Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, April 2, 2016

Bagaimana Penjualan Tanah PERDA Menguntungkan Rakyat, Guan Eng 'dibogel' lagi...



Hasrat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengalihkan isu skandal banglo terlajak murahnya dengan membuat 'pendedahan' mengenai urusan serupa melibatkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Datuk Shabudin Yahaya bertukar menjadi bencana baru pada DAP selepas fakta-faktanya dibentangkan hari ini.

Kini rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri bagaimana kerajaan Pusat melalui agensi KerajaanPersekutuan seperti PERDA membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

Selepas kantoi dengan kes banglo... Guan Eng kali ini 'dibogelkan' terus.

Pengerusi PERDA pada Jumaat dalam sidang akhbarnya menjawab dengan fakta kenyataan Guan Eng yang mendakwa agensi itu menjual tanah di Tok Keramat, Seberang Prai Selatan (SPS), dibawah harga pasaran hingga 'rugi' RM15 juta, kata sumber.

Menurut Shabudin, Ketua Menteri Pulau Pinang itu terlalu terburu-buru dalam isu tersebut tanpa melihat perkara berkenaan dalam skop lebih luas dan bukan hanya membuat perbandingan harga semata-mata.

Shabudin berkata, tanah berkenaan dipecah kepada beberapa lot kecil sebanyak 240 lot yang diluluskan dalam Pelan Kebenaran Merancang untuk membina rumah kos rendah pada 1988.

"Projek pembangunan ini sudah terbengkalai sejak 30 tahun lalu kerana masalah mendapan. Malah, sebanyak 107 rumah fasa 1 yang sudah dibina di terpaksa dirobohkan," katanya pada sidang media pada Jumaat.

Beliau berkata, selepas membuat kos analisa keuntungan, projek ini dilihat sebagai liabiliti untuk dibangunkan  dimana PERDA akan menanggung kerugian sebanyak RM10 juta jika diteruskan.

"PERDA memutuskan bahawa hasil jualan tanah itu hendaklah digunakan untuk membeli tanah ganti di dalam kawasan SPS dan terkini kami sudah pun berurusan untuk membeli sebidang tanah berkeluasan 4.8 hektar untuk membina lebih banyak rumah kos rendah," katanya.

Mengulas lanjut, Shabudin berkata, PERDA sedia maklum mengenai mengenai nilai semasa tanah berkenaan, tetapi nilai semasa didakwa Guan Eng itu adalah nilai sekitar.

Justeru, PERDA menjual tanah ini dengan meletakkan syarat kepada pemaju supaya membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga RM42,000 hingga RM72,000 selain tidak boleh melebihi RM200,000.

"Oleh itu hendaklah difahami bahawa nilaian keuntungan RM15 juta yang sepatutnya diperoleh PERDA diagihkan faedahnya kepada 250 pembeli melalui harga jualan rumah yang jauh lebih rendah. Perlu diingat bahawa PERDA adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah termasuk KEJORA, KETENGAH, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) serta Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) yang mempunyai ahli Lembaga Pengarah masing-masing.


Tindakan itu selari dengan peranan PERDA untuk membantu rakyat dan bukan untuk mengaut keuntungan, katanya.

Beliau berkata, sekiranya PERDA menjual tanah berkenaan mengikut nilai semasa maka rumah yang dibina akan dijual pada harga antara RM400,000 hingga RM500,000.

Semalam, Guan Eng meminta Shabudin memberi penjelasan berhubung penjualan tanah awam milik PERDA pada harga di bawah pasaran.

Katanya, proses penjualan tanah di SPS itu dilakukan pada tahun lalu dengan tarikh penukaran hak milik pada 28 Jun 2015 dengan nilai lebih RM1.4 juta.


1 comment :

Anonymous said...

Ketua mentari bodoh..untubg org penang dpt KM mcm ni..

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.