Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 5, 2016

Peguam muat naik video tindakan penguatkuasa Jawi ketika serbuan



Siti-Zabedah


PETALING JAYA: “Adakah ini tingkah laku orang Islam?”
Demikian soal peguam, Siti Kassim yang memuat naik sebuah rakaman video berhubung kekecohan yang timbul daripada serbuan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam sebuah majlis makan malam tertutup anjuran golongan transgender, pada hujung minggu lalu.
Dalam rakaman video selama tiga minit itu yang dimuat naik ke laman sosial Facebooknya, Siti bersama individu transgender lain dilihat terbabit dalam kekecohan itu bersama penguatkuasa Jawi, apabila beliau meminta mereka menunjukkan waran untuk melakukan serbuan.
Peguam itu juga hendak tahu kesalahan yang dilakukan mereka sehingga menyebabkan Jawi menyerbu majlis itu.
Di penghujung video itu, seorang lelaki dipercayai adalah wartawan yang merakamkan kekecohan itu, diminta meninggalkan majlis berkenaan.
Menurut FMT, dalam keterangan video itu Siti berkata adalah jelas penguatkuasa Jawi mengganggu majlis kutipan dana itu dan memperbesarkan perkara itu dengan membawa wartawan ketika melakukan serbuan terbabit.
Siti kemudiannya memuat naik satu lagi rakaman video mengenai kejadian itu yang disiarkan sebuah media serta menyebabkan beliau tersinggung dengan tajuk serta keterangan video terbabit.
Sekarang kita tahu siapa yang merakam video kejadian itu dan dia bekerja dengan siapa.
Saya boleh beri jaminan kepada anda, mereka semua akan berdepan tindakan undang-undang, termasuk lelaki ini yang datang tanpa diundang dan saluran berita yang memuat naik video ini. Bersiap sedia.”
Menurut Siti, ketika mempersoalkan jenis kesalahan yang dilakukan golongan transgender itu, jawapan yang diberikan adalah mereka menganjurkan pertandingan ‘Ratu Cantik Dunia’.
Saya tidak mahu merendah-rendahkan kebijaksanaan mereka, tetapi jika mereka tidak boleh bezakan pertunjukan dan pertandingan ratu cantik sebenar, maka mereka perlu lebih banyak berdoa.”
Sehubungan itu, Siti menggesa orang ramai supaya mempertahankan hak sendiri dan jangan biarkan sesiapa pun dibuli dengan alasan agama.
Menurut laporan semalam, Siti yang turut ditahan dalam serbuan Jawi itu menjelaskan, ia hanyalah sebuah majlis makan malam, di mana golongan transgender yang hadir berarak seperti peserta pertandingan ratu cantik menerusi satu pertunjukan untuk tujuan kutipan dana bagi kebajikan.
Terdahulu, seorang individu transgender yang didakwa menganjurkan majlis makan malam itu dilaporkan mungkin didakwa atas pertuduhan menggalakkan maksiat dan mengingkari arahan pihak berkuasa agama.
Lalita Abdullah daripada kumpulan hak asasi transgender, SEED Malaysia dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, Jawi telah memaklumkan Ira Sophia yang beliau akan didakwa di bawah Seksyen 9 dan Seksyen 35 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.