Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, May 1, 2013

JANJI HAPUS TOL, SAMALAH MACAM JANJI NAK HAPUSKAN MAK LAMPIR!!!



Salah satu daripada janji Pakatan Rakyat yang paling menarik dan paling mendapat perhatian daripada pecacai-pecacai mereka ialah JANJI UNTUK MENGHAPUSKAN TOL.

Bukan main lagi bersorak puak-puak pecacai dengan janji itu. Konon-kononnya kalau Pakatan Rakyat menang Putrajaya, maka tak adalah tol di lebuh raya lagi. Bukan itu sahaja, lebuhraya yang menjadi nadi pengangkutan dan perhubungan di Malaysia akan percuma di semua tempat.

Betulkah atau ianya satu lagi janji yang tidak akan ditepati?

Kita boleh perhatikan apa yang berlaku di Selangor, contohnya...

Selangor dan Pulau Pinang, Kelantan serta Kedah menerima peruntukan MARIS sama seperti negeri-negeri yang lain. Berbeza dengan negeri-negeri lain, keadaan jalanraya di seluruh negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan itu, memang berada dalam keadaan yang amat daif. Penyelenggaraan dan pembaikian yang seharusnya dilaksanakan setiap tahun, hanya dilakukan pada beberapa bulan terakhir sebelum PRU13. Itu pun kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat berlagak dan bercakap besar seolah-olah merekalah yang mengeluarkan segala peruntukan dan perbelanjaan.

Yang pasti, tiada jalan raya atau lebuhraya baru yang dibina oleh negeri-negeri berkenaan sungguhpun Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa ke atas tanah yang tidak boleh dicabar oleh Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

Sudahlah peruntukan MARIS disebat dan disapu, jalan-jalan baru juga tidak dibina di seluruh negeri-negeri di bawah kekuasaan Pakatan Rakyat.

Alasan yang kerapkali diberikan oleh para pecacai untuk menjawab kelemahan dan kepincangan tersebut ialah, mereka tidak menguasai Putrajaya. Jadi, bila tidak menguasai Putrajaya, maka mereka pun tidak boleh membina sebatang jalan raya pun.

Sesuatu yang amat bersalahan sama sekali!

Di Pulau Pinang dan Selangor terdapat lebuhraya bertol. Walaupun berjanji akan menghapuskan tol, namun tiada satu pun tol yang dimansuhkan di Pulau Pinang dan Selangor. Selangor mempunyai beberapa batang lebuhraya bertol yang telah dibina pada zaman Barisan Nasional, tetapi tol masih tetap dikutip dan Kerajaan Negeri langsung tidak mencari jalan untuk membayar ganti rugi kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan bagi mengambilalih lebuh-lebuhraya tersebut.

Apa yang dilakukan hanyalah mencipta retorik dan cerita-cerita angin yang sedap didengar.

Kalau lebuhraya-lebuhraya di negeri pun tidak mampu dipercumakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan, bagaimana mungkin mereka boleh mempercumakan semua lebuhraya di Malaysia?

Pakatan Rakyat boleh menyalahkan syarikat-syarikat konsesi dan demi menyedapkan telinga, dikatakan pula, syarikat konsesi tersebut adalah milik kroni. Sedangkan tanpa syarikat-syarikat konsesi berkenaan, tidak sebatang lebuhraya pun akan wujud di negara ini. Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim sendiri pun tidak pernah bercita-cita untuk menghapuskan tol kerana ia akan menjejaskan pendapatan negeri menerusi cukai dan premium tanah.

 
Gambar Guan Eng dan DAP buat demo bantah Tol Sg Nyior

Menariknya, sifir semudah itu pun tidak mampu difikirkan oleh pecacai Pakatan Rakyat yang seronok bersorak dan bertepuk tangan sambil membangga-banggakan cerita dongeng Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan TOL.

 
Undi Pakatan Rakyat Tak Bayar Tol’, dan ‘Undi BN Bayar Tol


Mengapa tidak mereka bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Tol Sungai Nyior tidak dihapuskan terus sehingga ke penghujung pentadbirannya? Mengapa pula Khalid Ibrahim tidak memutuskan untuk mempercumakan Lebuhraya LKSA yang dimiliki oleh anak syarikat negeri dan diuruskan pula oleh adiknya sendiri?


Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.