Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 18, 2013

Rahsia Pertemuan Sulit Anwar Ibrahim Dengan Haron Din Terbongkar? Nik Aziz Menangis?



Saya mengaku, saya terlalu banyak berbohong, merekacipta pelbagai fitnah dan pendustaan, sehingga ramai rakyat Malaysia dan dunia luar telah timbul rasa benci yang teramat sangat terhadap pemimpin UMNO dan kerajaan yang memerintah. 

Saya tiada pilihan, melainkan terpaksa melakukannya. Jika saya tidak lakukan, pasti saya akan menjadi "pemimpin paling hina dan keji pada pandangan seluruh rakyat" sebaik saja saya didapati bersalah di atas pelbagai kesalahan sebalik tabir yang saya lakukan.

Tujuan saya melakukan pelbagai "fitnah dan fabrikasi dusta" ini adalah semata-mata kerana mahu supaya rakyat "jangan sekali-kali percaya" dengan apa yang telah saya lakukan di belakang tabir. Saya sedar kalau rakyat percaya, saya pasti habis.

Antara fitnah dan fabrikasi dusta terang-terangan yang saya lakukan, dan telah berjaya meracuni pemikiran ramai dan memberi impak sokongan yang cukup besar di sepanjang kerjaya saya melakukan fitnah dan dusta, antaranya ialah; 

 
1. Menyebarkan pamplet dan sms ke seluruh negara "pengakuan seorang pegawai tinggi Bukit Aman yang kononnya telah diarah oleh Dr Mahathir untuk mencucuk saya dengan kuman HIV. Pendekatan menyebar rekacipta sebegini di dalam "suasana yang sedang keliru" sangat berkesan. Dengan kaedah dusta ini, Saya berjaya mengaut sokongan yang cukup besar khususnya di kalangan rakyat yang "naive dan tidak ambil peduli tentang politik", khususnya kalangan wanita yang kita amat tahu, "mudah tersentuh jiwanya" apabila melihat insan yang dilihat berimej alim teraniaya.

2. Dusta yang tidak kurang hebatnya yang telah berjaya menambah "vitamin kebencian" rakyat yang naive politik terhadap Mahathir dan UMNO yang telah saya lakukan dengan cukup berkesan ialah, mengarahkan Wan Azizah, dengan berbekalkan imej "seorang wanita dan isteri yang tabah", mengumumkan kepada dunia bahawa saya telah diracun dengan "racun arsenik".

3. Jika saudara-saudari masih ingat, Sewaktu ibu saya meninggal dunia, saya sekali lagi berpeluang membuat satu lakonan terbaik, yakni, "pura-pura lumpuh setengah badan". Dengan berbekalkan bengkung di pinggang dan di leher, saya berupaya memperlihatkan kepada dunia betapa zalimnya Mahathir dan UMNO terhadap saya. Rakyat dan dunia terpegun melihat saya telah menjadi mangsa kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yanng dilakukan oleh Mahathir dalam usahanya mengekang pengaruh saya. Walhal, mereka tak tahu saya sebenarnya "segar bugar". Saya tergelak sendiri bila mengenangkan lakonan saya menjadi.

4. Selepas bebas dan kembali aktif politik, Mahathir yang selama ini menjadi sasaran serangan saya sudah bersara. Walaupun sudah tua tapi mukanya semakin bercahaya dan tak seperti muka saya yang semakin kelihatan berkarat. Mahathir berjaya melepasi segala duri ranjau yang saya pasang. Jelas, memang Allah bersama dia dan tidak bersama saya. Saya sudah jangka kerana saya, Azizah dan Allah tahu saya siapa.

5. Watak Dollah Badawi sangat berbeza dengan watak Mahathir. Jadi saya terpaksa ubah pendekatan. Saya tidak boleh pakai perkataan mahazalim, paranoid dan segala gelaran yang melambangkan gaya Marcos. Rakyat takkan percaya kalau saya kata Dollah zalim dan paranoid. Saya tahu Dollah seorang yang lemah. Jadi saya guna gelaran lain seperti lembik, bodohwi, takut bini dan yang sewaktu dengannya. Itu lebih cocok untuk Dollah. Kaedah ini berjaya menimbulkan rasa tidak hormat dan hilang kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Dollah yang diakui sendiri oleh majoriti ahli UMNO. Jadi zaman Dollah saya tiada banyak masalah. paspot pun saya boleh kowtim.

