Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 5, 2016

Ini Bukan Soal 2.8 Juta ~ Tetapi Siapa Untung 59 Juta


Lim Guan Eng in hot soup …… again! 


Yang terbaru baca Dr MiM ialah pendedahan dokumen-dokumen penting tentang penjualan tanah Fasa 2 Taman Manggis yang amat meragukan. Dokumen-dokumen jual beli tanah ini bertarikh 11 November 2015 dan transaksi sub-jualannya ialah RM70,643,628.00.

Sebelum ini (16 Jun 2010), KLIDC telah dianugerahkan tanah itu oleh Kerajaan DAP negeri menerusi proses RFP yang kontroversial (kerajaan DAP mengaku ianya tender terbuka) pada harga RM11,552,208.00 atau RM232 kaki persegi – satu harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran.

Banglo No Swimming Pool milik Guan Eng juga adalah jauh lebih murah dari harga pasaran!

Malah terdapat persoalan besar tentang status 3 syarikat yang turut membida pembelian tanah Fasa 2 Taman manggis ini. Syarikat-syarikat itu sebenarnya berstatus ditutup, bubar dan gulung tikar.


    Tetapi kerajaan DAP negeri mendakwa kononnya syarikat-syarikat ini telah memenuhi syarat ketat seperti memiliki pengalaman dalam menguruskan pusat perubatan pakar.

    Sehingga ke hari ini, kerajaan DAP negeri masih gagal untuk menjawab keraguan ini.

    Sekarang terdapat bukti yang menyatakan bahawa tanah kontroversi itu telah dijual kepada pihak ketiga tanpa ada apa-apa pembangunan pun! Lim Guan Eng (yang tidak tahu harga pasaran banglo sendiri) telah menafikannya sebelum ini.

    Anda baca pendedahan Dato' Abdul Rahman Dahlan dan dokumen-dokumennya di bawah:  

INI BUKAN SOAL RM2.8 JUTA SAHAJA TETAPI RM59JUTA

1.Dalam sidang parlimen pada 23 Mac 2016, saya mendedahkan satu bukti berhubung tanah yang menimbulkan pelbagai kontroversi. Sebelum ini, kawasan tanah tersebut telah ditetapkan untuk Fasa 2 projek perumahan mampu milik di Taman Manggis, Pulau Pinang ("tanah").

2.Bukti yang dikemukakan pada tarikh itu menunjukkan wujud kemungkinan berlaku transaksi sub-penjualan tanah daripada KLIDC kepada pihak ketiga. 
3.Hari ini, bersama saya adalah dokumen perjanjian jual beli tanah berkenaan yang telah ditandatangani dan diperakui bertarikh 11 November 2015. Harga belian transaksi sub-jualan ini disebut sebanyak : RM70,643,628.00.



Di antara dokumen-dokumen yang viral di dalam media sosial





4. Perjanjian susulan hasil jualan ini antara lain berkait antara satu sama lain dan adalah mengikut undang-undang terhadap satu perjanjian, yang menyebut :

a) Penjualan Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) dengan harga RM18,643,628; dan

b) Penjualan Victoria International Medical Centre Bhd (VMC) dengan harga RM52,000,000.

5. Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki semua tiga syarikat – KLIDC, VMC dan vendor VMC, Tang Renewable Energy Engineering – secara majoriti. 
6. Berdasarkan penyata akaun terkini yang diserahkan kepada SSM, KLIDC mempunyai modal berbayar sebanyak RM300,000, di samping memiliki nilai aset bersih negatif berjumlah RM1.2 juta.
7. Sementara itu, VMC diwujudkan pada September 2010, dua bulan selepas tanah Taman Manggis dianugerahkan dan mempunyai modal berbayar berjumlah RM500,000 dan nilai aset bersih negatif sebanyak RM1.6 juta.

8. Perjanjian ini juga menyatakan pada Julai 2011, VMC telah, melaksanakan perjanjian usahasama dengan KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut. 
9. Selepas dilakukan penelitian bersama ke atas dokumen perjanjian ini,kelihatan kedua-dua perjanjian ini menjejaskan penjualan projek Pusat Perubatan dan Hotel yang menjadi aset pegangan teras tanah Taman Manggis. 
10. Merujuk pasaran hartanah hari ini, harga permintaan untuk tanah komersial di Jalan Burmah iaitu lokasi tanah ini, boleh mencecah lebih RM1,000 kaki persegi.

11. Selepas pendedahan saya di Parlimen baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawa tanah ini telah dijual kepada pihak ketiga. Bagaimanapun, apa yang tidak beliau nyatakan ialah tanah ini kini dimiliki oleh KLIDC dan penjualan saham KLIDC turut memberi kesan kepada penjualan tanah berkenaan. 
12. Merujuk kepada mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh berkuatkuasa.

13. Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaklumkan penjualan projek ini pada November 2015 dan seterusnya memberikan kelulusan? 
14. Adakah terma piawaian ini telah dipadam dalam perjanjian diantara kerajaan negeri dan KLIDC?

15. Tanah ini pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010 apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang menganugerahkannya menerusi proses RFP yang kontroversial pada harga RM11,552,208.00 atau pada RM232 kaki persegi – satu harga yang ramai percaya jauh lebih murah dari harga pasaran. 
16. Berdasarkan nilai muka, tanah ini sebelumnya telah diperuntukkan untuk perumahan awam bagi faedah golongan miskin tetapi telah dijual kepada sebuah syarikat swasta pada nilai yang rendah berbanding nilai sebenar, tanpa kerja fizikal yang jelas pada tanah berkenaan untuk jangka hampir enam tahun dari tarikh ia telah dianugerahkan. 

17. Projek ini kemudian dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun kemudian pada harga RM70.6 juta – jangkaan keuntungan sebanyak RM59 juta sementara projek teras masih belum dibangunkan.

18. Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pejabat saya menyerahkan perjanjian jual beli yang telah didedahkan hari ini kepada SPRM dan PDRM – berserta pelbagai dokumen yang telah kami bongkar. Kami berharap dokumen ini dapat membantu mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Sekian.

Kita tunggu dan lihat bagaimana Lim Guan Eng bertai chi untuk menjawab pendedahan (itu pun kalau beliau berani). Yang kita harapkan ialah Guan Eng tidak buat satu lagi sessi minum kopi dan kali ini dengan Rahman Dahlan! 

Dan jangan pula kata jual beli tanah ini 'seperti perkahwinan' atau tanah Fasa 2 itu tidak ada swimming pool atau tidak tahu harga pasaran atau harga tanah Fasa 2 itu naik kerana Fengsui nya bagus !! 

Nampaknya Lim Guan Eng DAP semakin tertekan dengan pelbagai pendedahan yang bertalu-talu terhadap beliau. Integriti dan maruah Setiausaha Agung DAP semakin remuk dan dipersoalkan, bukan sahaja oleh rakyat biasa tetapi penyokong-penyokong parti DAP itu sendiri.

Persepsi bertambah teruk ialah kegagalan Guan Eng dan seluruh kepimpinan DAP untuk menjawab skandal-skandal ini dengan jelas, transparens dan masuk akal. Yang kedengaran sekarang hanya sekadar diversion yang turut gagal dan jawapan-jawapan bodoh yang menjadi perbualan dan bahan jenaka rakyat Malaysia.

Isu ini sudah pasti akan turut terpalit kepada parti DAP dan seluruh kepimpinan DAP termasuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri parti itu. Lebih teruk lagi ialah parti DAP juga berdepan dengan Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Skandal-skandal ini sudah pasti akan menjadi titik tolak dan dipertimbangkan sedalam-dalamnya oleh pengundi-pengundi Sarawak. Jika dahulu parti DAP boleh berdabik dada dengan C.A.T nya, kini jentera pilihanraya DAP di Sarawak berdepan dengan skandal integriti yang amat teruk dan pasti akan menjejaskan sokongan rakyat di Sarawak.


Realitinya, kepimpinan DAP hanya ada 2 pilihan iaitu mereka dan DAP jatuh bersama skandal-skandal ini atau pecat Guan Eng untuk membuktikan mereka benar-benar bersih da
n walk the talk?

Yang mana satu pilihan mereka?


1 comment :

Anonymous said...

buat la apa pun...Cina tetap sokong DAPigs...x munkin sokongan mereka beralih ke BN....maklum la, Cina bukit....

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.