Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 2, 2013

Pas Ingat Mereka Boleh Terus Membodohkan Rakyat Kelantan


Itu adalah iklan Pas Kelantan satu muka surat penuh di Sinar Harian hari ini...

Judi - Toksir

Disko - Toksir

Rasuah - Toksir

Pecah Amanah - Toksir

Pas oh Pas....sampai bila nak hidup dengan pembohongan ?

Saya tak mahu mengulas panjang, saya bagi segala bukti-bukti di bawah kemudian anda nilailah sendiri...

 1) Video diatas baru lebih kurang sebulan lepas hasil pembongkaran wartawan NST di Kelantan



2)  Sepasukan 45 anggota penguat kuasa Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Jabatan Imigresen, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan polis menyerbu pusat pelacuran dan perjudian yang lokasinya hanya kira-kira satu kilometer dari pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di sini, malam kelmarin.

Dipercayai, pusat yang memberi perkhidmatan tidak bermoral kepada masyarakat itu sudah wujud lebih 20 tahun di Kampung Limau Manis, di sini, dan serbuan kelmarin berjaya menahan seorang pelacur walaupun dipercayai terdapat 10 pelacur di kawasan itu.



3) Agen Johnson tiba di pusat hiburan yang terletak 3.6 km dari rumah Nik Aziz di Pulau Melaka ini pada tengah malam. Ia terletak di kawasan yang merupakan kubu kuat PAS. Adalah agak mustahil untuk percaya bahawa MPKB-BRI ada mengeluarkan lesen untuk pusat hiburan ini. Pertamanya tidaklah diketahui bahawa ada lesen sedemikian yang dikeluarkan kerana ianya tidak bersesuaian dengan imej Parti PAS.

Keduanya, ia terletak di kawasan kampung dan dibuat secara terbuka menyebabkan gangguan bunyi ke rumah-rumah sekitarnya dan ketiga ianya beroperasi sehingga ke hampir subuh. Jadi, jika anda juga percaya bahawa mustahil pusat hiburan ini beroperasi dengan kebenaran MPKB-BRI, maka kita harus bertanya, mengapa MPKB-BRI tidak mengambil tindakan terhadap pusat sedemikian? Apakah kerana ia peninggalan UMNO-BN yang tewas pada tahun 1990 dahulu. Atau kerana di Mekah pun ada jugak karaoke bawah pokok kurma?



4)  Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.





PECAH AMANAH

5 ) Isu kelulusan tanah oleh kerajaan PAS Kelantan kepada pemimpin DAP Perak terus mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk masyarakat luar Kelantan kerana tindakan tersebut dilihat seolah-olah telah mengkhianati rakyat negeri tersebut yang selama ini menyokong penuh kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Di Perak, rata-rata rakyatnya berpendapat tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang itu sewajarnya diserahkan kepada rakyat Kelantan bagi menjana serta meningkatkan taraf ekonomi penduduk negeri tersebut yang masih berada di paras rendah.



Nak tahu berapa besar tanah yang Pas berikan kepada pemimpin DAP, sila klik di sini

RASUAH !


Kerajaan Islam ?

Negara islam - gugur

Hukum hudud - tinggal

Kalimah Allah - gadai

Islam Pas hanya tinggal jubah dan serban sahaja....


Baca seterusnya : sini




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.