6. Bila BN lemah dan hilang 2/3, saya selaku seorang yang sangat pintar membaca politik, faham bahawa Najib pasti akan menggantikan Dollah sebagai PM. Lantaran itu saya berkewajiban menjadikan Najib dan Rosmah sebagai target utama. Pembunuhan karakter adalah cara terbaik untuk menjahanamkan keperibadian seseorang pemimpin. Jika Najib naik dalam keadaan yang bersih tanpa kecacatan, saya jamin cita-cita saya untuk menjadi PM akan berkubur. Saya harus berbuat sesuatu.

7. Saya bernasib baik dan bersyukur kepada Allah kerana Altantuya telah dibunuh dengan penuh tragis. Malah lebih bernasib baik lagi Razak Baginda, orang yang hampir dengan Najib terlibat dan menjadi suspek utama. Apatah lagi Razak Baginda menggunakan pula pegawai polis merangkap pengawal peribadi orang tertentu untuk melindunginya dari ugutan Altantuya.

8. Saya ambil kesempatan sepenuhnya situasi ini untuk memalitkan Najib dan Rosmah sekali gus. Segala yang didedahkan oleh bekas peguam saya Zulkifli Nordin sesungguhnya adalah benar! Saya terlibat mengarahkan agar nama Najib dn Rosmah dipalitkan "walau dengan apa cara sekali pun".

9. Saya kecewa kerana Zulkifli Nordin tidak mahu menurut arahan saya untuk memujuk pegawai polis yang juga OKT dalam kes Altantuya membuat Akuan Bersumpah yang menyatakan Najib dan Rosmah terlibat. Jika Akuan bersumpah ini berjaya dibuat, saya yakin Najib dan Rosmah pasti jatuh. Tapi akhirnya perancangan Allah juga yang mengatasi perancangan saya. Ayat Quran wamakaru yang selalu saya guna telah "backfire".

10. Personaliti alternatif terpaksa diwujudkan sebagai ganti kepada akuan bersumpah yang gagal dibuat disebabkan keengkaran Zul Nordin terhadap arahan saya. Itu sebabnya kenapa tiba-tiba nama Balasundram SD muncul mensensasikan isu akuan bersumpah. Karakter Deepak yang "tidak kena-mengena dengan ini gambar" pun boleh muncul. Semua ini adalah modus operandi yang saya terpaksa lakukan untuk terus memalitkan Najib dan Rosmah.

11. Zulkifli Nordin telah menyebabkan "program saya rosak teruk". Akhirnya saya sedar, Allah lebih berkuasa dari saya. Sesungguhnya Allah lebih berkuasa "ke atas hati Zul Nordin" daripada saya. Sekali lagi ayat wamakaru telah "backfire" dan terkelepuk ke muka tuan direktor.

12. Saya berdosa besar kepada Najib dan Rosmah di atas fitnah dan dusta yang saya lakukan. Saya juga berdosa besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah "termakan" fitnah dan dusta yang saya lakukan.

13. Saya ingin memberitahu seluruh rakyat Malaysia suatu "rahsia tentang pemakanan saya" yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa, iaitu,

"Sejak tahun 1974, iaitu fitnah pertama dalam kerjaya fitnah dan dusta yang saya lakukan terhadap kepimpinan Tun Razak, "seorang rakyat miskin di Baling mati kebuluran" sehinggalah kepada fitnah dan dusta yang tak terkira banyaknya yang saya buat terhadap kepimpinan anakandanya, DS Najib Tun Razak, hingga kini, saya sudah terlalu banyak "memakan daging manusia", iaitu daging saudara semuslim yang telah diperuntukan oleh Allah khusus kepada saya kerana keistimewaan dan kebolehan saya dalam bidang "fitnah dan dusta"." 


Saya yakin, suatu hari nanti saya akan menerima "aib yang lebih besar sebelum saya mati", jika saya tidak bertaubat dan masih terus mengadakan fitnah demi fitnah yang memporakperandakan seluruh rakyat dan negara.

Sekian dan pengakuan ini adalah sebagai iktibar untuk sdr/sdri. 

credit : mahaguru58



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.