Senarai 49
orang yang angkat kaki keluar PKR dan mereka AMAT RAPAT dengan ANWAR IBRAHIM
Ia bukan
berita mengemparkan atau breaking news. Kalaupun disiarkan, ia hanya sesuai,
mungkin satu atau paling banyak dua kolum muka dalam akhbar. Begitulah mengenai
berita tentang tokoh-tokoh tertentu dalam masyarakat dan bidang akademik yang
telah meninggalkan Anwar Ibrahim.
Setakat ini
sudah ramai tidak lagi mahu di sisi menyokong perjuangannya. Ini bukan soal
demokrasi. Lagipun, sama ada kawan-kawan bekas Presiden Abim itu enggan
bersamanya dalam wadah baru, PKR, adalah hak mereka. Mereka bukan lagi golongan
baru belajar berfikir dan menganalisis, tetapi merupakan tokoh yang amat
disegani di dalam dan di luar negara.
Apa pun,
berita Prof Datuk Dr Sidek Baba tidak lagi sealiran dengan bekas bosnya, Anwar,
perlu diberi perhatian. Setakat ini hanya sebuah akhbar yang mendominasi berita
ini, lain-lain ambil sikap berkecuali.
Bercakap
pasal Dr Sidek, kita bercakap mengenai perjuangan Islam di peringkat jauh lebih
tinggi berbanding kebanyakan ulama berijazah asas yang seolah-olah baru kenal
dengan alif ba ta.
Dr Sidek
merupakan antara hard core Anwar yang boleh diibaratkan panglima perang.
Di UIA, Dr
Sidek menjadi pemangkin pada gerakan menaikkan Anwar di kalangan masyarakat
intelektual serta dunia pelajar.
Sanusi Junid
selaku Presiden UIA sebelum dipecat tentu dapat melihat bagaimana kampus di
Gombak itu semakin hari membuahkan pelajar dan kakitangan pro Anwar.
Bercakap
pasal keputusan Dr Sidek, kita tentu tidak terlepas membincangkan mengenai Abim dan kawan-kawan
Anwar dalam Abim.
Abim yang
lama juga berpecah dua – team A dan team B. Manakala satu masih memihak pada
perjuangan Anwar, satu lagi memilih sebaliknya.
Bagi mereka
yang menyokong Anwar, ia tidak mengejutkan kerana mereka memilih meneruskan
aktiviti dalam perjuangan siasah pula.
Kebanyakan
menyertai PKR, ada yang sudah bergelar ahli Pas seperti Kamaruddin Jaafar. Dan
mereka dalam kumpulan ini mempunyai cita-cita bergelar YB melalui jalan mudah
iaitu dengan menyokong Anwar.
Timbul juga
pertanyaan mengapa rakan-rakan lama Anwar memilih kekal dalam Umno dan enggan
menyertainya. Dalam kata lain mengapa mereka tinggalkan bekas Presiden Abim itu
sedangkan merekalah antara insan yang kenal beliau luar dalam.
Hari ini
kawan-kawan yang dulu sanggup sehidup semati sudah pun menjadi “musuh”nya.
Biar kita
sebut beberapa nama. Dr Zahid Hamidi pernah ditahan di bawah ISA kerana menjadi
orang Anwar. Bukankah dia yang bercakap dan perkenal perkataan kronisme dan
neopotisme dalam Umno waktu Dr Mahathir masih Presiden Umno?
Menteri
Besar Perak kini, Dr Zambry Abd Kadir juga adalah antara mereka yang dikatakan
“orang Anwar” dan pernah meringkuk di bawah ISA, juga kerana demonstrasi haram
pada tahun 1998. Lain-lain yang sanggup habiskan masa muda bersama gerakan
pembebasan Anwar ialah Zulkifli Nordin, Zaharin dan ramai lagi.
Mesti ada
sebab mereka yang dulu hard core Anwar sanggup salin kulit dan tinggalkan
perjuangan itu begitu saja.
Namun itu
cerita dulu dan mengenai pemimpin Abim zaman itu, tetapi pemimpin Abim zaman
milenium ini juga ada cerita tersendiri. Biar kita petik komen Dr Yusri
Mohamad, bekas Presiden Abim.
Beliau
anggap keputusan Dr Sidek tepat dan wajar dikaji oleh rakyat sebab beliau
berbuat demikian.
“Saya
mengenali rapat Sidek kerana kami sama-sama membesar dalam Abim.
Beliau cukup
dihormati kerana ketinggian ilmu serta sifat tawaduk. Saya mengakui, saya
antara individu pertama menemui Sidek dalam pencariannya mengkaji kebenaran
mengenai moral Anwar.”
Hari ini
kawan-kawan yang meninggalkan perjuangan Anwar lebih ramai dari dijangkakan.
Ustaz Nakhaie Ahmad, menyertai Pas masa Anwar dalam Abim tapi kini menyertai
Umno pula. Dr Chandra Muzaffar selaku pengasas PKR juga cabut dari organisasi
itu.
Selain
mereka, Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dilihat berkerat rotan dengan
Anwar walau pada peringkat awal adalah bersama dalam gerakan Anwar. Perkataan
Pas diresapi parasit adalah komen pertama Hasan sebagai sebab meninggalkan
perjuangan Pas sebagai merujuk kepada usaha Anwar mencatur agenda Pas dari
luar.
Sebelum
tinggalkan isu Dr Sidek, lihat apa komennya sebagai penyebab dia juga berkerat
rotan dengan Anwar. Ingat dia bersahabat dengan Anwar 30 tahun lebih dan pernah
ditahan ISA. Salah satu dari tiga punca utama ia putus harapan terhadap
rakannya itu ialah masalah keruntuhan moral.
Sebelum
membuat keputusan, Dr Sidek menyiasat dan menemu bual beberapa individu yang sangat rapat dengan
Anwar, ini diikuti solat sunat istikharah memohon petunjuk.
Sebagai ahli
akademik dan tokoh pemikir, beliau tidak buat rumusan melulu dan bias melainkan
mencari bukti terlebih dahulu. Beliau melakukan solat istikharah sebelum buat
keputusan. - YUSOF HARUN
- Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)
- S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar).
- Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar)
- Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi)
- Fairus Khairuddin (Bekas ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
- Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang)
- Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim, bekas Peguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik dan penceramah kes-kes anti-murtad)
- Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam)
- Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, Ketua Penerangan PKR dan Otai Reformasi)
- Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
- Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia)
- Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
- Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor) .
- V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau).
- Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).
- Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).
- Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).
- Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
- Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
- Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
- Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
- Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
- Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
- Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
- Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
- Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
- Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
- Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
- Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
- Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
- Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
- Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
- Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
- Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
- Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
- Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
- Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
- Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)
- Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001, Pemimpin ABIM dan WAMY, menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim.)
- Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)
- Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang
- SD Mohamad Johari Yasin, (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia) penggerak awal Reformasi.
- Mustafa Khalid Hanafi, (Pengarah Pilihanraya PKR Kedah).
- Abdul Manap Shahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang)
- Mohd Shukri Mohd Ramli @ blogger CucuMatKilau (blogger ulung reformasi yang mula berblog sejak 1998 dan Calon PKR dalam PRU-12 bagi DUN Kemayan Parlimen Bera)
- Tuan Hj. Sulaiman Abdullah (Peguam kes Anwar)
- Zamil Ibrahim (Bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat)
- N Gobalakrishnan - YB Padang Serai, Kedah.
- Prof Datuk Dr Sidek Baba
Biasalah trick pencacai2 akan dakwa mereka ini dibeli UMNO!
Read more : here
No comments :
Post a Comment