Apa
lagi mau spin... Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sendiri pagi Rabu
memberitahu Tabung Haji (TH) mampu membayar dividen kepada pendepositnya
selepas semakan terhadap penyata pendapatan syarikat itu dibuat oleh Jabatan
Audit Negara (JAN).
Menurut
Ambrin penetapan kadar dividen TH bagi tahun 2015 adalah di bawah tanggungjawab
ahli lembaga pengarahnya.
"Berdasarkan
semakan terhadap penyata pendapatan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan
maklumat interim yang diterima, adalah didapati TH mampu membuat bayaran
dividen kepada pendepositnya," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar
tadi.
Ambrin
berkata, semakan yang dibuat oleh JAN sebelum TH mengisytiharkan dividennya
adalah amalan biasa.
Katanya,
ia bagi memastikan polisi perakaunan yang diguna pakai oleh TH adalah konsisten
dan mematuhi konsep berhemat.
Beliau
mengulas mengenai laporan media yang menyoal keupayaan TH untuk membayar
dividen kepada pendepositnya dan mengaitkannya dengan semakan yang sedang
dijalankan oleh JAN.
Sebelum
ini pembangkang terutamanya DAP spin macam-macam isu Tabung Haji yang dakwa
mereka tidak mampu bayar dividen kepada pencarum. Malah ada pemimpin DAP gatal
mulut desak agar semua akaun TH diaudit.
Tindakan
tersebut mencetuskan panik kepada pencarum yang rata-ratanya merupakan orang
Islam di negara ini.
Tindakan
DAP yang cuba mencampuri hal ehwal umat Islam dikesali berbagai pihak.
No comments :
Post a Comment