Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras
yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka
yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali.
Bagaimanapun, setelah bertahun berlalu dalam suasana aman
dan makmur, segala trauma dari tragedi tersebut, walaupun tidak pernah
dilupakan, mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri.
Pun begitu `jauh di dalam minda kita, kita sentiasa waspada
kalau-kalau sejarah itu berulang, terutamanya sejak pemecatan Anwar
Ibrahim. Sejak pemecatannya, beliau
terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat ‘peluang’
untuk berbuat demikian. Dan setiap kali
juga, drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei.
Reformasi, Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang
didalanginya, matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara,
ketidakstabilan dan krisis. Kita pasti,
sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini, maka bagi Pakatan Rakyat,
anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri
tercapai.
Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk
dicapai dengan DAP, yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei, berada di
pihaknya.
Mengimbas sejarahnya, tragedi tersebut tercetus apabila DAP
tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan
chauvinis Cina. Sejak azali lagi, parti
DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu, kerajaan, Sultan dan apa
saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini.
Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei, keadaan
sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21
hari. Tempoh itu digunakan sepenuhnya
oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman, kebencian,
prasangka, keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi
negara ini. Mereka juga menghina dan
memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang.
Bertitik tolak dari situ, keputusan PRU kemudiannya
menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi
Parlimen dari 89 kepada hanya 66.
Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12.
Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan
di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. Maka, pada 13 Mei, mereka pun mengadakan
perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin
‘menyapu bersih’ Melayu dari bandar itu.
Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak
terhadap Melayu.
Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri
dan berarak memasuki kawasan Melayu, iaitu Kampung Baru, untuk mempamerkan
keangkuhan mereka. Jelas, mereka telah
tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah
lembut dan suka mengalah. Mereka tidak
menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka.
Dalam sekelip mata, Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina
dipancung, Melayu ditikam, rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya, kereta
dimusnahkan dan sebagainya. Dalam satu
kejadian, kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari
panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu. Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar
Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina.
Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur. Pasukan keselamatan seramai 2000 dari Rejimen
Askar Melayu DiRaja dan 3600 polis dikerahkan untuk mengawal keadaan. 300 keluarga Cina dipindahkan ke pusat
pelarian di Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain bagi memastikan
keselamatan mereka.
Pada 16 Mei, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan
dengan perkenan YDP Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah diketuai oleh Tun Abd.
Razak. Dengan Parlimen digantung, maka
Mageran memegang kuasa tertinggi selama 18 bulan. Mageran telah memperkenalkan langkah
keselamatan bagi memulihkan keadaan termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan,
tentera sempadan dan battalion pasukan polis.
Keadaan pulih secara perlahan-lahan.
Laporan rasmi menunjukkan kematian berjumlah 196 orang,
cedera 439, hilang 39 dan ditahan 9143.
Bagaimanapun ramai yang percaya bahawa jumlah kematian adalah jauh lebih
tinggi. Angka-angka lain yang signifikan
dalam sejarah ini ialah jangka masa kempen yang panjang iaitu 21 hari, serta
keganasan yang bermula pada hari ke-3 selepas pilihanraya.
Sehingga ke hari ini, DAP terus konsisten menuduh UMNO
sebagai dalang dan sebagai rasis kerana masih mengingati tragedi itu.
Soalnya, bagaimana UMNO boleh melupakannya jika DAP masih
lagi membawa sikap perkauman yang sama sejak 1969 sehingga kini? Bukankah jelas bahawa orang-orang yang bijak
tidak akan melupakan sejarah?
Ia mungkin satu kebetulan bahawa Pilihanraya ke-13 ini yang
digelar sebagai ‘ibu kepada semua pilihanraya’, diadakan dalam bulan yang sama
iaitu bulan Mei. Tetapi, kejadian bom di
ceramah, letupan di bilik gerakan, pukul dan belasah serta kata-kata kesat
termasuk membangkitkan semangat perkauman yang sedang dilakukan oleh DAP tidak
mungkin satu kebetulan. Malah, ia
memperlihatkan seolah-olah semua ini adalah dirancang. Dalam kata lain, seolah-olah ada percubaan untuk mengulangi sejarah 13 Mei
1969.
