Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, May 1, 2013

Gerakan Sulit menyatukan rakyat Bukan Melayu untuk menentang Orang Melayu

Gerakan sulit Kristian bersama beberapa orang Islam yang khianat 
Ia tidak wajar sama sekali dibiarkan

anak tuhan ??

parti kristian ??


Perkataan “Allah” dalam bahasa Melayu difahami sebagai Tuhan kepada umat Islam, manakala perkataan “tuhan” itu bermaksud zat yang tertinggi yang dipercayai oleh penganut sesuatu agama. Bahasa arab berbeza, begitu juga bahasa-bahasa lain. Adakah penggunaan “Allah” juga ada dalam kitab Injil dalam bahasa Inggeris?. Bagaimana dengan kitab injil dalam bahasa-bahasa lain? Atau adakah satu kitab Injil asli yang menggunakan kalimah “Allah” didalamnya untuk dijadikan rujukan?

Perkataan “Allah” telah digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu sejak 400 tahun dahulu. Manusia juga gunakan daun dan kulit kayu untuk tutup kemaluan mereka beribu tahun dahulu. Banyak perkara yang dibuat dahulu tidak lagi dibuat sekarang. Pengunaan “Allah” dalam kitab Injil dahulu dilakukan oleh mubaligh Kristian bertujuan mengelirukan umat Islam berbangsa Melayu nusantara agar meninggalkan agama mereka dan memeluk agama Kristian.

Orang Melayu dulu silap kerana tidak peka terhadap muslihat ini maka Kristian berkembang dengan cara penipuan di nusantara seperti Indonesia, Filipina dan juga Sabah dan Sarawak. Sekarang orang Islam di Malaysia perlu dan wajib membetulkan keadaan ini. Alasan ianya berhak digunakan cuma kerana telah digunakan sejak 400 tahun dahulu adalah hujah dangkal.

Membenarkan penggunaan perkataan “Allah” kononnya positif kerana boleh digunakan untuk tujuan dakwah adalah mengarut dan sesat. Islam tidak menghalalkan cara yang salah untuk mencapai matlamat yang betul.

Umat Islam wajib “menyampaikan” tetapi bukan dengan penipuan. Jangan kata kita akan berdakwah kepada pengikut Kristian dan penganut agama lain untuk memeluk Islam kerana “Allah” kita serupa. Namun, kita tetap “menyampaikan”, jika ada yang menerima maka jadilah dia seorang muslim dan jika tidak mahu menerima maka kekallah dia dengan kepercayaannya,

Kita dengan tuhan kita iatu Allah dan mereka dengan tuhan mereka. Kita semua masih boleh hidup bersama dengan pegangan agama yang berbeza dalam sebuah negara.

Perkataan “Allah” ada terdapat dalam kitab agama Sikh. Adakah kitab tersebut ditulis dalam bahasa Melayu? Adakah pernah terdengar penganut agama Sikh di Malaysia cuba menyebarkan agama mereka kepada umat Islam? Mereka mematuhi undang-undang. Kitab mereka tidak berbahasa Melayu jadi ianya bukan isu.

Bagi memperbetulkan kesilapan lalu, negara Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang sepatutnya terdiri dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak ada hak-hak istimewanya tersendiri begitu juga Semenanjung Tanah Melayu juga perlu ada hak-hak tersendiri. Nama Semenanjung Tanah Melayu bukan rekaan baru, ianya telah diguna satu masa dahulu dan sekarang patut dikembalikan nama asalnya berserta hak-hak istemewanya.

Pernyataan yang saya pertahankan adalah :

1) Perkataan “Allah” tidak boleh dimaksudkan sebagai Tuhan agama lain apabila ditulis atau disebut dalam bahasa Melayu.

2) Penggunaan “Allah” dalam lain-lain bahasa tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.

Terdapat gerakan di Malaysia sedang cuba menyatukan rakyat bukan Melayu dalam satu kumpulan untuk menentang orang Melayu. Mereka menggunakan agama Kristian sebagai wadah penyatuan kerana mereka melihat agama Kristian ada kelebihan tersendiri seperti sokongan dan perlindungan negara luar. Mereka ini sebenarnya tidak bertuhan, mereka akan bertuhankan apa saja asalkan matlamat duniawi mereka tercapai. Tidak menghairankan jika mereka sendiri tidak mengamal ajaran kristian yang kononnya mereka pertahankan.

Kumpulan ini bergerak lebih cergas kerana terdapat peluang. Peluang yang ujud kerana perpecahan umat Melayu Islam. Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Ia bererti tunduk kepada pilihan ramai. Jika sekumpulan rakyat boleh disatukan dan kumpulan ini merupakan majoriti maka kumpulan inilah yang berkuasa termasuk memerintah negara. Memerentah negara bermaksud boleh mengubah prinsip dan dasar serta corak pemerintahan. Jika cukup sokongan di parlimen, undang-undang juga boleh digubal, pinda dan mansuhkan.

PENIPUAN

Para ulama politik dan pendokong politik Islam di Malaysia kini memutarbelit kenyataan dengan mengatakan BAHAWA kerajaan mengharamkan orang kafir menyebut kalimat Allah, mereka sengaja mencipta soalan sedemikian kepada pemimpin dan juga ust popular Azhar Idrus supaya yang timbul ialah HARUS dalam menyebut kalimah ini. Mereka tidak bangkitkan persoalan sebenar iaitu penggunaan kalimah Allah dalam bible Melayu. Kekeliruan dan pembohongan inilah yang dicanangkan kepada kampong yang buta IT dan hanya mendengar penerangan dari sumber terhad.

Apa yang terjadi sekarang menunjukkan walaupun parti yang memakai nama Islam, sikap mereka telah berubah dan rela mengikut telunjuk bukan Islam.

Penipuan ini amat merosakkan.


Persoalan Sebenar Kalimah Allah
 dari aidc

Mohd Hazizi Ab Rahman - Apabila ditanya tentang hukum orang kafir guna kalimah Allah, sebenarnya soalan itu sendiri tidak betul. Ramai yang menjawab hukum asalnya ialah harus. Sedangkan hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram adalah hukum taklifi, dan yang mukallaf ialah orang Islam. Orang kafir tidak disasarkan dengan hukum-hukum Allah kecuali:-

1) ayat-ayat yang mewajibkan beriman
2) hukum-hukum jenayah dan muamalat, berdasarkan akad zimmah

Oleh itu, persoalan sebenar yang mesti dijawab ialah apakah wajar kerajaan sebagai Ulil Amri, yang mempunyai jentera mengeluarkan fatwa dan menguatkuasakan fatwa, mengharuskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan bahan-bahan terbitan gereja di Malaysia?

Persoalan sebegini secara asasnya sudah termasuk dalam bab Siyasah Syariyah, di mana kerajaan berkuasa membuat keputusan melalui pertimbangan antara maslahat dan mafsadah, yang semuanya itu mestilah berada dalam kerangka Maqasid Syarak, menjaga agama dalam konteks isu ini.

Hakikatnya, kerajaan sudah ada keputusan. Sebagai rakyat kita perlu terima keputusan itu, kerana ia mengikut lunas-lunas syarak. Janganlah semua orang nak jadi kerajaan, atau semua perkara nak dibangkang.

Persoalan sebegini sebenarnya mengenai kuasa agama ke atas kehidupan awam, perkara yang amat dibenci oleh puak sekular liberal. Sebahagian orang Islam, termasuk yang popular, mengupas isu ini tanpa melihatnya dalam skop pertembungan antara ideologi. Itu satu kegagalan yang mampu mengundang tragedi kepada umat.

Wujudnya hubung kait antara ayat dan topik tidak semestinya boleh berlaku pendalilan di situ. Ramai orang terjebak dalam fenomena ini, iaitu menggunakan ayat al-Quran untuk menguatkan hujah, tapi mereka tidak sedar bahawa ayat itu tidak kena dijadikan sebagai dalil.

Untuk kes ini, Surah Zumar ayat 3 dan Surah Ankabut ayat 63, sebagai contoh, ada hubung kait, tapi tidak kena langsung untuk dijadikan sebagai dalil mengharuskan. Pendek kata pendalilan (istididlal) tidak betul, selain isu orang kafir tidak menjadi sasaran hukum cabang syarak seperti yang disebut di perenggan pertama.



Baca seterusnya :di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.