Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng merasa kesal
dengan kata 'bodoh' TPM, Muhyiddin terhadapnya baru-baru ini. Guan Eng berkata,
“Saya berasa dukacita bahawa Timbalan Perdana Menteri menggunakan bahasa yang
tidak senonoh terhadap saya."
Memang tak patutlah TPM kata begitu. Dia
merupakan Ketua Menteri yang paling cerdik dalam sejarah Pulau Pinang. Mana tak
cerdik, dia bukan rakyat negeri Pulau Pinang, dia dari Melaka boleh jadi Ketua
Menteri sebuah negeri lain di Malaysia. Ini membuktikan bahawa Guan Eng merupakan
pemimpin paling cerdik dan bukanlah bodoh seperti mana TPM katakan baru-baru
ini. Tiada pemimpin Cina anak Pulau Pinang sendiri yang layak menjadi Ketua
Menteri. Melainkan anak Cina dari Melaka juga yang lebih cerdik. Siapa yang
bodoh?
Dia memang hebat, Ketua Menteri yang paling
cerdik. Dia tidak bodoh. TS Muhyiddin mungkin belum kenal dengan dia. Dasar
pemerintahan DAP di Pulau Pinang banyak menguntungkan politik DAP.
Dasar rumah mampu milik bukan RM45 ribu tapi
ratus ribu ringgit yang jelas tidak mampu dibeli oleh penduduk Pulau Pinang
berpendapatan rendah. Dato' Mansor, TKM1 Pulau Pinang tak berani kata apa sebab
Dato' Mansor sendiri mengiktiraf Guan Eng sebagai tokong hidup. Maklumlah jika
banyak bercakap akan dipecat seperti mana yang DAP lakukan terhadap Tunku Abdul
Aziz, bekas Naib Presiden DAP.
Selaku KM Pulau Pinang dia amat berkuasa.
Tokong yang paling berkuasa. Portfolio penting dalam kerajaan Pulau Pinang dia
dan pemimpin2 DAP yang pegang. Exco Tanah, Exco Pembangunan Keusahawan dia yang
pegang. Tanah untuk tapak masjid bukan senang-senang seperti dahulu (semasa BN)
boleh diwakafkan kepada MAIPP. Exco Kerjaraya Utiliti dan Pengangkutan
lagi dipegang oleh DAP. Exco Perancangan Ekonomi Negeri dan Pendidikan
diberikan juga kepada DAP. Cuma exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri
dan Pengguna diberikan kepada PKR. Wakil tunggal PAS langsung tidak diberikan
apa-apa jawatan. Cuma ahli Yang Berhormat biasa. Tentulah berbeda dengan
semangat BN semasa mentadbir negeri. Wakil Rakyat tunggal MIC diberi Exco
Kesihatan sebagai mewakili kaum India di Pulau Pinang.
Jika begitulah hakikatnya, Guan Eng tak bodoh.
Yang bodoh sekarang adalah rakyat yang memberi kemenangan calon PR. Dalam
ucapan sempena sambutan Hari Krismas, dia mendesak kerajaan persekutuan
meluluskan penggunaan kalimah Allah oleh gereja. Dia bukan tak tahu, isu
kalimah Allah adalah isu yang sangat sensitif kepada umat Islam. Selaku
pemimpin utama sebuah negeri tidak sepatutnya dia bercakap isu sensitif begitu.
Tapi Guan Eng tidak bodoh. Dia bercakap juga kerana nak ambil hati
pengundi-pengundi beragama Kristian. Pada masa yang sama umat Islam berbalah
sesama sendiri. Satu puak sokong Guan Eng dan satu puak pula menentang Guan
Eng. Huuh! itulah yang dikatakan Guan Eng nih bukan bodoh! Hingga hari ini
walaupun ratusan demontrasi bantahan di seluruh negara termasuk
penyokong-penyokong PAS dan mendesak Guan Eng menarik balik dan memohon maaf
kepada umat Islam. Guan Eng tetap diam membisu. Dia tidak akan tunduk kepada
desakan itu kerana dia tidak bodoh.
Dalam isu pemilihan anggota Jawatankuasa Pusat
Tertinggi DAP (CEC) juga menampakkan kepintaran Guan Eng. Secara tidak langsung
menunjukkan para perwakilan DAP yang bodoh kerana keputusan undian akhirnya
berlaku kesilapan bukan 5 atau 6 undi tapi lebih 500 undi. Suatu yang luar
biasa dan sukar diterima bagi mereka yang pernah mengikut tatacara pemilihan
dan pengiraan undi. Sekali lagi keputusan diubah, sekali gus calon Melayu yang
kalah dalam pemilihan itu telah terpilih untuk menduduki CEC. Ini menunjukkan
DAP tidak rasis. Sekali lagi Guan Eng tidak bodoh. Ada beberapa laporan polis
dibuat oleh pemimpin DAP dan ahli-ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan isu
tersebut. Pihak ROS telah meminta Guan Eng menyerahkan laporan dan minit Mesyuarat
Agung dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung. Tapi hingga ke hari ini
difahamkan SU Agung DAP itu gagal menyerahkan laporan tersebut. Mungkin Guan
Eng tidak akan hantar laporan tersebut. Guan Eng tidak bodoh jika dia tak
hantar laporan itu.
Wahai penduduk Pulau Pinang yang akan mengundi
tidak lama lagi. Jangan kita jadi bodoh. Kita kena bijak seperti KM kita. Jadi
fahamlah kut setakat itu.
KAH
KAH KAH…. ITU LAH DIA TOKONG GUAN ENG. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan
mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz".
No comments :
Post a Comment