Sabtu, Februari 2, 2013
Puncak
Semangat Sdn Bhd, syarikat yang mempunyai kaitan dengan taikun Tan Sri Syed
Mokhtar Al Bukhary, dikatakan telah membeli saham dalam China Automobile Parts
Holdings Ltd, yang menjadikan syarikat itu kini memiliki lebih daripada 10
peratus pegangan dalam pengeluar komponen casis automotif tersebut.
"Firma
ekuiti swasta tersebut membeli saham syarikat berpangkalan di Wilayah Fujian
yang baru disenaraikan itu menerusi pasaran terbuka," kata satu sumber
yang enggan namanya didedahkan.
Ditanya
mengenai rasional disebalik pembelian itu, sumber tersebut berkata: "Pada
masa ini, tidak jelas sama ada Puncak Semangat membeli pegangan itu bagi
pelaburan atau tujuan sinergi."
Syed
Mokhtar, bukan tokoh asing dalam industri automotif kerana beliau memiliki
syarikat automotif terbesar negara, DRB-Hicom Bhd.
DRB-Hicom
merupakan satu daripada peserta utama dalam industri automotif di Malaysia,
terlibat dalam keseluruhan rantaian ekosistem automotif bersepadu seperti
pembuatan dan bekalan komponen automotif, pemasaran, pengedaran dan jualan
motosikal dan kenderaan perdagangan, serta, pengedaran dan jualan kereta
penumpang.
Sementara
itu China Automobile, mengeluarkan alat-alat ganti bagi kenderaan perdagangan,
terutamanya trak, daripada pusat pengeluaran tunggalnya di Wilayah Fujian.
Syarikat
itu merupakan pakar dalam pembuatan komponen casis yang digunakan dalam
kenderaan bagi mengangkut barangan.
Ia
menjual lima kategori produk iaitu selak roda, gandar roda, pin keluli,u-selak
dan sesendal rod kilas.
Ketika
ini, sumber berkenaan berkata syarikat tersebut yang mempunyai tujuh paten
berdaftar di China, tidak mempunyai pesaing langsung di negara itu.
Rangkaian
produknya juga dibekalkan bagi pembaikan selepas pasaran, penyelenggaraan dan
pengubahsuaian, dengan penekanan kepada menyediakan komponen yang digunakan
dalam kenderaan berat.
Ketika
ini, 65 peratus daripada jualannya dijana dari China manakala selebihnya dari
Asia Tenggara dan Timur Tengah.
Semalam,
China Automobile, tawaran awam permulaan (IPO) pertama Malaysia tahun ini,
merupakan saham untung utama dan kaunter paling cergas.
Harga
sahamnya meningkat 44 sen kepada RM1.12 sebelum menutup dagangan pada 78 sen,
naik 10 sen daripada harga IPO 68 sen, dengan 192 juta saham bertukar tangan.
BERNAMA |
Saturday, February 2, 2013
Syed Mokhtar beli China Automobile Parts...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
DISCLAIMER
Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.
No comments :
Post a Comment