Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, February 9, 2013

Anwar CUKUP MARAH Kali Ini ... Berita Yang MERANAPKAN Terus IMPIAN Bergelar Perdana Menteri


Beratus ribu penduduk berarak di Paris hari ini bagi membantah rancangan pelaksanaan rang undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis di Perancis.


Lima buah kereta api laju, 900 buah bas dan sejumlah kereta memasuki Paris dengan membawa penunjuk perasaan bagi membantah pelaksanaan penggubalan undang-undang tersebut oleh Presiden, Francois Hollande menjelang Jun ini.



Penunjuk perasaan yang disokong gereja Katholik dan terdiri daripada anggota parti politik konservatif, pergerakan Islam dan penduduk menentang perkahwinan sejenis berkenaan berkumpul di Menara Eiffel pada lewat petang ini.


Mereka berarak dalam cuaca sejuk bagi membantah penggubalan undang-undang itu yang dijanjikan Hollande dalam kempen pilihan raya Presiden dan dijangka diluluskan dengan mudah kerana partinya mempunyai kuasa majoriti di Parlimen.



Penganjur demonstrasi bantahan itu, Patricia Soullier berkata, pihaknya mahukan draf undang-undang itu dibatalkan.


Presiden Perancis itu menimbulkan kemarahan banyak pihak apabila cuba melaksanakan undang-undang tersebut di Parlimen tanpa melakukan pungutan suara dan tidak memberikan maklumat terperinci mengenai rang undang-undang berkenaan.



Cara Hollande menunaikan janji kempennya yang lain turut membangkitkan kemarahan rakyat termasuk perlaksanaan cukai 75 peratus ke atas penduduk kaya dan kaedahnya menangani peningkatan pengangguran.


Penganjuran demonstrasi besar-besaran tersebut tidak akan membantu meningkatkan imej Presiden Perancis tersebut.


Walaubagaimanapun, Ketua Pembangkang itu berkata undang-undang purba (liwat) ini perlu dikaji semula untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari dihukum.

Sokongan terhadap perkahwinan sejenos menurun kira-kira 10 peratus kepada 55 peratus dalam satu tinjauan pendapat dan kurang separuh rakyat Perancis kini mahu pasangan homoseksual mendapat hak mengambil anak angkat.

Ini bukan kali pertama perarakan membantah perkahwinan sejenis diadakan di Paris apabila pada 18 November lalu seramai 100,000 penunjuk perasaan berhimpun atas tujuan yang sama.

"Kami perlu menilai kembali undang-undang (homoseksual) lapuk ini supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan."

Tunjuk perasaan itu diadakan selepas kerajaan Perancis dibawah pimpinan Parti Sosialis merangka usul untuk membenarkan perkahwinan membabitkan golongan gay dan pengambilan anak angkat pada 7 November lalu.


sumber : UTUSAN MALAYSIA 



Pemimpin manakah dalam negara ini yang begitu lantang memperjuangkan isu homoseksual dari segi hak bersuara mahupun sangat kepingin menukar undang-undang homoseksual yang sudah dianggap tidak relevan dan lapuk?

Di Barat kini sekalipun, rakyat semakin menolak pelaksanaan rang undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis. Lain pula di sini, Anwar cukup ligat dengan isu LGBT.   

Punyalah begitu banyak isu melibatkan masalah sosial yang boleh diketengahkan oleh Anwar sebagai pemimpin pembangkang ... Isu LBGT, pedang lawan pedang, karipap lawan karipap inilah pilihan mutlak dan muktamad Anwar Ibrahim.

Masih mahu undi Anwar dan pembangkang ? ...


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.