Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 11, 2013

Keyakinan




Ketua  Pembangkang, Anwar Ibrahim paling banyak membuat tohmahan terhadap kerajaan Malaysia di luar negara.

Daripada soal batik hinggalah kepada ekonomi. Anwar menggambarkan Malaysia begitu buruk seolah-olah tidak layak dihuni.

Namun kebenaran tetap kebenaran. Di sebalik siri tohmahan beliau, masyarakat antarabangsa terus meyakini Malaysia sebagaimana semakin dibuktikan kebelakangan ini.


Semalam, Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak menyatakan bahawa Bank Dunia memperakukan Malaysia negara paling mudah untuk peniaga mendapatkan pembiayaan perniagaan bagi tempoh lima tahun berturut-turut.


Semakin banyak petunjuk positif, yang semuanya itu bukan datang bergolek sebaliknya hasil pengurusan yang baik.

Ternyata ekonomi Malaysia berada pada kedudukan terbaik biarpun Eropah masih dibelenggu krisis.

Hakikatnya, Malaysia semakin diminati oleh para pelabur. Baru-baru ini, Qatar Holding mengumumkan pelaburannya bernilai RM2 billion bagi membina Hotel Harrods pertama di dunia yang bertaraf tujuh bintang.

Ia adalah sebahagian daripada sejumlah RM30.7 bilion rancangan pelaburan Qatar Holding di Malaysia termasuk projek petrokimia di Pengerang, Johor.

Awal minggu lalu, satu lagi lembaran bersejarah dibuka dengan pelancaran Taman Perindustrian Kuantan Malaysia - China (MCKIP) bernilai pelaburan RM10.5 bilion.

Begitu juga dalam bidang lain seperti pelancongan. Malaysia dipilih sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut beragama Islam mengatasi negara-negara lain, berdasarkan kajian antarabangsa.

Banyak lagi petunjuk pengiktirafan antarabangsa kebelakangan ini yang rasanya tidak perlu kita senaraikan semua.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.