah lagi Perdana Menteri negara umat Islam! Alangkan orang nak masuk meminang anak kita pun kita akan pastikan dia bukan sahaja beriman, bahkan baik akhlaknya. Inikan orang yang nak "meminang" seluruh rakyat Malaysia, nak menjadi menantu negara ini! Maka seluruh rakyat Malaysia dan negara ini berhak tahu siapa dia manusia yang ditabal bininya ini sebagai anugerah tuhan. Dan kebetulan rakan baik dia sendiri yang mahu mendedahkan akhlak sebenar kawan sebantal dia; dan kebetulan dia punya bukti dalam bentuk videoklip!!!
Tepuk dada tanya iman sendirilah! Cuba tanya balik diri sendiri, yang kita menentang macam nak gila tu apa ke halnya, dah tengok sendiri ke video tu? Kalau belum tengok, maka kita tidak ada hak langsung nak bercakap, apa lagi menghukum.
No comments :
Post a Comment