Hanya beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan pembunuhan
pegawai tinggi kastam dengan tembakan.
Ia mungkin tiada kena mengena dengan pilihanraya, namun kita tidak boleh
menolak sebarang kemungkinan.
Penggunaan bahan letupan dan pembunuh profesional bukanlah
cara Malaysia. Malaysia mungkin telah
melihat jenayah ganas tapi bukan dengan cara ini. Jenayah sebegini pastinya dirancang rapi
dengan dana yang banyak.
Maka, berbalik kepada Anwar Ibrahim, Raja Drama yang
mempunyai hubungan akrab dengan puak Neo-con.
Pihak Neo-con sudah terdedah sebagai dalang di belakang kejatuhan
beberapa pemimpin dan kerajaan di beberapa negara seawal 1940-an lagi. Objektifnya ialah menguasai sumber negara
tersebut, lokasi yang strategik dan seterusnya memerintah dunia. Ini dilakukan melalui rangkaian yang kompleks
dalam bentuk NGO, agen, alat dan boneka yang telah dilatih, dibentuk, ‘dicipta’
dan ‘dipasang’ di negara-negara sasaran.
Modus Operandi mereka adalah sama dengan strategi perjuangan
Anwar iaitu memburukkan kerajaan sedia ada, mengadakan demonstrasi jalanan yang
kemudiannya bertukar menjadi ganas.
Kita telah pun menyaksikan perkara yang sama berlaku di
negara-negara Arab, yang mana dirujuk sebagai ‘Arab Spring’. Kerajaan negara itu jelas telah gagal
menangani ‘serangan’ oleh NGO, agen dan alat-alat Neo-con yang menyamar sebagai
pejuang kebebasan, pertubuhan hak asasi serta parti politik. Akibatnya, satu demi satu negara Arab jatuh
dengan pantas, bagaikan kesan domino.
‘Arab Spring’ inilah yang menjadi impian Anwar dan beliau
tidak pernah menyembunyikannya. Beberapa
kali beliau dilaporkan menyebutnya di dalam wawancara dan kenyataan dalam media
antarabangsa. Antaranya, Financial Times
pada 13 Januari 2013, Anwar berkata “Malaysia Spring dalam persiapan untuk
berlaku. PR pasti menang mana-mana
pilihanraya yang bersih”. Pada 24
Februari 2013 di Bangkok, Inter Press Service melaporkan Anwar berkata “Arab
Spring adalah berguna bagi dunia Islam.”
Dan pada 15 April 2013, kepada US business Channel, CNBC, mungkin
menyedari kenyataannya sebelum ini adalah ‘silap’, maka Anwar meringankan
sedikit nadanya dengan berkata, “Peralihan dalam demokrasi dilakukan melalui
pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Timur Tengah
atau Arab Spring”.
Dengan hakikat impian ‘Malaysia Spring’ Anwar, dan DAP yang
sarat dengan kebencian yang meluap-luap, serta dengan PAS yang mengalami
kecelaruan emosi, ekstremisme rambang dan kesetiaan buta tuli, ditambah lagi
dengan dana yang tiada hadnya dari pihak Neo-Con, maka tidak mustahil bahawa
pengulangan sejarah 13 Mei kini berada dalam pembikinan.
Jika difikirkan, slogan pembangkang sendiri, iaitu ‘Ini
Kalilah’ dengan sendirinya menggambarkan maksud yang jauh lebih besar dari
sekadar ‘sebuah pilihanraya yang paling penting’. ‘Ini Kalilah’ seolah-olah tiada pilihan,
iaitu hanya sekali ini sahaja dan buat kesekian kalinya.
Oleh itu, bukanlah satu paranoia atau tokok tambah jika dikatakan
bahawa keganasan yang berlaku dalam kempen pilihanraya kali ini hanyalah
permulaannya. Satu keganasan yang jauh
lebih besar dan serius dijangka berlaku pada hari pengundian, sepertimana yang
didedahkan oleh bekas pemimpin DAP yang telah meninggalkan parti itu.
Tetapi jika kita melihat kembali sejarah 1969, hari ketiga
selepas pilihanraya adalah hari yang benar-benar bahaya di mana kemenangan atau
kekalahan boleh saja menjadi punca.
Adakah kita sudah bersedia?
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment