Laporan
PAC telah dibacakan. Dan seperti dijangka dari awal lagi, segala
'kesalahan' yang dilakukan oleh Najib kononnya, hanyalah
cerita-cerita dongeng yang bersifat jahat, subversif serta
mengelirukan.
Setelah
sekian lama mempercayai dongengan kehilangan RM42 bilion, dan RM2.6
bilion telah disodok masuk dari akaun 1MDB ke akaun peribadi Najib
Abdul Razak, selain segala hujah adalah berkisar kepada fakta
tersebut, hari ini, laporan PAC menunjukkan sebaliknya.
Sebaliknya
DANA AWAM di dalam 1MDB langsung tidak hilang. Malah 1MDB sendiri
sedang mencatatkan keuntungan walaupun pada masa yang sama, laporan
PAC menyatakan keperluan kepada pembaikian serta beberapa saranan
untuk melancarkan lagi pengurusan 1MDB.
Jangan
terkejut dan jangan hairan apabila golongan yang selama ini mencipta
pelbagai cerita Monster tentang 1MDB akan kembali dengan cerita yang
lebih PUAKA sifatnya malah akan cuba membuatkan orang lain percaya
bahawa keputusan laporan PAC itu adalah hasil daripada 'rasuah dan
pembelian' Najib. Dengan kata lain, keseluruhan PAC telah 'dibeli'
oleh Najib.
Bagaimana
dua auditor antarabangsa, Laporan Ketua Audit Negara dan PAC selepas
setahun gagal mengesan sebarang kehilangan atau kecurian atau
penyelewengan wang, tidak akan diperkatakan sama sekali. Mereka hanya
mahu semua orang percaya bahawa RM42 bilion telah dicuri dan
buktinya, adalah 'KATA-KATA MAHATHIR' dan 'TONY PUA'.
Hakikatnya,
Laporan PAC hari ini tentang 1MDB membuktikan, TUN MAHATHIR PENIPU
BESAR!
Tuduhan
dan dakwaannya bahawa RM42 bilion telah hilang dari 1MDB, merupakan
satu fitnah jahat yang besar kemungkinan bersandarkan hanya kepada
andaian-andaian yang dibuat oleh Sarawak Report yang kemudian
dipanjangkan pula oleh Wall Street Journal yang mana maklumat yang
dicerna oleh Sarawak Report, datangnya daripada dalang yang mahu
menggulingkan Najib dan Kerajaan Malaysia setelah 1MDB banyak
mengambil serta merampas kepentingan kroni-kroni tertentu.
Antara
yang paling membuatkan kroni marah adalah Lebuhraya Pan Borneo yang
dibangunkan tanpa melibatkan konsesi tol oleh 1MDB. Tidak seperti
lebuhraya-lebuhraya lain, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo kembali
kepada asas pembinaan infrastruktur sebelum Dasar Penswastaan yang
dipopularkan dan diperkenalkan oleh Mahathir pada awal
pentadbirannya.
Laporan
PAC ini belum menoktahkan fitnah dan tohmahan daripada pihak
berkenaan. Tidak hairanlah mengapa Tony Pua begitu teruja untuk
mendahului Laporan PAC kerana sebagai salah seorang anggota PAC, Tony
Pua tahu apa yang terkandung di dalam laporan tersebut. Tony Pua
perlu membiaskan laporan tersebut pada persepsi orang ramai. Dia
perlu menimbulkan kepercayaan dan keyakinan bahawa laporan tersebut
telah 'dibeli'.
Justeru
itulah, dia bersungguh-sungguh sehinggalah dia mulai terancam dengan
Akta Rahsia Rasmi apabila laporan tersebut diOSAkan selain amaran
tentang kehilangan jawatan politik yang disandangnya, barulah Tony
Pua senyap sedikit. Pun begitu dia melepaskan baton kepada Rafizi
Ramli pula. Hari ini, Rafizi Ramli berada di lokap Jinjang!!!
No comments :
Post a Comment