Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 2, 2013

Isu Gambar Utusan Melayu “Pelajaran Percuma Menjelang 1982” : Janji Untuk Pelajaran Percuma Universiti, Sekolah-sekolah atau untuk Semua Peringkat Pelajaran?


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Saya terdetik untuk menulis pada kali ini berikutan isu gambar surat khabar Utusan Melayu dalam tulisan jawi yang tajuk besarnya bertulis “Pelajaran Percuma Menjelang 1982”. Saya sempat melayari laman-laman internet mengenai isu ini dan dikatakan gambar ini dipetik daripada akaun laman sosial pihak pembangkang.

Jika kita tengok sekali imbas pada kali ini kita akan melihat gambar Dr. Mahathir dan terpampang tajuk besar di atasnya “Pelajaran Percuma Menjelang 1982”. Jika ditengok sekali imbas kita mungkin terfikir bahawa Kerajaan sudah berjanji untuk memberikan pendidikan percuma sejak 1982 lagi. Ini bermakna Kerajaan sudah 30 tahun tidak menunaikan janjinya sejak dahulu lagi kerana di universiti-universiti sekarang mereka dikenakan yuran untuk belajar.

Mana-mana pemimpin politik yang ingin memegang tampuk pemerintahan Kerajaan mestilah melalui menjadi Menteri Pendidikan iaitu Kementerian yang paling memeningkan kepala di dalam kabinet selain Menteri Kewangan. Saya pernah terbaca bahawa jika seseorang itu menjadi Menteri Pelajaran atau Pendidikan, beliau ibarat memakai tengkolok berduri di atas kepalanya. Pendek kata, Kementerian ini merupakan kementerian memeningkan kepala dalam Kabinet sehinggakan ada Menteri di Kementerian ini dipindahkan ke Kementerian lain disebabkan banyak masalah apabila menerajui Kementerian ini.

Apa yang memusykilkan saya adalah Menteri Pelajaran ketika itu Dr. Mahathir Mohammad yang kini adalah bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat. Semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau berjaya mengubah Malaysia daripada sebuah negara pertanian yang miskin menjadi sebuah negara perindustrian dan perdagangan ke-17 terbesar dunia. Mana mungkin seorang Perdana Menteri yang boleh mengubah wajah sebuah negara yang miskin sebegitu rupa boleh menabur janji-janji palsu semasa Menteri Pelajaran?

Baiklah, sekali imbas kita dapat melihat tajuk besarnya berbunyi “Pelajaran Percuma Menjelang 1982”. Sekiranya kita perhalusi akhbar berikut kita dapat melihat bahawa:

i.   Terdapat perkataan yang ditulis di atas tajuk tersebut yang berbunyi “Bila Dasar Pelajaran Kebangsaan Pelajaran Dilaksana Sepenuhnya”. Sudah tentu apabila Dasar Pelajaran Kebangsaan, ia adalah merujuk kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dan tidak merujuk kepada Institut Pengajian Awam (IPTA) atau Universiti-universiti awam.

ii.  Pada perenggan pertama, ia berbunyi “Semua murid-murid sekolah dikecualikan dari membayar yuran sekolah tahun 1982 berikutan dengan dilaksana sepenuhnya dasar pelajaran kebangsaaan, kata Menteri Pelajaran...”

Dapat dilihat di sini bahawa keratan akhbar ini adalah merujuk kepada pendidikan percuma untuk Sekolah-sekolah dan bukannya Universiti-universiti awam. Anda mungkin mengatakan bahawa yuran-yuran juga akan dikenakan di Sekolah Rendah ataupun Sekolah Menengah. Akan tetapi, kita harus faham bahawa pendidikan percuma bukanlah bermaksud semua pelajaran adalah percuma tetapi ia adalah merujuk kepada yuran peperiksaan percuma, buku teks percuma untuk yang layak dan sebagainya di mana yuran lain masih dikenakan seperti PIBG dan sebagainya. Ambil sahaja contoh perbandingan yang mudah, yuran sekolah rendah swasta adalah sebanyak RM3,000 setahun manakala sekolah menengah swasta adalah sebanyak RM6,700 setahun berbanding sekolah kerajaan dengan RM50 setahun.

Pendek kata, pihak pembangkang pandai mengapi-apikan sesuatu isu bagi meraih sokongan murahan rakyat. Akan tetapi, rakyat bijak berfikir untuk menilai sesuatu.


Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.