Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, February 6, 2013



FEBRUARY 6, 2013

Surat Sokongan Dari Pertubuhan Gereja Sabah - Patutlah Anwar Ibrahim Bersungguh Pertahankan Nama Allah Dalam Bible


Fahamlah kita sekarang kenapa Anwar Ibrahim beria-ria sekali mempertahankan kalimah Allah digunakan di dalam Bible Melayu. Fahamlah kita kenapa beliau berdiam diri apabila berlaku pertelingkahan di antara pemimpin-pemimpin DAPig dengan ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS. Fahamlah kita kenapa Anwar Ibrahim digelar sebagai "chameleon" dan opportunis oleh Barat, yang akan melakukan apa sahaja untuk memastikan beliau berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Seperti kata Pastor Silvester di dalam surat di atas, "Sesungguhnya Tuhan Yesus merahmati Datuk Seri dan keluarga."

Buat rakan-rakan CTS yang beragama Kristian, CTS dan orang-orang Islam di Malaysia bukan anti agama lain terutama Agama Kristian. Kami Umat Islam di Malaysia tidak pernah membenci orang-orang Kristian mahupun penganut agama lain. Kami amat mementingkan keharmonian dan kami semua amat mengasihi semua bangsa dan menghormati semua Agama di dalam negara ini. Cuma satu saja kami pinta, tolonglah jangan minta perkara yang bukan-bukan. Jangan meminta sesuatu yang mencabar kami sebagai seorang Muslim.

Fikirlah sendiri kenapa Pastor Silvester menyebut Tuhan Yesus dan bukan Tuhan Allah. Surat ini bukan baru malah telah dikeluarkan oleh Pastor berkenaan pada 2008. Kenapa isu Allah dalam Bible Melayu baru ditimbulkan oleh Joseph Lim Guan Eng? Apakah agenda jahatnya? Janganlah kita sebagai Rakyat Malaysia menjadi mainan bola ahli-ahli politikus yang tamak dan gila kuasa. Mereka ini akan datang dan pergi. Yang tinggal hanyalah Rakyat Malaysia yang hidup rukun damai dan hormat menghormati antara satu sama lain sejak berpuluh tahun yang lalu.

sumber : CTS

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.