Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 14, 2013

UPDATE BHG.TIGA:RAFIZI BINA KILANG BESI BURUK TERBESAR MATIKAN BIZ INDIA & CINA



Dalam bahagian ketiga ini, saya akan menghuraikan Perancangan Ekonomi Rafizi Ramli yang dipungut terus dari minda Anwar Ibrahim. Memang benar, Rafizi hanya "pembesar suara" Anwar Ibrahim yang terpengaruh dengan teori-teori "cepat-kaya" seperti meminjam IMF, melelong aset-aset hartanah PKNS, menubuhkan syarikat-syarikat "mee segera" seperti Kumpulan Darul Ehsan yang di dalamnya adalah "buaya-buaya" kelaparan.

Anwar bukan membaca sangat teori-teori ekonomi Islam seperti halalan tayyibah, barkah, sadakatun jariah, dan sebagainya. Anwar berkawan dengan pensyarah-pensyarah Yahudi seperti Allan Bloom, membaca ekonomi Adam Smith, Milton Friedman Greyscale, Alan Greenspan, George Soros, Steven Cohen, Micheal Dell dan Mark Zuckerberg.

Anwar menjadi pensyarah pelawat di University Washington dan Anwar membawa elemen ekonomi Yahudi dalam Malaysia. Sebab itulah tidak menghairankan Nurul Izzah yang sambung belajar di situ turut menyokong Pluralisma agama.

Berbalik kepada Rafizi, jika Pakatan pembangkang berjaya dalam PRU13 nanti, Rafizi sudah menyiapkan paperwork dia untuk merangka sebuah kompleks    re-cycle besi buruk dan kereta-kereta lama untuk direkabentuk pula menjadi komponen-komponen kereta baru yang murah tetapi berkualiti rendah.

ORANG INDIA & ORANG CINA

Semua kilang-kilang kecil "besi buruk" milik orang-orang India akan mati dan lenyap sendiri kerana Rafizi turut merangka "lesen perniagaan besi buruk" yang memerlukan didaftarkan di bawah Akta Kenderaan Lusuh (Bawah 10 tahun) 2013 di bawah Kementerian Kewangan yang sudah disiapkannya untuk dibentangkan sebagai Rang Undang-Undang Baru di Parlimen kelak.

Maknanya, jika anda mempunyai kenderaan di bawah 10 tahun, ianya hendaklah diluputkan secara automatik dan tidak dibenarkan digunakan di atas jalan lagi. Ianya digazetkan sebagai kereta buangan untuk di re-cycle di Kompleks Besi Buruk Rafizi yang bakal didirikan.

Implikasinya bukan setakat kepada orang-orang India yang majoriti mengusahakan bisnes besi buruk, tetapi agent-agent dan agensi Insuran turut mengalami penyusutan pendapatan akibat dasar baru ekonomi Rafizi ini.

Untuk menutup skala kerugian ini, Rafizi turut mencadangkan Pelan Eksklusif dengan perbankan tempatan khususnya dengan bank-bank tempatan seperti Public Bank, Hong Leong Bank dan Al-Rajhi Bank untuk mengenakan pelan kecemasan kepada agensi insuran.

Teori Rafizi, ialah jika pembeli rumah insuran akan dinaikkan dalam pelan MRTA dan memberi pilihan wajib kepada rakyat dengan memberikan pula pelan MLA. Kedua-dua pelan nampak mulus, tetapi jumlah yang dikenakan bayar kepada rakyat sangat tidak munasabah.

Sebagai pakar ekonomi yang sudah hamnpir 20 tahun dalam dunia perbankan dalam negeri dan luar negeri, saya menyeru rakyat Malaysia menolak Rafizi, Anwar dan Pakatan pembangkang.

Saya boleh beri jaminan kepada anda, bahawa mereka menghisap darah anda "slow-slow" bila mereka memerintah. Sebab itu saya menulis hal ini. Terima kasih.

***Artikel sumbangan pakar ekonomi swasta.
***Mymassa tidak bertanggungjawab kepada penama-penama yang disebutkan. Ianya adalah artikel sumbangan untuk mengelak rakyat Malaysia diperbodohkan oleh Rafizi dan Anwar.

Penjelasan Penulis asal artikel ini :

Maksud bawah 10 tahun yang dirangka Rafizi ialah apabila kereta tersebut mencecah tahun ke 10 ia dikira sebagai barang hapus kira. Rangka kertas Rafizi yang saya tidak huraikan ialah Rafizi mencadangkan 3 langkah utama,

Kereta berumur 3 tahun : Berpendapatan RM10,000 ke atas

Kereta berumur 5 tahun : Berpendapatan RM5,000 ke atas

Kereta berumur 10 tahun : Berpendapatan RM 3,000 ke atas

Kereta berumur 10 tahun ke atas : Hapus Kira

Rafizi Ramli menggunakan modus ekonomi konservatif Japan, di mana jika kamu membeli sebuah kenderaan, hendaklah membeli secara pakej dan inti pakej-pakej itu dibayar secara tunai. Pakej-pakej yang tidak dimasukkan dalam harga murah kereta Rafizi ialah Pakej Aksesori seperti radio, aircond, security sistem - alarm, dan sebagainya.

Di mana pakej ini indirect akan menekan anda untuk bersetuju memilih jumlah tahun mampu pinjam anda dan jumlah tahun kereta itu akan berjalan di atas jalan raya. Pakej ini turut memberi kesan kepada nilai tinggi insuran termasuk kos-kos tersembunyi seperti kenaikan nilai insuran per-tahun dan penyusutan nilai kenderaan per-tahun!

Rafizi juga menggunakan pakai model penjualan kereta di Australia, di mana sebarang penambahan pakej dan aksesori kenderaan adalah tanggungjawab sendiri pembeli, melainkan satu perjanjian jual-beli berlainan dibuat antara agen dan pembeli.

Saya tidak boleh menghuraikan paper Rafizi secara detail dalam blog ini, tetapi memadailah saya menghuraikan perkara-perkara yang penting. Jika saya menterjemahkannya dalam bahasa ekonomi, saya bimbang pembaca biasa tidak faham. Sudah tentu saya faham apa yang Rafizi buat sebab saya pernah bekerja di bawahnya.

Tujuan saya satu sahaja, supaya rakyat Malaysia sedar bahawa mereka sedang diumpan dan diperbodohkan oleh Rafizi.

Terimakasih.


Sumber : MyMassa

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.