Peguam PKR, R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai
penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha
mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan
selanjutnya.
“Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak
polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.
“Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam
lagi."
Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi
PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf
Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman.
Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di
hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.
Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali
blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar palsu yang
mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh
sepatutnya.
Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)
Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment