Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, February 16, 2013

Benarkah Haron din keluar PAS?


                                                    

Hangat diperkatakan terkini bahawa Professor Dr. Haron Din telah keluar dari parti PAS. Adakah sembang-sembang panas ini sesuatu yang benar dan sahih? 

Sebab musababnya berkemungkinan pertemuan rahsia diantara beliau dan anwar ibrahim yang berakhir dengan titik-tolak dan nokhtah isu kalimah ALLAH?. Mungkinkah terdapat kata sepakat telah dikhianati oleh anwar  dalam pertemuan itu?   Sepertimana yang diucapkan di sabah baru-baru ini Anwar   menyatakan pendiriannya  yang penggunaan kalimah ALLAH didalam bible bahasa melayu adalah relevan dan patut dikongsi oleh bukan islam.

Sepertimana khalayak sedia maklum Professor Dr. Haron Din TEGAS dengan pendirian beliau tentang isu penggunaan kalimah ALLAH.   Justeru adakah kemungkinan  disebabkan perkara ini, maka  keputusan keluar parti telah beliau buat seperti yang pernah beliau MAKLUMKAN  kepada parti PAS terdahulu . Prodessor Dr Haron Din juga telah menyuarakankan yang PAS harus keluar dari pakatan.

Jika BENAR ini keputusan beliau keluar dari parti PAS maka beliau telah mengotakan janjinya. Kita tunggu adakah   kisah ini benar. Jika ternyata maka parti PAS akan mengalami sesuatu masalah besar bagi dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini.

KITA TUNGGU ESOK


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.